Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Dunia ditangan,Akhirat Dihati

Assalamualaikum ~~

" Sebenarnya setiap satu ujian dalam hidup ni adalah satu langkah mendekatkan kau kepadaNya " - Anonymous


Apa yang istimewanya kata-kata di atas? ya! itulah antara pedoman yang saya perolehi secara tak langsung. itulah motivasi terbaik menuju kepadaNya.


PERUBAHAN

Hidup adalah perubahan,hidup adalah ibadah.manusia diwujudkan untuk beribadah ya! itu wajib bagi setiap mukmin.

tapi.....

Adakah saya perlu tinggalkan.....

Pekerjaan....

Hiburan...

Rakan.......

Dunia.....

Maka saya perlu duduk di masjid saja?

Jawapannya


TIDAK!


MUHAMMAD

Yang terpuji, itulah maksud nama Muhammad.Siapa Muhammad?.Muhammad Ialah utusan Allah, Penghulu segala nabi.seorang Rasul yang cekal menghadapi Ujian. Cekalnya hati Rasulullah. Sebarang ujian yang datang melanda dipenuhi onak dan duri, dihadapi dengan senyuman. katakan saja apa ujianNya, semua diharungi Rasulullah. Ketika berdakwah,Ketika berperang,ketika hidupnya diambang maut.

Sabarnya Rasulullah diuji, diuji dengan kemiskinan,kekayaan,kehinaan,kemasyuran,kesorangan,keramaian dan sebagainya. segala ujian baik dan tidak baik. Ya! Rasulullah Hebat! tidak pernak lagi kita mendengar Rasulullah menjadi kurang siuman ataupun berputus asa.Percayalah, jika Rasulullah berputus asa pasti kita tidak ada.Allahu. jika saya pasti saya mengeluh dan berduka hati menghadapi ujian di dunia....


Tapi....


Akhlak,Iman Rasulullah....itulah teladan kami.


Rasulullah adalah seorang hamba Allah, beribadah kepada Allah

Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang berakhlak

Rasulullah adalah seorang sahabat yang baik

Rasulullah adalah seorang pekerja yang jujur


Rasulullah adalah segalanya. selusurilah, teladanilah hidupnya.




DUNIA DITANGAN,AKHIRAT DIHATI


Saya mesti menjadi seperti Rasulullah,saya mesti mencontohiNya!. Kau mesti memulakan langkah itu walaupun kau gagal berkali-kali. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan manusia. Allah tahu manusia itu manusia pendosa tanpa henti. tapi Allah tidak memandang jasadmu,Allah menjatuhkan pandanganNya pada hatimu, seperti hatiku dipandangiNya kini.


Allah berjanji dalam kalamNya

"Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, pasti akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami" - Al-Quran

Dan Dengarkan, Katakanlah pada diri, tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali berubahlah, Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al-Quran dan ingatlah mati. Begitulah...ya begitulah panduan yang Rasulullah berikan.

-Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis-


HATI MATI


" Carilah hatimu di tiga tempat, Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, Carilah hatimu ketika mengerjakan sola. Jika tidak juga kau temui, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatNya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati! - Imam Ghazali


AKHIRAT KEKAL ABADI

“Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.” - Luqman Al-Hakim



Semak-semaklah kehidupan seharianmu, Bagaimana awal pagimu? telah kau kuak pintu hatimu dengan hati yang bersyukur? telah kau ucapkan segala puji bagi Allah yang menghidup dan mematikanmu sebentar sebelum kamu dimatikan selamanya? Apa sikapmu? adakah kau lebih taat mematuhi kehendak manusia yang juga hamba atau pada PENCIPTA hamba?


Subuh hari pintalah kepadanya menghadapi ujian hidupmu dengan berlindung kepadaNya dari sifat malas, takut, dukacita, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu.mulakanlah harimu, hariku dengan bersyukur kepadaNya. Mohon dipermudahkan. perbaiki diri. kerana kata bijak pandai orang yang cerdik adalah orang yang melihat aib sendiri dan merenungi dosa sendiri. Jika kamu merasa diancam dizalimi ucapkanlah Allah adalah sebaik baik pelindung diri.

AKU BUKAN MALAIKAT

Pengakhirannya dunia ini sementara, Allah memberikan masa kepadamu, kepadaku. sesungguhnya manusia sepertiku. saya . benar-benar dalam kerugian.

