Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Dunia ditangan,Akhirat Dihati

Assalamualaikum ~~

" Sebenarnya setiap satu ujian dalam hidup ni adalah satu langkah mendekatkan kau kepadaNya " - Anonymous


Apa yang istimewanya kata-kata di atas? ya! itulah antara pedoman yang saya perolehi secara tak langsung. itulah motivasi terbaik menuju kepadaNya.


PERUBAHAN

Hidup adalah perubahan,hidup adalah ibadah.manusia diwujudkan untuk beribadah ya! itu wajib bagi setiap mukmin.

tapi.....

Adakah saya perlu tinggalkan.....

Pekerjaan....

Hiburan...

Rakan.......

Dunia.....

Maka saya perlu duduk di masjid saja?

Jawapannya


TIDAK!


MUHAMMAD

Yang terpuji, itulah maksud nama Muhammad.Siapa Muhammad?.Muhammad Ialah utusan Allah, Penghulu segala nabi.seorang Rasul yang cekal menghadapi Ujian. Cekalnya hati Rasulullah. Sebarang ujian yang datang melanda dipenuhi onak dan duri, dihadapi dengan senyuman. katakan saja apa ujianNya, semua diharungi Rasulullah. Ketika berdakwah,Ketika berperang,ketika hidupnya diambang maut.

Sabarnya Rasulullah diuji, diuji dengan kemiskinan,kekayaan,kehinaan,kemasyuran,kesorangan,keramaian dan sebagainya. segala ujian baik dan tidak baik. Ya! Rasulullah Hebat! tidak pernak lagi kita mendengar Rasulullah menjadi kurang siuman ataupun berputus asa.Percayalah, jika Rasulullah berputus asa pasti kita tidak ada.Allahu. jika saya pasti saya mengeluh dan berduka hati menghadapi ujian di dunia....


Tapi....


Akhlak,Iman Rasulullah....itulah teladan kami.


Rasulullah adalah seorang hamba Allah, beribadah kepada Allah

Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang berakhlak

Rasulullah adalah seorang sahabat yang baik

Rasulullah adalah seorang pekerja yang jujur


Rasulullah adalah segalanya. selusurilah, teladanilah hidupnya.




DUNIA DITANGAN,AKHIRAT DIHATI


Saya mesti menjadi seperti Rasulullah,saya mesti mencontohiNya!. Kau mesti memulakan langkah itu walaupun kau gagal berkali-kali. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan manusia. Allah tahu manusia itu manusia pendosa tanpa henti. tapi Allah tidak memandang jasadmu,Allah menjatuhkan pandanganNya pada hatimu, seperti hatiku dipandangiNya kini.


Allah berjanji dalam kalamNya

"Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, pasti akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami" - Al-Quran

Dan Dengarkan, Katakanlah pada diri, tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali berubahlah, Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al-Quran dan ingatlah mati. Begitulah...ya begitulah panduan yang Rasulullah berikan.

-Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis-


HATI MATI


" Carilah hatimu di tiga tempat, Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, Carilah hatimu ketika mengerjakan sola. Jika tidak juga kau temui, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatNya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati! - Imam Ghazali


AKHIRAT KEKAL ABADI

“Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.” - Luqman Al-Hakim



Semak-semaklah kehidupan seharianmu, Bagaimana awal pagimu? telah kau kuak pintu hatimu dengan hati yang bersyukur? telah kau ucapkan segala puji bagi Allah yang menghidup dan mematikanmu sebentar sebelum kamu dimatikan selamanya? Apa sikapmu? adakah kau lebih taat mematuhi kehendak manusia yang juga hamba atau pada PENCIPTA hamba?


Subuh hari pintalah kepadanya menghadapi ujian hidupmu dengan berlindung kepadaNya dari sifat malas, takut, dukacita, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu.mulakanlah harimu, hariku dengan bersyukur kepadaNya. Mohon dipermudahkan. perbaiki diri. kerana kata bijak pandai orang yang cerdik adalah orang yang melihat aib sendiri dan merenungi dosa sendiri. Jika kamu merasa diancam dizalimi ucapkanlah Allah adalah sebaik baik pelindung diri.

AKU BUKAN MALAIKAT

Pengakhirannya dunia ini sementara, Allah memberikan masa kepadamu, kepadaku. sesungguhnya manusia sepertiku. saya . benar-benar dalam kerugian.

"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh dialah yang Maha pengampun, Maha Penyanyang " - Surah Az-Zumar ayat 53


Gabungan dari hati & pengalamanku, 
Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada - Hilal Asyraf
Di Mana DIA di Hatiku - Ust Pahrol Mohd Juoi
Dan yang paling penting
ALLAH berkata-kata kepada kita, saya, manusia melalui Al-Quran

17 Muharram 1435 H
9.55pm

Sunday, May 12, 2013

Penulisan tangkap muat atau penulisan terkesan?

