Sunday, December 29, 2013

Kembara Cintaku

Assalamualaikum~~

Pada musim cuti sekolah ini ramai yang meraikan cinta dengan mengikat hubungan dengan pertunangan dan pernikahan. Alhamdulillah,diri menerima jemputan walimah, ramai juga antara kawan dan kenalan yang sudah berjaya menemui jodoh masing-masing dan tidak kurang juga yang sedang merancang untuk mendirikan bahtera bahagia.

Pada post kali ini saya cuma mahu berkongsikan pengalaman sepanjang berkunjung majlis walimah seorang rakan di Kedah tempoh hari. Alhamdulillah majlis meriah dan berjalan lancar.cukup sederhana pada pengamatan saya. jodoh itu adalah rahsia Allah. walaupun kita belum tahu siapakah bakal suami atau isteri kita sudah Allah jelaskan dalam kalamNya.

"Perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik & lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik" - Surah An-Nur 24:26

Jadi tidak mesti tidak, diri sendiri yang mesti menjadi baik terlebih dahulu sebelum mendambakan seseorang yang baik. seringkali juga seorang sahabat pernah menerangkan erti perkahwinan itu pada saya, bahawa kata-katanya "perkahwinan itu adalah untuk saling melengkapi" disebalik kata-kata itu, saya membayangkan perkataan saling melengkapi itu.

Padanya saling melengkapi itu adalah kondisi seorang suami melengkapkan kehidupan isterinya dan sebaliknya juga pada seorang isteri. Misalnya yang sering kita dengar adalah jika suami adalah seorang yang agak boros, isterinya adalah seorang yang jimat berbelanja, begitulah kontranya perkahwinan itu.


Dasar Perkahwinan

Sepanjang perjalanan saya ke Kedah dan berjumpa dengan sahabat-sahabat lama ramai yang bertanyakan kepada saya, bilakah waktu saya pula mahu mendirikan istana bahagia bersama pasangan?. Jika sebelum-sebelum ini saya diajukan dengan soalan ini saya cuma hanya responkan dengan kata-kata bila tiba masanya atau ditakdirkan, cuma sekarang ini yang terbaik adalah saya senyum dengan soalan-soalan seperti itu.

Jika ditanya sudah ada calonkah? Jujur saya katakan ada.Jika ada yang bertanya dan membuatkan andaian saya iyakan sahaja kerana itu memang fitrah manusia untuk mengetahui sesuatu.kerana manusia itu ingin percaya apa yang mereka percaya. Tetapi yang saya mahu kongsikan adalah perbezaan saya. Ada yang mengatakan jika mahukan seseorang itu sesungguhnya kita mesti saling sentiasa berhubung atau menyatakan cinta pada yang disukai.

Ya! saya setuju tapi dasarnya rapuh kerana bagi saya jika saya berjaya sekalipun mendapatkan seseorang itu ianya adalah cara yang kurang terbaik. pada saya cukup sekadar menyampaikan hasrat cinta itu dan sekiranya mendapatkan perkabaran yang menggembirakan,berjodoh yang terbaik adalah terus meminang pada walinya bila tiba masanya.

"Couple" ramai yang terperdaya.kerana denga istilah ini ramai yang membenarkan cinta yang suci itu tercemar dengan manis-manis dosa seperti menghabiskan masa dan kewangan dengan berjumpa dan kerap berhubung.walaupun dikalangan pasangan ini ada yang tidak pastipun dengan hala tuju hubungan itu. maafkan saya jika ada yang tersinggung dengan tulisan saya kerana saya juga bukan yang betul.

Imam Hassan al-Basri, seorang tabiin memberikan satu taujih buat kita :

“ Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikannya dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah (sang penyeru). Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”


Queensbay



Pertunangan

Kadang-kadang ramai yang tersalah erti bahawa pertunangan itu adalah seperti perkahwinan.bukankah pertunangan itu adalah proses kenal-mengenali pasangan? kerana bagi saya ada yang segelintir yang menghebahkan pertunangan mereka seperti suatu perkahwinan. kerana kita digalakkan untuk merahsiakan pertunangan dan menjaga adab dalam tempoh pertunangan. 