"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh dialah yang Maha pengampun, Maha Penyanyang " - Surah Az-Zumar ayat 53


Gabungan dari hati & pengalamanku, 
Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada - Hilal Asyraf
Di Mana DIA di Hatiku - Ust Pahrol Mohd Juoi
Dan yang paling penting
ALLAH berkata-kata kepada kita, saya, manusia melalui Al-Quran

17 Muharram 1435 H
9.55pm

Friday, October 18, 2013

Memupuk kecintaan pekerjaan

Assalamualaikum~~

Lama sudah tak menaip diblog sendiri.sibuk sangat barangkali.kadang2 rutin2 menaip blog ni adalah masa masih bergelar mahasiswa.Pelajar universiti kata diri yang konon2 intelek dan celik dengan isu semasa. masa banyak diambil untuk belajar dan memahami perkara yang lain. Menaip pada malam hari untuk meluahkan kesyukuran atas segala yang telah Allah beri, itulah apa yang saya rasa. Apa yang pasti Allah memberikan apa yang kita perlukan dan itu yang terbaik dari perancanganNya.
 
Alhamdulillah!, genap 12 Oktober 2013 lalu, saya sudah berumur 24 tahun.Selangkah ke alam kematian bagi saya, dan setiap yang hidup pasti akan mati. ramai yang memberikan ucapan.tapi dalam banyak2 ucapan yang paling saya hargai adalah saya diraikan oleh keluarga saya serta sahabat2 rapat saya. Bukanlah hendak menyambut sangat dengan meriah, cuma sekadar pengingat diri bahawa kehidupan ini singkat. mungkin apa yang disukai diteruskan dan yang tak diminati ditinggalkan atau  jahat ditinggalkan, yang baik dikejarkan.

Berbalik pada tajuk di atas, sempena membersihkan laman sesawang blog ini, perasaan setiap pagi saya , adalah memikirkan kerja saya.apa yang saya boleh simpulkan.sabarlah.masa petang selalu kembali, iaitu waktu pulang.dan saya sedari waktu pagi adalah waktu yang sukar.bukanlah sukar apapun, mungkin kondisi yang tak dapat dirai oleh hati barangkali.

Pekerjaan pada masa kini mudah didapati tetapi sukar untuk diperolehi. Antara faktor yang ketara adalah "Pengalaman". Kebanyakan majikan kini lebih suka mengambil pekerja yang berkemahiran dan berpengalaman berbanding manusia yang kurang berpengalaman. justeru itu. sekadar untuk berkongsi tip kerjaya atau tip untuk meningkatkan prestasi kerja berkualiti adalah seperti berikut:-


Tips Ringkas Tingkat Kualiti Kerja

1) Buat Kerja.Buatlah tanpa memikirkan apa yang orang beri pada kita, tapi fikirkan apa yang boleh kita beri pada orang atau organisasi

2) Keluar dari ZON SELESA.Kadang2 kita terlalu dibuai dengan keselesaan kerja yang mudah dan tidak mahu berasa susah ketika kerja atau keadaan kita bekerja.

3) Niat.Lakukanlah sesuatu untuk mendapatkan keredhaan Allah.bukan untuk BOSS atau manusia lain.

4) Pandang Rendah.Kadang2 kerja itu tak dipandangpon oleh manusia lainpon.tapi percayalah.Allah suka pada hambanya yang tekun bekerja dipagi hari mencari rezekiNYA.




Kadang2 terperhati juga manusia yang mengeluh dek tibanya hari isnin.kerana bagi mereka yang bekerja akan merasa tidak puas bercuti dihujung minggu.walhal saya juga serupa. tapi terpanggil dan terkesan dengan tulisan2 seorang rakan yang mengatakan sperti bengini seingat saya. "Bersyukurlah hari isnin masih kerja,jika dibandingkan manusia2 lain diluar sana yang masih tak mempunyai pekerjaan". seingat saya tulisan ni beliau tulis di laman twitternya.