Assalamualaikum~~

Sudah sekian lama tak update blog ini atas sebab2 kesibukan diri dengan pelbagai aktiviti luar dan tuntutan kerja sebagai pelajar industri. Alhamdulillah kita sudah pun melepasi fasa pilihanraya yang baru sahaja seminggu lepas berlalu. mungkin di kali ini ada yang bersukacita atas kemenangan dan ada yang berdukacita kerana kekalahan sesebuah parti. tak mengapa kalah itu kerana belum tiba masa untuk menang. diucapkan semoga kerajaan baru dapat melangsungkan pentadbiran yang adil & saksama sejajar dengan perlembagaan malaysia agama islam sebagai agama rasmi yang sepatutnya di amal dan dikuasakan.


Berbalik pada tajuk  di atas.

Penulisan tangkap muat atau penulisan terkesan.

Penulisan tangkap muat ini bagi saya adalah penulisan yang sekadar cukup ada dan cukup untuk memenuhkan ruangan2 yang hendak ditulis.mungkin ada seperti penulisan diblog saya.penulisan tangkap muat ini hanya tulisan kosong tidak ada erti....

kosong dimana diri sendiri tidak terkesan...amat mendukacitakan jika segala ilmu yang ada tidak memberi kesan pada hati dan tidak tergerak oleh tubuh.



 ---------Allahu ampunkanlah kezalimanku atas perbuatanku--------


Penulisan terkesan pula adalah penulisan dimana yang sepatutnya penulisan yang memberi outcome dan impak pada hati sendiri, mengamalkan dengan ilmu, menulis dengan penuh keikhlasan.membuktikan dengan perbuatan dengan bahasa tubuh badan. Ya...terkadang dalam masa kita cuba berbuat kebaikan, mungkin tiada unsur keikhlasan dan tiada unsur merendah hati barangkali.


Pada masa2 kini dan faktor persekitaran kini, menjaga hati adalah perkara yang sangat sukar dilakukan kerana walaupun seseorang itu sudah berada dalam landasan yang sepatutnya, bait-bait jahiliah itu masih ada.justeru itu diri sendiri mesti main peranan untuk mejaga hati ini, antara doa yang terkenal dengan hati adalah :

"Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu"

atau

"Wahai tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami & sesungguhnya Engkau jualah tuhan yang melimpah-limpahkan pemberiaNya".
(Surah Ali Imran: 8)


Iman dan hati berkait rapat. relevankah?


Bagi saya ia sangat berkait, nah...lihat saja akan iman itu adalah motivasi hati untuk terus bergerak kepadaNya, tanpa hati yang beriman, hati itu mati dan kontang. iman ada pasang surutnya, iman itu ada naik turunnya, iman itu ada masa sinar dan gelapnya. In shaa allah dengan persekitaran yang ada sekarang kita berusaha menjaga iman kerana didalam hatilah iman itu tinggal dan duduk. mohonlah pada kekuatan ilahi untuk memperkuatkan iman.

Iman dalam hati membentuk keikhlasan?


Sebelum ini ada yang menafikan tanpa ikhlas tidak guna untuk berbuat baik, suatu masa dulu mungkin saya bersetuju tapi tidak masa kini. kerana selepas itu ada yang menasihati untuk menunggu keikhlasan itu hadir umpama menunggu rembulan ditengah siang....(antara madah kata lagu Saujana-Suci sekeping hati). memupuk keikhlasan itu perlu, harus dan bagi saya wajib, kerana ikhlas itu halus ilmunya, penilainya pula bukan calangnya iaitu Allah s.w.t sendiri.



Benar....Allah memandang hati dan usaha kita.....ikhlaskah aku? dimana ikhlas? apa bentuknya ikhlas? bagi saya ianya umpama memberi cinta pada seseorang tanpa dapat dilihat bentuk rasanya tapi merasakan hadirnya perasaan itu seperti kasih sayang.


Sebagai penutup penulisan saya ini, saya memohon ampun atas ketelanjuran tulisan sama ada menyinggung atau tidak pada individu2 yang ada. saya percaya penulisan saya akan menjadi saksi dihadapan Allah nanti, dan akan disaksikan juga oleh pembaca yang membaca.semoga selepas ini tidak kira mengupdate status dilaman sosial seperti facebook, twitter dan juga blog ini. semoga ilmu yang dapat terkesan pada diri dan berupaya memberi kesan kepada yang membaca.

Lukisan-lukisan dari page Lukisan Dakwah Islam


P/S: Seorang sahabat pernah menasihati dalam kereta semasa perjalanan pulang kerumahnya diberanang, "dalam berbuat sesuatu tidak perlu "ekstrim" dan ghairah keterlaluan, tapi cukuplah sekadar menuruskan terus terusan walaupun sikit".




Wednesday, March 6, 2013

Saya di kedudukan mana?