Banyak kebaikan merahsiakan pertunangan itu, misalnya ianya adalah menjaga dan memelihara maruah wanita dan lelaki andai berlaku perkara yang tidak diingini seperti putus tunang serta dengan merahsiakan pertunangan itu berupaya mengurangkan fitnah yang pada akhir-akhir zaman ini dijadikan topik perbualan meja. cuma itu sekadar pandangan sendiri yang pada saya, ilmu pada diri masih kurang.


Pasangan & Hubungan

Jika diikutkan hati saya yang masih muda ini, kahwin adalah salah satu rancangan tapi dengan suasana dan kos hidup yang membelenggu kebanyakkan orang ramai yang menangguhkan hasrat disamping faktor seperti persetujuan keluarga dan lain-lain. kerana banyak yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan lagi keputusan kepada gerbang pernikahan.Sebelum tiba saya di Kedah saya berpeluang untuk bertemu sahabat di Penang. Dia menyatakan hasrat untuk berkahwin tetapi baginya dengan kos yang sangat tinggi menyukarkan hajatnya.

Apa ciri-ciri pasangan anda? ramai yang mahukan pasangan yang serba serbi baik dan cantik mahupun tampan.tapi adakah itu piawaian atau standard ISO yang diiginkan. Seorang sahabat menegaskan bahawa perkahwinan itu adalah kita mengahwini seseorang dengan karakternya bukan pada fizikalnya. Ada juga lelaki yang mahukan pasangannya sempurna dari segi rupa dan peribadi sebegitu juga wanita. pada saya itu fitrah manusia yang mahukan terbaik.

Fudhail bin Iyadh, seorang yang warak lagi soleh berkata :

“ Barangsiapa yang inginkan teman (pasangan) yang sempurna, dia tidak akan mempunyai teman (pasangan) sampai bila-bila.”

Tetapi kebanyakkan rakan yang berkongsi cerita pada saya, jika kita sudah menyukai seseorang itu, selalunya yang seorang itu sahaja kita sukakkan tidak ada yang lainnya. Harus diingat, walau betapa sukanya pada seseorang itu jodoh itu sudah ditetapkan dan jika orang yang disukai itu sudah berkahwin,pastinya yang berkahwin itu akan fokus pada pasangannya bukan pada masa silamnya.Ada juga yang salah faham akan erti sekadar berkawan dengan memberi harapan ataupun istilahnya melayan. Pada saya semuanya bermula dengan Niat. Allah maha mengetahui apa yang berada didalam hati hamba-hambaNya.

"Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati)." Surah Al-Anbiiya 21:110

Akhirkata dari saya, siapapun lelaki mahupun wanita pastinya berhasrat untuk berkahwin jadi biarlah masa yang menentukan bila tibanya takdir itu. Bagi diri saya sendiri khususnya, mestilah saya mahu membetulkan diri saya sendiri,saya mahukan yang terbaik buat pasangan saya,saya mahu memiliki ilmu supaya saya dan bakal isteri saya hidup dalam syariat yang harmoni, disamping saya juga berasa kerja tetap adalah kunci untuk perkahwinan. kerana bukti sebenarnya untuk memiliki gadis yang dicintai adalah bekerja dan berusaha sendiri untuk berdikari.Memetik kata-kata dari dalam Novel Tarbiah dari penulis Ust Fatimah Syarhah & Dr. Farhan Hadi secara peribadi Novel ini adalah bacaan yang terbaik bagi memandu jiwa-jiwa yang inginkan cinta yang diredhai.

"Buat pemuda, rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Tunjukkan kewibawaan dan kematanganmu dengan mencari kerja. Bukan duduk-duduk saja. Ketika masih belajar pun, banyak peluang kerja sampingan yang boleh diterokai. - mukasurat 326:Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu


Menara Alor Setar

Thursday, November 21, 2013

Dunia ditangan,Akhirat Dihati

Assalamualaikum ~~

" Sebenarnya setiap satu ujian dalam hidup ni adalah satu langkah mendekatkan kau kepadaNya " - Anonymous


Apa yang istimewanya kata-kata di atas? ya! itulah antara pedoman yang saya perolehi secara tak langsung. itulah motivasi terbaik menuju kepadaNya.


PERUBAHAN

Hidup adalah perubahan,hidup adalah ibadah.manusia diwujudkan untuk beribadah ya! itu wajib bagi setiap mukmin.

tapi.....