Cuma dalam mencari pekerjaan, ramai yang melaungkan "jangan memilih" sangat, tapi bagi saya memilih itu penting, supaya pekerjaan yang ingin dikerjakan tak menganggu urusan ibadah seperti solat misalnya dan tak menyalahi hukum syariat islam.pekerjaan yang halal secara mudahnya.(Masih cuba memahami sebenar2nya syariat islam)

Tidak mahu menaip panjang, sebagai penutup.saya teringat dengan saya cuba terapkan dalam diri saya supaya ayat-ayat ini menjadi bait-bait wadah, ubat dan penawar supaya terubat rasa hati untuk setiap kondisi yang dilalui atau dirasai, tidak kiralah sama ada pekerjaan atau lain-lain urusan dan perkara.




"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"- Al-Baqarah 216


***Jika salah ayat dan makna betulkan saya.masih diperingkat memahami***






"Dunia pekerjaan tidak sama dengan dunia pembelajaran......."


- Olahan Gen-Q isu No 24. "Ini Praktikal atau Buli" oleh Cikgu Yaser Mohd Akhir -






P/S: Ada yang mengatakan. nak pekerjaan yang disukai kena jadikan pekerjaan yang ada sebagai batu loncatan. tapi berapa lamakah saya mampu?. Doakanlah semoga saya dimurahkan rezeki

Sunday, September 15, 2013

Marah adalah fitrah

Assalamualaikum~~


Agak lama tak menaip diblog sendiri.akan cuba untuk konsisten dalam menaip diblog. tajuk kali ini adalah marah.ya! saya juga kadang-kadang boleh marah.marah itu normal, tapi apa perkara yang hendak dimarahkan itu jika abnormal sesuatu itu.adakah anda mudah marah? cuba saya kongsikan antara adab-adab ketika marah: -

ADAB KETIKA MARAH

1) Marah Kerana Allah.
Marah kerana Allah akan mendapat pahala.apakah kriteria marah tersebut? Kemarahan ini adalah kemarahan disebabkan oleh manusia yang melanggar atau yang mengabaikan hukum Allah.seperti Rasulullah, baginda juga marah, tapi kerana Allah.contohnya marah dengan isu seperti di gaza,syria & mesir.

2) Berlemah lembut.
Marah boleh mengundang kepada pertikaian,memukul dan menghina hingga boleh menyebabkan dosa tambahan juga pada lidah jika mengeluarkan kata-kata kesat.

3) Mengingat kebesaran & keagungan Allah.
Mengingati kebesaran & keagungan Allah ketika marah , nescaya dapat meredakan kemarahan itu.inilah adab yang bermanfaat untuk membantu seseorang untuk bersabar.

4) Menahan marah
Bukankan sebagai muslim sudah diketahui kekuatan seseorang adalah terletak pada kesabarannya? : )

5) Berdoa memohon perlindungan Allah.
Ketika marah sebenarnya syaitan yang disisi yang menghasut dan mengapi-apikan hati kita.maka berdoalah.

6) Diam.
Rasulullah memberi nasihat."Ajarilah,permudahkan & jangan menyusahkan.Apabila salah seorang kalian marah,hendaklah dia diam." (Riwayat Ahmad). banyak manfaat yang diperolehi dari diam.kerana dapat mengelakkan perselisihan dan kedengkian.

7) Ubah posisi.
Rasulullah bersabda. "Jika salah seorang antara kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah dia duduk, Apabila tidak hilang marah, hendaklah dia berbaring." (Riwayat Ahmad)

8) Berwuduk atau Mandi.
Marah punca daripada api syaitan yang mendidihkan darah.air yang dingin terkena wajah dapat melegakan kemarahan.


Hulk.icon watak hero dikaitkan dengan marah :D


-Olahan GEN-Q isu no. 22-
Adab Ketika Marah

Friday, July 19, 2013

Tips: Siapa saya?

Assalamualaikum~~


Sekadar perkongsian ringkas, pentingnya bentuk identiti diri. Tegaskan pada diri "Saya hamba Allah yang merdeka.Saya boleh membuat keputusan sendiri dalam membentuk identiti diri saya berteraskan panduan syariat" 


Antara Tips pembentukan diri terdapat 4 peringkat:

1) Spiritual -

i. Saya akan laksanakan semua ibadah wajib dengan sempurna dan sesungguh mungkin
ii.Setiap perbuatan percakapan & tindakan lillahi ta'ala [ ikhlas kerana Allah ]



2) Akal -  

i. Ilmu agama perlu memenuhi dada saya supaya senang beramal. carilah & pilihlah guru supaya dapat bimbing.
ii. Ilmu keduniaan juga perlu ditimba sebagai bekalan menjadi khalifah. skop tidak perlu terlalu besar jika tak berkemampuan. pada keluarga sendiri terutamanya serta permulaannya.


