Showing posts with label Perihal Dunia. Show all posts
Showing posts with label Perihal Dunia. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Kemenangan Palestin


Assalamualaikum~~


Sekadar perkongsian ringkas.



10 Langkah Menyokong Gaza

1- Ikuti berita yang berlaku di Gaza, Palestin seperti jumlah  mereka yang syahid, jumlah yang cedera dan kerosakan yang berlaku

2- Muat turun kekejaman pihak zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui email, telefon, print dan sebagainya. facebook,twitter dan blog juga.

3-Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang dicapai oleh para-para syuhada, dan cerita-cerita perawat-perawat yang berkhidmat membantu hero-hero di Gaza.

4-Telefon pejuang-pejuang di Gaza, beritahu mereka kamu daripada mana dan kongsi perasaaan kamu,sokongan kamu, simpati kamu dam keyakinan bahawa mereka akan menang atau dimuliakan dengan mati syahid. boleh hubungi nombor ini 009708285XXXX. tukarkan nombor XXXX dengan sebarang nombor.

5- Lekatkan gambar, lencana, banner, sticker dan lain-lain di kereta, laptop, bag dan sebagainya

6- Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah, seminar atau demonstrasi yang diluluskan

7- Anjurkan aktiviti kesedaran Palestin di masjid, surau mahupun di tempat kerja

8- Jadikan isu Palestin sebagai perbualan titik tolak perubahan dikalangan rakan-rakan secara ringan-ringan untuk permulaan.

9- Boikot! Boikot! Boikot! barangan Israel  & Amerika terutamanya makanan.fikir! kita ada pilihan! dan alternatif!

10- Ingan Palestin dalam doa & solat. Bacakan Qunut Nazilah untuk Israel bagi yang tahu.




-Olahan Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul : Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin-





P/S: No 4 & No 10 tu diri sendiri kena cuba dulu kan?


Wednesday, November 28, 2012

Im lovin it!

Mari kita lihat....








Mungkin boikot tidaklah memberi kesan yang banyak..tapi sekurang-kurangnya tidaklah "kita" yang memberi duit dalam membuat peluru mereka untuk umat islam kita. semoga aku, kau dan kita sedar... : ) Dulu aku faham tapi aku tak bertindak, tapi kini aku faham dan aku bertindak :) harap-harap kita terSENTAP..dan tidak BERMUSIM...semoga sentiasa beringat sesama kita..saya lupa, ingatkan :)



Thursday, June 16, 2011

Kerajaan Malaysia Vs Anonymous




Siapa anonymous? mereka diklasifikasikan sebagai pengodam terhandal dan mungking banyak negara termasuk U.S di godam antara syarikat terkenal ialah Sony untuk Play Station Network untuk PS3...tak banyak yang aku tahu tapi untuk mereka bertindak sejauh mengodam laman sesawang Malaysia bagi aku ada rasionalnya dan juga negatifnya..tapi kita sebagai rakyat Malaysia berharap yang SKMM dengan MOSTI boleh melawan semula...tapi bagi Anonymous akupun harap dia orang menang juga hahaha...yang terkini semua laman web kerajaan Malaysia semuanya ERROR ataupun Server Down..aku tak dapat eksesspun...sekarang dah 3.10 pagi, Khamis, 16/6/2011

Ini antara pesanannya kepada kerajaan Malaysia...

Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favour.

WE ARE LEGION

WE DO NOT FORGIVE

WE DO NOT FORGET

EXPECT US


 hasilnya...tapi tak taw la hack tu jadi ke tak..


Yang terbaru bukan tu je...laman web UITM penang juga diHACK! tribute untuk lecturer,maka segalanya mungkin...bagi aku digodam ni perkara biasa tapi siapa yang godam dan niatnya itu je.. :)

Sunday, March 13, 2011

Tsunami 11 March 2011 di Jepun

Gila lah...harap-harap penduduk kat sana mampu bertahan dan kita kat sini boleh berdoa je..dan kalau Kerajaan Malaysia prihatin hantar lah apa-apa bantuan ke sana...aku harap Malaysia tidaklah kena seteruk ini...