Adakah saya perlu tinggalkan.....

Pekerjaan....

Hiburan...

Rakan.......

Dunia.....

Maka saya perlu duduk di masjid saja?

Jawapannya


TIDAK!


MUHAMMAD

Yang terpuji, itulah maksud nama Muhammad.Siapa Muhammad?.Muhammad Ialah utusan Allah, Penghulu segala nabi.seorang Rasul yang cekal menghadapi Ujian. Cekalnya hati Rasulullah. Sebarang ujian yang datang melanda dipenuhi onak dan duri, dihadapi dengan senyuman. katakan saja apa ujianNya, semua diharungi Rasulullah. Ketika berdakwah,Ketika berperang,ketika hidupnya diambang maut.

Sabarnya Rasulullah diuji, diuji dengan kemiskinan,kekayaan,kehinaan,kemasyuran,kesorangan,keramaian dan sebagainya. segala ujian baik dan tidak baik. Ya! Rasulullah Hebat! tidak pernak lagi kita mendengar Rasulullah menjadi kurang siuman ataupun berputus asa.Percayalah, jika Rasulullah berputus asa pasti kita tidak ada.Allahu. jika saya pasti saya mengeluh dan berduka hati menghadapi ujian di dunia....


Tapi....


Akhlak,Iman Rasulullah....itulah teladan kami.


Rasulullah adalah seorang hamba Allah, beribadah kepada Allah

Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang berakhlak

Rasulullah adalah seorang sahabat yang baik

Rasulullah adalah seorang pekerja yang jujur


Rasulullah adalah segalanya. selusurilah, teladanilah hidupnya.




DUNIA DITANGAN,AKHIRAT DIHATI


Saya mesti menjadi seperti Rasulullah,saya mesti mencontohiNya!. Kau mesti memulakan langkah itu walaupun kau gagal berkali-kali. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan manusia. Allah tahu manusia itu manusia pendosa tanpa henti. tapi Allah tidak memandang jasadmu,Allah menjatuhkan pandanganNya pada hatimu, seperti hatiku dipandangiNya kini.


Allah berjanji dalam kalamNya

"Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, pasti akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami" - Al-Quran

Dan Dengarkan, Katakanlah pada diri, tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali berubahlah, Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al-Quran dan ingatlah mati. Begitulah...ya begitulah panduan yang Rasulullah berikan.

-Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis-


HATI MATI


" Carilah hatimu di tiga tempat, Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, Carilah hatimu ketika mengerjakan sola. Jika tidak juga kau temui, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatNya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati! - Imam Ghazali


AKHIRAT KEKAL ABADI

“Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.” - Luqman Al-Hakim



Semak-semaklah kehidupan seharianmu, Bagaimana awal pagimu? telah kau kuak pintu hatimu dengan hati yang bersyukur? telah kau ucapkan segala puji bagi Allah yang menghidup dan mematikanmu sebentar sebelum kamu dimatikan selamanya? Apa sikapmu? adakah kau lebih taat mematuhi kehendak manusia yang juga hamba atau pada PENCIPTA hamba?


Subuh hari pintalah kepadanya menghadapi ujian hidupmu dengan berlindung kepadaNya dari sifat malas, takut, dukacita, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu.mulakanlah harimu, hariku dengan bersyukur kepadaNya. Mohon dipermudahkan. perbaiki diri. kerana kata bijak pandai orang yang cerdik adalah orang yang melihat aib sendiri dan merenungi dosa sendiri. Jika kamu merasa diancam dizalimi ucapkanlah Allah adalah sebaik baik pelindung diri.

AKU BUKAN MALAIKAT

Pengakhirannya dunia ini sementara, Allah memberikan masa kepadamu, kepadaku. sesungguhnya manusia sepertiku. saya . benar-benar dalam kerugian.

"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh dialah yang Maha pengampun, Maha Penyanyang " - Surah Az-Zumar ayat 53


Gabungan dari hati & pengalamanku, 
Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada - Hilal Asyraf
Di Mana DIA di Hatiku - Ust Pahrol Mohd Juoi
Dan yang paling penting
ALLAH berkata-kata kepada kita, saya, manusia melalui Al-Quran

17 Muharram 1435 H
9.55pm