3) Emosi  -

 i. Saya akan menyayangi Allah, Rasulullah, Diri sendiri serta sesiapa jua di sekitar saya



4) Fizikal  - 


i. Penampilan saya perlu selari dengan islam. iaitu menutup aurat baik lelaki mahupun perempuan. kerana secara tidak langsung saya adalah duta kecil islam.





-Olahan Gen-Q isu 22-

Sunday, March 24, 2013

Bicara Alam Maya

Assalamualaikum~~

Facebook, Twitter adalah medium sosial yang sangat popular masa kini, ramai yang tak ketinggalan mengunakannya, dengan Facebook dan Twitter, seseorang boleh meluahkan perasaan dan melontarkan buah fikiran. selain mendapatkan info-info semasa seperti sukan, hiburan,politik dan sebagainya

Selain menjadi wadah penghubung silaturahim sesama manusia, kadangkala ianya juga menjadi satu medium yang mengaibkan diri sendiri apabila perasaan marah yang keterlaluan serta melontarkan kata-kata kesat tanpa segan silu. dimanakah akhlak kita? dimanakah adab kita?mencarut itu suatu gaya?

Bagi diri yang penguna facebook ini jarang2 lagi aq membaca kata-kata yang tidak enak, tapi di twitter mudah untuk ku melihat kata-kata kesat ini. seperti tiada seorang pun yang membaca, baik lelaki mahupun perempuan. apa yang mahu dibuktikan dengan kata-kata kesat? adakah perkataan itu mengangkat kepopularan diri atau darjat diri?




 
Bagi pendapat aq yang tidaklah sejauh mana membantu, bagi mereka yang sangat "gian" update status yang berbaur kesat silalah wujudkan account twitter private yang tiada siapa follow dan begitu juga facebook, biarkan anda dan allah sahaja yang tahu perasaan marah,sedih anda yang terbuku itu. ini termasuk juga mat-minah jiwa yang kadang kala terbabas meluahkan perasaan "sayang" yang tak bertempat.INGAT ramai yang MEMBACA DAN MENGINGAT TULISAN ANDA. atau luahkan pada yang dipercayai.

Selain dari perasaan marah dan sedih. perasaan rindu dan cinta yang keterlaluan kadangkala terluah di ruang-ruang sosial hingga tiada penghalang. bila dikaitkan cinta, cinta itu adalah satu perkara yang suci, cinta suci kerana allah sepatutnya yang mengharap hingga ke syurga. hentikan! maaf mungkin aq keterlaluan, cuma tidak sanggup melihat cinta ilahi di selindungkan dengan cinta manusia yang membonekakan agama. andai benar cinta keranaNya salurkan fitrah pada tempat yang sepatutnya. Jika benar cinta, berusahalah kepada MAMPU  dalam beragama dan materialistik.




Apa relevan menjaga Bicara? mari kita renungkan :


"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayai. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mendengar lagi maha mengetahui"

Surah al-Nisa' 4: 148



Menyeru diri semoga berupaya menjaga tutur kata bukan sahaja di laman-laman sosial malah semasa berhadapan dengan orang ramai dan di dalam situasi masa kini. kerana diri ini juga adalah salah seorangnya.




Adaptasi Solusi no. 50- Awasi Bicara Di Alam Maya



Wednesday, March 6, 2013

Saya di kedudukan mana?

Assalamualaikum~~

PERMULAAN

Terpanggil dengan beberapa ucapan yang dikeluarkan beberapa kenalan dan seorang kenalan yang baru aq kenali ni ada bercerita dan antaranya:


"Kita ni kadang-kadang sombong dan penting diri...suka kebaikan tapi tidak diajak bersama...misalnya solat..bukankah yang berjemaah itu lebih baik dari solat berseorangan" - Hj Anonymous


lagi....

"Hari-hari kita bersembang...cerita ini cerita itu...tapi dalam sehari berapa kali kita bercakap pasal Iman?" - Hj Anonymous


lagi.......