 

PRAY FOR THE JAPAN

Friday, February 18, 2011

My Fuhrer, Adolf Hitler

Aku agak mengkagumi beliau..walaupun dah berdekad-dekad lamanya dia membunuh diri sendiri aku tetap mengagumi beliau tentang dirinya...maksud aku dari segi keyakinan dirinyalah...cara dia berfikir yang terlalu radikal...walaupun dia dibenci oleh negara-negara eropah tapi dia juga adalah orang yang disegani...

Saja Bercerita


Adolf Hitler, yang memerintah Jerman selama 12 tahun, yang mengakibatkan  kematian berjuta-juta orang dalam  Perang  Dunia  II, termasuk holocaust, dianggap sebagai salah satu orang yang paling hina dalam sejarah, dengan namanya menjadi sebati  dengan  kejahatan. Diberikan di  bawah  ini adalah beberapa fakta tentang Adolf Hitler.
Lahir pada tarikh 20 Mei, 1889 di Brannau, sebuah bandar di Austria, Adolf Hitler adalah anak ke-4 Klara Hitler dan Alois Schickelgruber.Pada awal kehidupan Adolf Hitler dihabiskan di Austria. Dia suka melukis, namun ia tidak berjayadalam menduduki ujian di akademi seni. Dia kemudian pergi ke Munich dan menyertai Bavaria ke-16 Rejimen Infantri Reserve Perang Dunia I, di mana dia pernah mengalami pengalaman
digas dan terluka, dan juga pernah diberikan penghargaan untuk keberanian masa perkhidmatannya.

Pada tahun 1919, selepas berakhirnya perang, Hitler menyertai suatu badan Parti  Pekerja Jerman, yang kemudian dinamakan sebagai Nasional Parti Pekerja Sosialis Jerman, yang pada gilirannya disingkat dengan Parti Nazi. Segera, beliau mengambil alih propaganda  parti  dan pada  tahun  1921 dia menjadi pemimpin.

Saat itu, pada tahun 1923 bahawa Nasional Parti Pekerja Sosialis Jerman, yang dipimpin oleh Adolf Hitler cuba merampas kuasa, dari penguasa Jerman Republik Weimar, di Beer-Hall Putsch terkenal. Namun, Hitler gagal semasa demonstrasi dan dipenjara.




Ia mengambil selama sembilan bulan  di penjara, Adolf Hitler menulis Mein Kampf, atau Perjuangannya, autobiografinya serta manifestonya. Dia kemudian keluar dari penjara dan menjadi jurubicara yang popular untuk Jerman nasionalistik bagi pihak rakyat yang miskinSetelah itu, pada tahun 1932, Hitler cuba untuk menjadi ketua dengan mencabar Paul von Hindenburg pada pilihan raya, tetapi tidak berjaya.

Kemudian, selepas kematian Hindenburg, Adolf Hitler menjadi Fuhrer dan Canselor, atau Reichskanzler, pada tahun 1934. Dia langsung menetapkan tentang pembentukan kediktatoran mutlak, menegakkan peraturan yang baru dibentuk dengan bantuan Gestapo, polis rahsia brutal. kem-kem konsentrasi telah didirikan di atas pembunuhan terancang Yahudi, lawan politik, dan Gipsi.

Dia kemudian pergi menentang, menceroboh dan mencampurkan semua wilayah sebanyak mungkin di Eropah, seperti Sudetenland dan Austria, pada tahun 1938, dan kemudian menyerang Poland pada 1 September 1939, di mana Perancis dan Inggeris menyatakan perang terhadap Jerman pada 3 September, sehingga awal Perang Dunia II.






Pada tahun-tahun awal perang, Adolf Hitler, dengan menggunakan kekuatan dari infantri Jerman dan tangki untuk melepaskan Blitzkrieg, telah sukses luar biasa, menyapu melalui sebahagian besar Eropah Barat, dengan bangsa-bangsa jatuh satu per satu ke mesin perang besar Jerman.

Hitler menyerang Kesatuan Soviet pada tahun 1941,dengan mengabaikan pakatan non-aggression pact yang sebelumnya  menandatangani kontrak dengan mereka pada tahun 1939. Selepas kemenangan awal, pasukan Hitler menderita kekalahan, pertama di Moscow pada bulan Disember 1941, dan kemudian di Stalingrad, pada musim sejuk tahun 1942-1943.