Assalamualaikum~~

PERMULAAN

Terpanggil dengan beberapa ucapan yang dikeluarkan beberapa kenalan dan seorang kenalan yang baru aq kenali ni ada bercerita dan antaranya:


"Kita ni kadang-kadang sombong dan penting diri...suka kebaikan tapi tidak diajak bersama...misalnya solat..bukankah yang berjemaah itu lebih baik dari solat berseorangan" - Hj Anonymous


lagi....

"Hari-hari kita bersembang...cerita ini cerita itu...tapi dalam sehari berapa kali kita bercakap pasal Iman?" - Hj Anonymous


lagi.......


"Kita ni adalah ummat yang terbaik" - Hj Anonymous



dan pernah juga situasi ini....

A: E... bolehkan buat kerja tu?saya nak minggu depan pagi....

E: Ok..(terkeluar ayat  dari mulut semoga dipermudahkan secara perlahan)

C: (Terdengar lalu....)Wah Islamik betul?!

E: *Dlm hati* (Abih tak islamik kita ni orang apa?)

Lukisan Dakwah FB





TRANSISI


Keadaan-keadaan ini biarlah rahsia dimana dan bagaimana berlaku cuma apa yang hendak aq sampaikan ialah apa ikhtibar yang dapat kita perbaiki diri dan juga pemerhatian dari sekeliling maka secara ringkasnya kadang kala aq tak sedar dan kurang Audit Diri. 

Antara pemerhatian yang dapat aq lihat ada beberapa ujian yang pasti ramai juga yang menghadapinya. semoga aq dan kita semua tidak lalai dalam fatamorgana yang sementara.


Situasi 1: Ada gadis comel di depan bank yang menjalankan tugasnya meminta derma apakah yang akan aq buat?


Situasi 2: Ada kumpulan yang sedang bercerita tentang perkara seseorang apa yang aq akan buat?


Situasi 3: Ada gadis yang ingin menemu bual anda tentang satu perniagaan dan anda tergesa-gesa apa yang akan aq buat?


Situasi 4: Ada sekumpulan warga yang otai sedang minum dan anda akan melalui jalan itu apa yang akan aq buat?


Situasi 5: Ada pujian dan kutukan yang diterima secara hadapan dan belakang apa yang aq akan buat?


Situasi 6: Kaya dalam berbelanja dan tidak putus rezeki apa yang aq akan buat?


ya, aq percaya ini ujian....anda percaya?



Lukisan Dakwah FB


KEMUNCAK

Apa yang berkaitnya dari PERMULAAN & TRANSISI? mari aq semak aq di kedudukan mana? mari kaitkan dengan perkara dibawah..


-4 GOLONGAN MANUSIA-


Ada empat jenis manusia dalam dunia ini

1) TIDAK ADA LIDAH & TIDAK ADA HATI

- Mereka ini ialah orang2 yg bertaraf biasa,

- Berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah

- Tidak ada kebaikan pada mereka.Mereka ini ibarat melukut yang ringan, (kecuali mereka dilimpahi

   dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-

   anggota mereka supaya patuh kepada Allah).


Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu:
i) Sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan
 
ii) Guru kepada yang baik
 
iii) Pembimbing kepada agama Allah
 
iv) Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.

 
2. ADA LIDAH tetapi TIDAK ADA HATI

-Bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
-Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
-Mereka benci kononnya kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu.
-Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
-Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;“Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang "Alim yang jahat".


3. MEMPUNYAI HATI tetapi TIDAK ADA LIDAH

- Dia adalah seorang yang beriman.
- Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabir-Nya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
-Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan berkhalwat.Nabi SAW.
-pernah bersabda;“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.Sabda baginda lagi;“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsia-Nya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
-Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang2 ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah.



4. Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib),diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;"Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.(Ada penerangan yang seterusnya tapi tidak pasti seberapa betul kesahihan)




Jika ada yang salah berkenaan golongan ini maafkan dan tunjukkan aq yg betul ye..



PENUTUP
in Allah S.W.T we TRUST, in People we LOVE.Sekadar renungan semoga ada kebaikannya kerana bagi aq setiap satu perkara itu berkait antara satu dengan perbuatan yang lain dan ada daya penarik dan penolak.






                             Olahan dari Halaqah Sufi - 4 golongan manusia - Nur Hafsah

Thursday, January 31, 2013

Cerita 3 Rakan

Assalamualaikum~~ 


Mari fikirkan sejenak..dibawah ini di ibaratkan diaolog rakan-rakan, perkara yang sering terjadi dalam kehidupan kita tidak kira siapa sahaja, lelaki mahupun perempuan dari muda hingga ke yang dihormati yang beza cuma situasinya sahaja, tidak mungkin dapat dihindari tapi tak mengapa, mari kita renungkan :)


Situasi 1:
Nafsu: Jom ponteng kelas
Akal: Betul juga,sekali sekala apa salahnya
Iman: Menuntut ilmu itu amanah Allah.