"Kita ni adalah ummat yang terbaik" - Hj Anonymous



dan pernah juga situasi ini....

A: E... bolehkan buat kerja tu?saya nak minggu depan pagi....

E: Ok..(terkeluar ayat  dari mulut semoga dipermudahkan secara perlahan)

C: (Terdengar lalu....)Wah Islamik betul?!

E: *Dlm hati* (Abih tak islamik kita ni orang apa?)

Lukisan Dakwah FB





TRANSISI


Keadaan-keadaan ini biarlah rahsia dimana dan bagaimana berlaku cuma apa yang hendak aq sampaikan ialah apa ikhtibar yang dapat kita perbaiki diri dan juga pemerhatian dari sekeliling maka secara ringkasnya kadang kala aq tak sedar dan kurang Audit Diri. 

Antara pemerhatian yang dapat aq lihat ada beberapa ujian yang pasti ramai juga yang menghadapinya. semoga aq dan kita semua tidak lalai dalam fatamorgana yang sementara.


Situasi 1: Ada gadis comel di depan bank yang menjalankan tugasnya meminta derma apakah yang akan aq buat?


Situasi 2: Ada kumpulan yang sedang bercerita tentang perkara seseorang apa yang aq akan buat?


Situasi 3: Ada gadis yang ingin menemu bual anda tentang satu perniagaan dan anda tergesa-gesa apa yang akan aq buat?


Situasi 4: Ada sekumpulan warga yang otai sedang minum dan anda akan melalui jalan itu apa yang akan aq buat?


Situasi 5: Ada pujian dan kutukan yang diterima secara hadapan dan belakang apa yang aq akan buat?


Situasi 6: Kaya dalam berbelanja dan tidak putus rezeki apa yang aq akan buat?


ya, aq percaya ini ujian....anda percaya?



Lukisan Dakwah FB


KEMUNCAK

Apa yang berkaitnya dari PERMULAAN & TRANSISI? mari aq semak aq di kedudukan mana? mari kaitkan dengan perkara dibawah..


-4 GOLONGAN MANUSIA-


Ada empat jenis manusia dalam dunia ini

1) TIDAK ADA LIDAH & TIDAK ADA HATI

- Mereka ini ialah orang2 yg bertaraf biasa,

- Berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah

- Tidak ada kebaikan pada mereka.Mereka ini ibarat melukut yang ringan, (kecuali mereka dilimpahi

   dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-

   anggota mereka supaya patuh kepada Allah).


Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu:
i) Sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan
 
ii) Guru kepada yang baik
 
iii) Pembimbing kepada agama Allah
 
iv) Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.

 
2. ADA LIDAH tetapi TIDAK ADA HATI

-Bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
-Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
-Mereka benci kononnya kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu.
-Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
-Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;“Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang "Alim yang jahat".


3. MEMPUNYAI HATI tetapi TIDAK ADA LIDAH

- Dia adalah seorang yang beriman.
- Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabir-Nya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
-Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan berkhalwat.Nabi SAW.
-pernah bersabda;“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.Sabda baginda lagi;“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsia-Nya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
-Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang2 ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah.



4. Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib),diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;"Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.(Ada penerangan yang seterusnya tapi tidak pasti seberapa betul kesahihan)




Jika ada yang salah berkenaan golongan ini maafkan dan tunjukkan aq yg betul ye..



PENUTUP
in Allah S.W.T we TRUST, in People we LOVE.Sekadar renungan semoga ada kebaikannya kerana bagi aq setiap satu perkara itu berkait antara satu dengan perbuatan yang lain dan ada daya penarik dan penolak.






                             Olahan dari Halaqah Sufi - 4 golongan manusia - Nur Hafsah

Sunday, February 17, 2013

Tips : Berbakti Pada Bapa

Assalamualaikum~~

Kita sedia maklum syurga dibawah telapak kaki ibu dan kasih ayah juga bawa ke syurga. martabat ibu disanjung dan dihormati dan seingat aq terbaca ada satu kisah  dimana Rasul junjungan kita Muhammad S.A.W pernah memberikan nasihat kepada seorang lelaki iaitu: 

siapakah orang yang patut kita hormati? lalu dijawab oleh rasulullah...ibumu...dan seterusnya ibu dan seterusnya yang ketiga juga ibu dan yang keempat adalah bapa.