Di bulan Disember tahun 1941, Amerika Syarikat juga turut memasuki peperangan. Sekutu mula menceroboh Jerman di Eropah dengan menduduki oleh di pantai Perancis di Pantai Normandy, pada tahun 1944. Kemudian bandar-bandar Jerman mula yang dibom dan dihancurkan oleh pasukan sekutu dengan memasuki Jerman dan membuat jalan mereka ke Berlin oleh 1945. Sementara itu, Itali, di bawah pemerintahan diktator fasis, Benito Mussolini, yang merupakan sekutu Jerman, juga jatuh. Selama perang, banyak Nazi peringkat tinggi menjadi putus asa, dan sejumlah usaha dilakukan untuk membunuh Hitler, yang semuanya tidak berjaya. Sementara itu, pasukan Kesatuan Soviet juga mendekati Berlin, yang merupakan tempat markas Hitler iaitu wolves slayers.






Seperti menjadi cukup jelas bahawa peperangan semakin sampai ke penamatnya, dan leftenan kananya menyerah diri dan kenyataan rasmi dari rejim Nazi Reich Ketiga, yang Hitler membuat Jerman bertahan 1000 tahun, tak berjaya tapi runtuh dalam masa seminggu selepas kematian Hitler. Namun, boleh dikatakan Hitler adalah orang yang bertanggung jawab atas tiga peristiwa abad ke-20 yang paling klimaks: 1) Perang Dunia II; 2) Holocaust, dan 3) Perang Dingin, yang diikuti Perang Dunia II.




P/S: Kalau nak lagi paham tengok cerita Hitler: The Rise Of Evil..lagi menyeluruh...


Wednesday, February 2, 2011

Di mana Bermuda Triangle?

Apa yang menarik sangat pasal segitiga bermuda ni? sebenarnya dah lama aku nak tulis hal ni pasal aku sendiri masih belum memahami sepenuhnya pasal segitiga bermuda ni. banyak sudah blog dengan artikel yang aku baca kat laman sesawang ni. maka aku cuba juga nak tulis pasal BERMUDA TRIANGLE ni walaupun ada tugasan lain yang perlu aku buat.

Setakat ni apa yang aku ataupun sesiapa yang paham?kononnya segitiga bermuda adalah tempat kononya keluar dajjal,tempat makhluk asing berkampung, tempat apa lagi?sekarang ni kita tengok dulu fakta dari barat dan dari islam sendiri selepas tu biar masing-masing buat andaian sendiri ok? ^___^

Fakta Barat
1) Bermuda triangle dikatakan terletak di antara wilayah laut di selatan Amerika Serikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), maka terwujudnya bentuk segitiga. adakah ini kebetulan?kebenaran? ataupun sahaja di adakan untuk menakutkan manusia sendiri?

2) Nama lain untuk segitiga bermuda adalah Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. 
sumber ni aku Wiki. Source

3) Antara kejadian-kejadian aneh yang menyebabkan Segitiga bermuda mendapat nama adalah seperti :


a) Berlakunya Teignmouth Electron iaitu kononya segitiga bermuda boleh menarik dan menenggelamkan pesawat yang berada di situ walaupun hanya sepintas lalu ataupun berada di ruang udara Segitiga bermuda. Contohnya hilangnya kapal terbang  C-119 Flying Boxcar pada 7 Juni 1965.

b) Teori  merentas demensi iaitu kapal yang melalui kawasan tersebut hilang akibat dari permindahan dimensi
c) Kononya tempat laluan UFO.

d) Kononya adalah tempat kota atlantis yang tengelam.