Situasi 2:
Nafsu: Mak aku ni kuat berleter
Akal: Lepaklah dengan kawan-kawan
Iman:Syurga di bawah telapak kaki ibu

Situasi 3:
Nafsu: Awek tu cun! boleh mengorat!
Akal: Rugi kalau tak ayat!
Iman: Jauhi zina


Situasi 4:
Nafsu: Tak payah solat
Akal: Awal lagi ni...terlepas boleh qadak
Iman: Solat tiang agama



Sekadar hiasan heh3





Situasi 5:
Nafsu: Tak hot la tutup aurat
Akal: Sama jantina tak mengapa
Iman:Aurat itu kemaluan

Situasi 6:
Nafsu: Makan sampai puas!
Akal: Tak makan menyesal
Iman: Membazir itu amalan syaitan

Situasi 7:
Nafsu: Orang maki kita maki dia lagi kaw kaw
Akal: Rasa tak femes kalau tak balas balik
Iman: Sabar itu Indah

Situasi 8:
Nafsu: Stylo pandu kereta laju-laju
Akal: Alah, jalan straight je pon
Iman: Ajal tidak mengira tempat dan masa

Situasi 9:
Nafsu: Aku pandai bercakap bab-bab mengayat ni
Akal: Macam ni barulah aku femes dan menonjol
Iman: Diam itu lebih baik dari berkata dusta ataupun berdalih kepada bohong


Banyak lagi contoh " Dialog rakan-rakan" ni..cuma kadang kala aku terlepas pandang...sekadar renungan semoga bermanfaat :) .Aku yang sentiasa dalam situasi begitu...




Olahan Gen-Q.17

Wednesday, December 26, 2012

Mencari Makrifat perlu berterusan

Assalamualaikum~~

Kepada yang ingin berubah tapi kadagkala kecundang cuba renungkan baris2 tulisan dibawah nanti ya. kita ingin berubah tapi kita tidak tahu langkahnya, kita mencari Allah yang Esa tapi cahaya yang bersinar tidak jumpa puncanya, bagaimanapun Alhamdulillah aq melihat ramai yang ingin berhijrah, cuma aq kuatiri andai itu adalah yang terakhir atau cuma permulaan yang tidah disudahkan. 


Apa itu Makrifat?
belajar untuk kenal kepada Allah...mendalami...
Ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya Makrifat itu adalah anugerah Allah Ta'ala kepadamu dan bukan suatu perkara yang mudah dicapai . Apabila kamu mula mendapat ilmu tentang ketuhananan , hasil dari belajar , makrifat itu hanya di peringkat ilmu , dengan kenyakinan kamu pada ilmu tersebut dinamakan ilmu yakin. Makrifat yang hakiki ialah kamu mengenal sesuatu secara hakiki bukan lagi berdasarkan ilmu dan dalil. Apabila sudah dibukakan hijab buat kamu nampak dengan pandangan bathinmu akan Hakikat Wujud barulah disebut Makrifat Apabila menerima pandangan bathin barulah dinamakan makrifat pada tahap ainul yakin. Maknanya Kamu yakin atas pandangan bathinmu tentang Hakikat sesuatu. Seterusnya kenyakinan sampai kepada peringkat yang hakiki, iaitu Haqqul Yakin maknanya kamu mengenal sesuatu itu secara hakiki , dalam pandangan bathin , ilmu dan rasa yang tak dapat di goyang lagi. Maka apabila ditanya kepada Nabi saw bagaimana kamu mengenal Tuhan ,dijawab aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku.

Kebanyakkan anak-anak murid di zaman sekarang banyak yang hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula bersemangat nak belajar tapi akhirnya kecundang juga gugur di lembah peperangan hawa nafsu. Mereka tidak mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan kental. kemana perginya semangat-semangat bangsa melayu ya hebat-hebat seperti yang lampau-lampau.


Barangsiapa yang belum berjumpa Guru tidak akan berjumpa jalan taubat.

Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan taubat tidak akan berjumpa jalan ilmu.

Barang siapa yang tidak berjumpa jalan ilmu tidak akan berjump jalan beramal.

Brangsiapa tidak berjumpa jalan beramal tidak akan jumpa jalan usaha.

barangsiapa yang tidak berjumpa jalan usaha tidak akan jumpa jalan sabar.

Barangsiapa tidak berjumpa jalan sabar tidak akan jumpa jalan tawakkal .

Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan tawakkal tidak akan jumpa jalan fana.

Barang siapa yang ta berjumpa jalan fana tidak akan berjumpa jalan Baqo.

barangsiapa yang tidak berjumpa jalan baqo tidak akan berjumpa jalan hakikat.

Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan hakikat tidak akan berjumpa jalan makrifat.

Barangsiapa yang belum makrifat tidak akan bermula jalan agama.

Barangsiapa yang tidak beragama jadilah ia seperti bilis dan syaitan.