Hiasan dari google


Tak mengapa, kisah ibu mungkin lain kali aq bincangkan. sekarang nak fokuskan tips berbakti pada bapa dulu. mungkin kerana hanya itu yang aq masih ada dan aq memahami perhubungan tersebut : ) . 
Antara Tipsnya :

1) Jadi anak yang soleh/solehah yang sebaik mungkin

2) Mendoakan kesejahteraan mereka semasa mereka masih hidup atau tidak

3) Menjaga ketika sakit
4) Berlemah lembut ketika berkata dengan mereka dan bersabar dengan kerenah mereka
5) Sekiranya bapa sudah tiada kita anaknya cuba melangsaikan hutang wangnya didunia dan nazarnya yang tertunggak.
6) Sentiasa berhubung dengan mereka dan ingati mereka
7) Mendengar nasihat mereka selagi tidak melanggar syariat islam


Kenapa tips ni? ada satu kisah yang aq terbaca dan nak kongsikan dari satu buku yang diberikan seseorang. Nota Hati Seorang Lelaki karya Ustaz Mohd Pahrol Juoi yang menceritakan bagaimana seorang anak yang hidup tanpa ibu dan ayahnya menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab dan kemudian ayahnya juga meninggal, pelbagai tomahan dilemparkan kepada anak itu akibat kesan buruk akhlak bapanya yang dibuat semasa hidup. dengan nasihat dari seorang Imam di kampung, anak tersebut membesar menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya didunia yang sekaligus mengharumkan nama ayahnya kembali. itu sinopsis secara ringkas yang dapat aq sampaikan.

Ketahuilah IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI  DARI SEORANG AYAH YANG BERTAKWA ATAUPUN TIDAK, maka kepada anak-anak khususnya "aq" mari menjadi anak yang soleh kepada bapanya : )

Hiasan dari Google





Wednesday, December 26, 2012

Mencari Makrifat perlu berterusan

Assalamualaikum~~

Kepada yang ingin berubah tapi kadagkala kecundang cuba renungkan baris2 tulisan dibawah nanti ya. kita ingin berubah tapi kita tidak tahu langkahnya, kita mencari Allah yang Esa tapi cahaya yang bersinar tidak jumpa puncanya, bagaimanapun Alhamdulillah aq melihat ramai yang ingin berhijrah, cuma aq kuatiri andai itu adalah yang terakhir atau cuma permulaan yang tidah disudahkan. 


Apa itu Makrifat?
belajar untuk kenal kepada Allah...mendalami...
Ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya Makrifat itu adalah anugerah Allah Ta'ala kepadamu dan bukan suatu perkara yang mudah dicapai . Apabila kamu mula mendapat ilmu tentang ketuhananan , hasil dari belajar , makrifat itu hanya di peringkat ilmu , dengan kenyakinan kamu pada ilmu tersebut dinamakan ilmu yakin. Makrifat yang hakiki ialah kamu mengenal sesuatu secara hakiki bukan lagi berdasarkan ilmu dan dalil. Apabila sudah dibukakan hijab buat kamu nampak dengan pandangan bathinmu akan Hakikat Wujud barulah disebut Makrifat Apabila menerima pandangan bathin barulah dinamakan makrifat pada tahap ainul yakin. Maknanya Kamu yakin atas pandangan bathinmu tentang Hakikat sesuatu. Seterusnya kenyakinan sampai kepada peringkat yang hakiki, iaitu Haqqul Yakin maknanya kamu mengenal sesuatu itu secara hakiki , dalam pandangan bathin , ilmu dan rasa yang tak dapat di goyang lagi. Maka apabila ditanya kepada Nabi saw bagaimana kamu mengenal Tuhan ,dijawab aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku.

Kebanyakkan anak-anak murid di zaman sekarang banyak yang hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula bersemangat nak belajar tapi akhirnya kecundang juga gugur di lembah peperangan hawa nafsu. Mereka tidak mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan kental. kemana perginya semangat-semangat bangsa melayu ya hebat-hebat seperti yang lampau-lampau.


Barangsiapa yang belum berjumpa Guru tidak akan berjumpa jalan taubat.

Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan taubat tidak akan berjumpa jalan ilmu.

