Sunday, April 10, 2011

BAHAYA!! COUTION!! (motivasi)



Kamu ada cita-cita besar! Kamu ada harapan tinggi! Kamu ada semangat membara! Tapi kamu tak ke mana-mana. Atau kamu cepat lemas dalam keluhan dan keletihan. Di mana silapnya ye? Sebab kamu tidak lari walaupun kamu tahu kamu dalam bahaya!


1. Lari dari rutin kegagalan kepada rutin kejayaan.
2. Lari dari kawan-kawan negatif kepada kawan-kawan membina.
3. Lari dari mengumpat kepada memuji.
4. Lari dari orang-orang gagal kepada orang-orang berjaya.
5. Lari dari rumah yang suram kepada rumah seperti syurga.
6. Lari dari pakaian suram kepada pakaian ceria.
7. Lari dari bercakap kosong kepada bercerita inspirasi.
8. Lari dari malu kepada ramah dan mesra.
9. Lari dari sombong kepada doa.
10. Lari dari maksiat kepada taubat!

Orang yang berjaya lari dari perkara, isu, melayan perkara negatif seperti lari menyusup termengah-mengah dari dikejar harimau garang! Sekali kena ngap, habis!! Kamu bagaimana?

Lari! Kamu dalam bahaya!!!









P/S:Aku admire sangat dia..dan dia pernah jadi Guru aku masa kat kolej..aku repost balik kat blog aku..kerana..ya aku nak mengingatkan diri aku sendiri..sebelum aku dapat mengingatkan sesiapa.

Saturday, April 9, 2011

AMUK - Seakan Menguji






lirik

Betapa getirnya rindu
Yang kau kikis
Tak terhakis di persisir hati
Walaupun hujan
Menimpa sahara
Tak mungkin hilang
Panas di bumi

Dahagalah musafir
Mengejar realiti duniawi
Kiasnya pujangga
Hamparan penuh suci niatnya

Getar jari jemari ku tahan jua
Menggenggam bara hingga menjadi abu
Luka dan pedih amatlah berbisa-bisa
Hanya kesabaran penawar sejati

Pengorbanan adalah
Satu kemestiannya
Dalam hidup
Walaupun kau diriku
Seribu keresahan
Di mimpi

Cinta bagaikan bebayang
Makin diusir semakin hampir
Apa yang kita impikan
Tak semuanya menjadi
Datangnya seakan menguji