FB Lukisan Dakwah Islam



Ingin aku tegaskan di sini , TIDAK ADA dan TIDAK PERNAH aku lihat dan aku jumpa seseorang yang telah mencapai makrifat dengan hanya bercakap-cakap kosong , berangan-angan tinggi, berhujjah sana-sini dengan hanya menghafal ilmu-ilmu dari kitab. Dan tidak pernah berlaku di mana-mana zaman sekali pun . Kita dengar di zaman dulu wali tu hebat , wali ni hebat akan tetapi tahukah kita betapa susahnya mereka itu berjihad menundukkan hawa nafsu mereka . Tak kira siang dan malam seluruh hidup mereka di dalam perjuangan yg hebat.

Maka kepada sesiapa yang bertemu dengan hidayahnya apalah salah kiranya kita melanjutkan usaha2 kepada yang lebih supaya berubahan itu adalah satu perubahan sebenar2 kepada diri dan mampu merubahkan orang lain walaupun sedikit. kerana aq percaya bahawa tangan yang membawa minyak wangi itu bila disalam pasti terpalit sedikit wangiannya begitu juga sebaliknya. maka dalam mencari kebenaran dan hidayahnya...carilah guru2 yang bertauliah dan diiktiraf oleh jawatankuasa agama tempatan





Olahan & Gubahan dari Halaqah Sufi 
Insan Kamil
"Makrifat Tanpa Usaha"




 P/S: In Shaa Allah semoga diizinkan.Mari kita sama-sama dan saya praktikan. Jom Mencari Guru & Berguru : ).sekiranya penulisan ini ada kesalah fahaman sila betulkan saya.tq.

Wednesday, November 28, 2012

Im lovin it!

Mari kita lihat....








Mungkin boikot tidaklah memberi kesan yang banyak..tapi sekurang-kurangnya tidaklah "kita" yang memberi duit dalam membuat peluru mereka untuk umat islam kita. semoga aku, kau dan kita sedar... : ) Dulu aku faham tapi aku tak bertindak, tapi kini aku faham dan aku bertindak :) harap-harap kita terSENTAP..dan tidak BERMUSIM...semoga sentiasa beringat sesama kita..saya lupa, ingatkan :)



Monday, November 26, 2012

Belajar Mendengar...

Assalamualaikum~~


"Kekasih yang baik ialah pendengar yang baik",Justeru itu jadilah pendengar yang baik dan jangan jadikan mulut menyebabkan telinga menjadi tuli.Maksudnya, jangan asyik hendak bercakap sehingga kita tidak mahu dan mampu mendengar cakap orang lain.

Dalam kehidupan yang dilalui akan ada sahaja cakap-cakap yang berilmiah dan tidak kurang juga yang menghiburkan hati. tetapi sedarkah kita bahawa kadangkala banyak bercakap kosong yang sia-sia boleh mengundang perkara-perkara yang tidak bermanfaat sekaligus boleh mendatangkan dosa. memang betul kita disarankan untuk berkata-kata baik dan tidak mampu berkata baik lebih baik berdiam tapi adakah kita mendengar? secara amnya kita lebih  gemar mendengar gossip dan perkara berbentuk hiburan dari perkara yang berusur keilmuan termasuk juga saya. tapi mengapakah wujudnya segelintir yang lebih banyak bercakap dari mendengar? apakah kelebihan mendengar?

Apabila kita mendengar, kita sebenarnya menilai,memberi perhatian,memberi tindakbalas,simpati,manakala kita bercakap kerana ingin memberi pandangan,perkongsian, meluahkan perasaan.secara tuntasnya, mendengar ialah "memberi" perhatian dan bercakap adalah untuk "menarik" perhatian orang kepada kita.Islam mengajar kita untuk membanyakkan memberi dari menerima.







Relevan mendengar
1) Orang hebat itu... - ialah yang banyak mendengar,membina kepercayaan dan setia kawan serta melembutkan jiwa disamping bermuhasabah dalam setiap perkara didengar suapaya sabar.kerana untuk membantu diri kita, maka harus berlindung kepada Allah s.w.t dari sifat riak.kerana kadangkala banyak bercakap boleh menyebabkan kita tak sedar ianya (riak) menari2 dalam sanubari yang dipancarkan oleh lidah.

2) Diam itu selamat... - ialah ertinya kita mampu berkata-kata baik dan perlu kerana cakap perkara yang sia-sia tidak sedar dosa tercipta.walaupun ada dua kriteria diam iaitu diam yang berwibawa dengan ketakutan mendatangkan dosa untuk menyelamatkan diri dan orang lain atau berdiam kerana kebodohan diri atau sebagai perisai kepada orang bodoh supaya tidak ketara kebodohannya itu.

3) Kejahatan telinga dan lidah... - ialah tanpa sedar kita boleh berbohong dan tersalah dengar juga boleh mendatangkan kecelaruan informasi yang mengundang kepada tuding menuding antara satu sama lain. walaupun kita cuba sedaya upaya untuk mendengar perkara baik, perkara tidak enak juga yang didengar seperti mengumpat. ada antara kita yang semangat fisabilillahnya kental mampu untuk menegur dan ada yang hanya mampu menjauhi dari perkara yang didengar. dalam ketidak sedaran dan cara hidup zaman sekarang. mampukah kita mengelak?melainkan majlis atau maklumat yang disampaikan itu perlu, maka berkata lebih baik dari berdiam.