Barang siapa yang tidak berjumpa jalan ilmu tidak akan berjump jalan beramal.

Brangsiapa tidak berjumpa jalan beramal tidak akan jumpa jalan usaha.

barangsiapa yang tidak berjumpa jalan usaha tidak akan jumpa jalan sabar.

Barangsiapa tidak berjumpa jalan sabar tidak akan jumpa jalan tawakkal .

Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan tawakkal tidak akan jumpa jalan fana.

Barang siapa yang ta berjumpa jalan fana tidak akan berjumpa jalan Baqo.

barangsiapa yang tidak berjumpa jalan baqo tidak akan berjumpa jalan hakikat.

Barangsiapa yang tidak berjumpa jalan hakikat tidak akan berjumpa jalan makrifat.

Barangsiapa yang belum makrifat tidak akan bermula jalan agama.

Barangsiapa yang tidak beragama jadilah ia seperti bilis dan syaitan.


FB Lukisan Dakwah Islam



Ingin aku tegaskan di sini , TIDAK ADA dan TIDAK PERNAH aku lihat dan aku jumpa seseorang yang telah mencapai makrifat dengan hanya bercakap-cakap kosong , berangan-angan tinggi, berhujjah sana-sini dengan hanya menghafal ilmu-ilmu dari kitab. Dan tidak pernah berlaku di mana-mana zaman sekali pun . Kita dengar di zaman dulu wali tu hebat , wali ni hebat akan tetapi tahukah kita betapa susahnya mereka itu berjihad menundukkan hawa nafsu mereka . Tak kira siang dan malam seluruh hidup mereka di dalam perjuangan yg hebat.

Maka kepada sesiapa yang bertemu dengan hidayahnya apalah salah kiranya kita melanjutkan usaha2 kepada yang lebih supaya berubahan itu adalah satu perubahan sebenar2 kepada diri dan mampu merubahkan orang lain walaupun sedikit. kerana aq percaya bahawa tangan yang membawa minyak wangi itu bila disalam pasti terpalit sedikit wangiannya begitu juga sebaliknya. maka dalam mencari kebenaran dan hidayahnya...carilah guru2 yang bertauliah dan diiktiraf oleh jawatankuasa agama tempatan





Olahan & Gubahan dari Halaqah Sufi 
Insan Kamil
"Makrifat Tanpa Usaha"




 P/S: In Shaa Allah semoga diizinkan.Mari kita sama-sama dan saya praktikan. Jom Mencari Guru & Berguru : ).sekiranya penulisan ini ada kesalah fahaman sila betulkan saya.tq.

Friday, December 7, 2012

Sedekah Paling Baik!

Assalamualaikum~~



Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sedekah yang paling baik adalah seorang muslim yang belajar kemudian mengajarkan kepada muslim yang lain (Riwayat Ibn Majah). kepada remaja, alangkah beruntungnya masih belajar kerana pada fasa ini kita mampu memberi cebisan-cebisan ilmu walaupun sedikit tapi bagaimana caranya sedangkan kita juga sama menuntut ilmu?

Caranya:

1) Tahu satu ilmu,sampaikan satu ilmu.kemudian cari lagi. 
Contohnya? dunia yang pesat dengan teknologi sosial seperti facebook,twitter dan lain-lain.gunakan dengan berhemah dan tidak keterlaluan.di facebook kita boleh share, manakala di twitter kita boleh retweet dan favourite.

2) Ceritakan kepada orang apa yang dipelajari.
Contohnya? ketika kita sedang meluang masa dengan rakan atau keluarga. tidak salahnya kita bercerita...berkongsi dalam bergurau. ada baiknya jika kita bercerita jika kena pada masa dan suasana supaya tidak timbul salah faham.

3) Membantu rakan-rakan atau adik-adik menelaah dalam menyiapkan kerja.
Contohnya? ketika rakan sekelas minta bantuan tentang sesuatu perkara atau adik yang meminta pertolongan.janganlah kedekut sangat berkongsi,di samping kita mengajar, kita sebenarnya tak langsung mempraktikakan apa yang diajar.





  -Olahan GEN Q 16-




P/S: Penulis juga terkesima, kerana selama ini hanya mengangap senyuman dan harta yang ada sahaja boleh disedekahkan. semoga bermanfaat .semoga aq amalkan.