Dengan banyak mendengar,kuranglah masalah kerana kita lebih berhati-hati dan berfikir untuk berkata sebaliknya banyak bercakap hanya akan mendedahkan kesilapan demi kesilapan.



                                                                           Olahan - Gen-Q. 12




P/S: Semoga setiap kata-kata dariku tidak pula menyinggung perasaan manusia mahupun dosa kepada penciptaku.memohon keampunan dan kemaafan kepada keduanya.

Wednesday, November 14, 2012

1 Muharam 1434

Assalamualaikum~~

Kita bakal memasuki tahun baru dalam kalender islam.semoga azam-azam lama sudah dilunaskan dan semoga diterima amal oleh Allah S.W.T. sempena tahun baru ni aq nak taipkan sedikit je mengenai dua perkara...ya dua perkara yang sebati di sekeliling aq.

yang pertama....solat...
yang kedua....kata-kata kesat....

Kenapa dua perkara tu aq nak taip?sedangkan itu cuma perkara remeh.tapi besar halnya bagi diriku ini yang tak seberapa dan masih fasa membengkelkan diri untuk diperbaiki. macam aq tulis. sedikit je...sekadar hendak mengingati diri sendiri dan semoga diingati sesiapa yang membaca, terbaca.


1)Solat
Ada orang yang diasuh sejak kecil dan dari peringkat keluarga lagi disuruh solat.ada yang mendapat hidayahNYA baru berkesempatan untuk solat.ada yang solatnya seperti cuaca kejap hujan dan panas berpanjangan.macam-macam lagi.tapi aq respek dengan satu golongan ini...mereka tidak solat tapi menyuruh orang lain untuk solat.baguskan?yang tak bagus cuma mereka nasihati tapi mereka sendiri tidak solat itu je.semoga kita semua sedaya upaya untuk solat dan terus istiqamah.tidak menghukum sekadar secebis peringatan...solat itu tiang agama...

 2) Kata-kata Kesat
secara fitrah, secara tabiat atau secara persekitaran seseorang itu berkata kesat?adakah dengan berkata-kata kesat kemasyuran dan kekredibiliti seseorang itu dihormati?bukan apa...disebalik perbualan 'lepak-lepak' kedai kopi kita suka eh eh **** la **** la.... macam-macam...aq cuba untuk menjaga akhlak ku..aq cemburu dengan ketaqwaan kawan yang kuat agama dan akhlaknya...kerana mereka membawa akhlak islam di mana sahaja mereka berada...tambahan dalam pertuturan...semoga aq lebih gigih berkata-kata baik..sekadar secebis peringatan...budi bahasa budaya islam...




FB: Lukisan Dakwah Islam




P/S: Sedikit yang mengingatkan itu lebih baik dari banyak yang melalaikan..(pinjam ayat kawan). semoga 1434 hijrah ini aq dapat memperbaiki kekurangan ku yang memang serba-serbi kurang dan semoga allah meredhai aq. salam tahun baru dan semoga yang mengenali secara terus atau tidak... memaafkan insan bernama muhammad hithir bin zulkifly ini.terlanjur bahasa dan perbuatan sila beri peringatan.

Sunday, November 4, 2012

Sang Kasih Rokok!

Assalamualaikum~~

Kepada perokok-perokok diluar sana...jangan ambil hati ye... :) ini sekadar nasihat je. semoga ada yang terkesima melihat post kali ini. Rokok dan Asapnya sudah lama bergelumang di dalam masyarakat malaysia..sedar tak sedar kita sebenarnya tahu akan bahayanya kepada diri dan orang sekeliling perokok. banyak bahan kimia pada sebatang rokok yang melebihi  4000 jenis dan pelbagai racun lain. 

Bukan bahaya atau fakta yang aq nak kongsikan...tapi ketegasan supaya perokok lain sedar akan ketidak manfaatnya dari rutin kehidupan seharian yang sekejap-sekejap nak merokok..bukan mencari musuh ataupun point bergaduh. semoga tips berhenti merokok ini dapat aq amalkan dan terus tersebar kepada saudara seislam aq yang masih merokok dapat berhenti dari terus menyedut asap pembunuh itu!. Kita tahu yang rokok itu haram dan dah keluar fatwapun tapi kenapa masih merokok?ye...sangap bak kata kenalan aq dan juga aq..


Antara tips2 mudah berhenti merokok dan perlu tegas mengamalkanya..

1)Berhenti beransur-ansur- memang sukar nak berhenti mendadak ni tapi cuba lah...cuba lah kurangkan...dan sekaligus tamatkan hubungan anda dengan rokok. sedangkan sahabat-sahabat nabi dulupun nak berhenti minum arak pun berperingkat mengikut wahyu yang diturunkan kepada baginda (betulkan eday andai salah fakta..pernah terbaca)  

2)Sibukkan diri - Alasan perokok...bila boring hisap..bila stress hisap...bila ada masalah pun hisap..lepas makan masalah ke? cari jalan...iktiarkan diri dengan apa-apa aktiviti dari memikirkan keburukan asap rokok tu.

3)Sibukkan mulut - maksud sibukkan mulut tu..makan lah gula-gula getah ataupun berbual lah perkara-perkara yang baik....tak dapat berbual..tiada gula-gula getah...ye...iktiar sibukkan diri...:)

4) Kurang berkawan rapat dengan perokok tegar dan kurang akhlak - mungkin agak sarcastic dan terlalu hardcore tips ni...minta maaf..bukan apa takut terpengaruh semula dengan rokok.tapi berkawanlah macam biasa..dan andai nampak keburukannya...cuba cuba cuba sedarkannya supaya dapat berhenti sama :)

5) Berdoa - doa tanpa usaha adalah dilarang....usaha tanpa doa juga ditegah...berdoa dan berusahalah...insya'allah...kasih sayang dan kemurkaan Allah S.W.T mampu menerbitkan kesedaran diri.

6) Ubat-ubatan - Andai dah tiada pilihan sampai apapun tak jalan... tapi kemahuan berhenti itu ada..teruskan!jangan berhenti...selagi kemahuan itu tertiup dalam hati walau sekecil manapun..kobarkan! cuba ambil ubat yang dinasihatkan dokter...antara ubat yang ada NiQuitin...Nicorrett...dan sebagainya.





Segala tips diatas dipertanggungjawabkan kepada diri ini...kerana diri ini yang cuba mempraktikannya..sekiranya ada tambahan atau memang salah..tolang betulkan saya..bukan apa..dari penilaian diri dan temu bual beberapa kenalan yang tidak merokok mengatakan mereka biasa je tapi kebanyakkan tidak suka kepada perokok...bukan membenci tapi menasihati.menasihati kerana sayang.
Alhamdulillah..aq dah berjaya mengikut kehendakNYA...sekaligus menamatkan hubunganku dengan rokok.





Thursday, November 1, 2012

Marah itu mudah,Sabar itu Indah

Assalamualaikum~~

Kenapa perlu marah?bila berlaku sesuatu yang tidak disukai dan bukanlah bercanggah dengan syara'..ya perlu marah bila prinsip islam yang di dagangkan...tak perlu marah andai perkara itu remeh...tapi yang remeh itu perlu difahami, dihormati dan ditolak ansurkan...mudahkan?

Ada suatu kejadian dalam percutian midtermku...akan ku cuba sampaikan semoga maksudku sampai...


Pengalaman dari pengalaman -1-

Tersebut kisah sebenarnya A cuma nak bayar bil servis perkhidmatan...tapi dalam perkiraanya bil tersebut A menjangkakan dia tidak cukup duit nak bayar servis tersebut maka.... A menelefon B untuk datang membantu...dalam perbualan A dan B...B menyuruh A untuk pergi bank sedangkan A tiada kenderaan...jadi B terpaksa datang untuk membantu.....tetapi yang tak enaknya....B datang marah2 kepada A kenapa tidak ke bank dan juga memarahi pekerja perkhidmatan tersebut kenapa tidak benarkan A ke bank...sedangkan pekerja berkenaan tidak tahu menahu malah A sendiri pon tidak cuba pon nak bayar bil...cuma A menjangkakan dia tidak cukup duit maka itulah dia meminta pertolongan B...tapi B tak tahu dan terus menghamburkan ayat-ayat pasar....

mudahkn marah? :)

Pengalaman dari pengalaman -2-

Tak perlu kejadian tak perlu apa-apa...tapi itulah hakikat manusia...bila suatu perkara yang tak best langsung terjadi terus marah-marah contohnya tengok bola...habis semua player dimakinya...contoh lain bila sesuatu perkara yang tak ingin jadi pada diri...binatang tu lah favourite disebut....

mudahkn marah?


Suatu masa dlu pon aq mudah jugak sebut-sebut perkataan tu...tapi alhamdulillah cukup lama tinggalkan dan mungkin aq cukup sedar ayat-ayat cam 2 tak manis dan tak sedap langsung nak dengar... :) dan sampai ke hari ini aq cuba kekalkan..beringat agar orang yang terdekat denganku tidak pernah langsung mendengar ayat-ayat binatang ataupun bahasa pasar tu...tak cun la! heeee lagipun sifat-sifat marah tidak kena tempat ni orang tak berkenan la...kn?


Tips supaya menjaga lidah dan perbuatan menjadi marah
1) Berwudhu' la...air yang sejuk mampu mampu menghilangkan panas dihati tu...

2) Elak...cuba elak dengan orang yang mudah marah...tambah-tambah banyak ayat - ayat tak best bukan apa....takut kita mudah dipengaruhi tu je...andai ada peluang...cuba tunjukkan kelembutan kita supaya hati dia pon lembut...siapa tahu kn? :)

3) Bergaul dengan teman sejantina masing-masing...bukan lelaki dan perempuan orait? yang lembut hatinya dan beriman...kita pon lembut hati bila berkawan...tapi garang kiranya islam yang didagangkan...itu marah yang wajar..

4) Senyumlah...walau semarah mana dan tidak sukanya....jangan biarkan berlarutan...anggaplah itu perkara yang perlu ditangani dengan sabar...

5) Ingatlah Allah sentiasa disebelahmu...bandingkan kemarahanya berbanding denganku...siapa yang power? :)

6) Tanamkanlah dalam hati....sabar itu adalah sifat manusia paling kuat atas muka bumi ni...macam nabi kita...kena apapun lah...sabar yang tiada had :)




Segala tips tu aq cuba amalkan pasal ada yang datang dari pembacaan dan datang dari pengalaman sendiri...ingatlah...tiada kebaikan pon marah tidak tentu pasal... :)

Wednesday, October 3, 2012

Seperti Pokok atau Lalang?

Assakamualaikum~~

Manusia berubah, ada yang berubah berdasarkan perkara-perkara yang berlaku ke atas diri mereka. sama ada perhubungan atau kejadian tetapi kenapa kamu berubah? atas sebab mengapakah kamu berubah? terpanggil dan terpikir atas keluhan sahabat yang tercerita atas pertemuan semalam :) . Alhamdulillah sekiranya perubahan baikmu itu atas sebab kesedaran agamamu tapi malanglah kamu kiranya kamu berubah atas sebab jantina hubungan atau 'redha manusia'. tapi tak mengapa untuk ke arah kebaikan adalah bermula pelan-pelan..teruskan azam dan tindakanmu :)

Pilih! mahu menjadikan diri anda seperti pokok yang teguh mencengkam tanah ataupun lalang yang tunduk 360 darjah mengikut aliran angin. mata di atas, tangan di bahu hehehehe.... :) Untuk memastikan aq saya kamu anda sentiasa beristiqamah... ini caranya (semoga berguna)


Kaedah memastikan sentiasa ingat saya di landasan betul :

1) Pilihlah Sahabatmu - berusahalah mencari dan mengenali sahabat yang beriman tapi jangan pula tidak berkawan dengan yang lain. yang nampak potensi jadi baik tariklah. yang samar itu senyaplah tpi berhikmahlah :)

2) Jagalah Solatku - Mudah dan tingkatkan persembahanku pada Allah S.W.T. jangan malu untuk menjadi hambanya. "redha Allah" yang kita sasarkan :)

3) Bersihkan hati jiwaku - Bersangka baiklah terutama pada Allah S.W.T dan bila bersangka baik pada penciptaku maka kenalah perbaiki amalanku :) dan pada manusia sentiasalah positif dan berlapang dada.

4) Banyakkan menyimpan dan bersedekah - buat kerana Allah S.W.T ok! :)

5) Allah S.W.T Segalanya - Letakkan Allah S.W.T sebagai hatimu berbanding orang lain dan urusan hidupmu

6) Keluarkan ayat baik dari mulutku - bila berkata-kata ucaplah ayat yang sopan, bukannya nada tinggi di ikuti carutan.



Sebenarnya banyak lagi tapi ini cara yang aq amalkan semoga berguna :) dan kenapa semua end tips ada ku dan semua merujuk diri aq? mestilah perigatan diri sendiri dulu kan...heheee...ooohhh yeee teringat satu kata-kata dari blog rakan juga...ini petikannya...

"Untuk kuasai diri mu jadilah seperti ikan dilaut yang tidak terkesan dengan kemasinan air laut dan janganlah menjadi sesumpah yang berubah warnanya mengikut persekitaran."

dan satu perkataan baru yang belajar dari pengamatan sendiri...

"Hasbunallah wa ni'mal wakeel...."(cukuplah Allah sebagai pelindungku)



Friday, July 27, 2012

Amal & Mungkar Di Ramadhan

Assalamualaikum~~

Kekadang kita bulan ramadhan ingin mengejar pahala sekaligus berubah untuk jadi baik dan penuh insaf tapi adakah ibadah itu selari dengan perbuatan kita? (termasuklah diri ini). realitinya banyak yang begitu.berpuasa di siang hari menahan segalanya tapi malam pula penuh dengan hiburan.berhibur tidak salah jangan sampai ia melupakan (saya)


Amal pada ramadhan
1) Berpuasa penuh
2) Menjaga solat dan membaca al-quran
3) Berterawih di masjid
4) Bersahur sebelum mulanya puasa
5) dan sebagainya....



Mungkar pada ramadhan
1) Berbelanja berlebihan hingga membazir
2) Tidak menjaga pandagan
3) Bercampur lelaki mahupun perempuan
4) Masih berkata-kata kesat
5) dan sebagainya...


Maka marilah kita (saya) cuba selidiki hati ini dan pahamkan kenapa masih kita (saya) begitu. sekadar cerita singkat.