e) Ini adalah sebahagian kronologi kisah dari bermuda triangle dan senarai kapal-kapal terbang yang hilang mengikut tahun.
  • 1840 : HMS Rosalie
  • 1872 : The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda
  • 1909 : The Spray
  • 1917 : SS Timandra
  • 1918 : USS Cyclops (AC-4) hilang di laut tapi dilaporkan semasa masih dalam talian dengan juruterbang keadaan laut dikatakan tenang.
  • 1926 : SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
  • 1938 : HMS Anglo Australian
  • 1945 : Penerbangan 19 hilang
  • 1952 : Pesawat British York transport hilang dengan 33 penumpang.
  • 1962 : US Air Force KB-50
  • 1970 : Kapal barang Perancis, Milton Latrides hilang ketika berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
  • 1972 : Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), hilang dengan 32 anak kapal
  • 1976 : SS Sylvia L. Ossa Hilang dalam laut di sebelah barat Bermuda.
  • 1978 : Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah komunikasi dengan pengkalan.
  • 1980 : SS Poet; berlayar menuju Mesir, hilang dalam perjalanan.
  • 1995 : Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943).
  • 1997 : Para pelayar hilang dari kapal pesiar Jerman.
  • 1999 : Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju ke St Vincent.
Sumber


Perspektif Islam.

Yang ini aku tak pasti dan hanya nak kongsi apa yang aku terbacalah. ada yang kata tempat tinggalnya jin dan syaitan, ada juga yang tulis akan keluarnya dajjal dari situ.

Sekadar gambar hiasan


Menurut Syaikh Imam M. Ma'rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaitkh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggukan jubah suci berwarna kebiruan.

Sumber

aku cuma ambil sebahagian je pasal ini hak copyright orang.


Penutup

Akhirnya siap juga entry Segitiga Bermuda ni,terlampau banyak fakta,mitos kalau nak diceritakan tapi semua ini membuatkan aku lagi berfikir...tapi macam kebelakang.aku nak pandang dan fikir yang kehadapan. bagi pendapat aku Segitiga bermuda ni hanyalah cerita yang kurang munasabah tapi aku suka tengok, dan benda-benda macam ini membuatkan aku lebih ingat yang kat ATAS tu.


Thursday, December 23, 2010

Part 2 : Kes & Pengakhiran Riwayat Elizabeth Bathory

Masa Part 1 kita dah dah tahu sedikit sebanyak tentang dia ini sekarang kita cerita pula kenapa nama dia terkenal sehinggalah ke hari ini. Apa yang misteri dan apa yang membuatkan dia terkenal sehingga ada yang menjadikan dia sebagai satu movie?


Hiasan Semata

The Blood Countess

Selepas perkahwinan beliau dengan suaminya, Elizabeth yang masih muda sering rasa sunyi kerana suaminya sering meninggalkan dia tapi tak tahulah ini adalah betul atau tidakDisebabkan atau dikatakan yang Elizabeth ini mempunyai kejelitaaan yang luar biasa kononya dia ada beberapa orang lelaki simpanan dan pernah juga ikut lari bersama dengan lelaki lain, boleh dikatakan yang Elizabeth ini sebenarnya juga macam Lesbian sedikit jugalah pasal pernah menjalinkan hubugan dengan orang gajinya Countess Klara Bathory.

Selepas kejadian macam ni, Elizabeth jadi terpegaruh dengan ajaran Satanisme yang mengajarnya menjadi seorang yang sesat sehingga taksub untuk bermandikan darah gadis-gadis sunti untuk terus memiliki dan mengekalkan kecantikannya selain daripada itu dia juga menyiksa dan menjadikan istananya sebagai pusat kekejamannya itu.

Tapi macam mana pulak dia dapat tahu yang dengan mandi darah mampu mengekalkan kecantiknya? Kisahnya masa dia sedang bersolek dengan tidak sengaja yang orang gajinya menyikat terlalu kuat sehingga Elizabeth tampar orang gajinya dan hidung orang gajinya berdarah. Masa tu darah gadis tu yang kena kat tangan Elizabeth itulah yang mengaspirasikan dia untuk mendapatkan darah malah dia juga menjadikan darah sebagai minuman. Sejak kejadian itu dia mula mengambil dan mengupah orang gaji dari kampungnya iaitu gadis secara besar-besaran di Istananya..

Lama kelamaan Elizabeth merasakn semua itu tidak cukup. Macam mana tu? dah ramai yang menjadi mangsa tapi masih tak puas. Maka, Elizabeth pun memulakan misi menculik anak-anak gadis berketurunan  bangsawan dan raja-raja, tapi bila keadaan berlarutan dan ramai pihak termasuk Raja Hungary curiga dengan kejadian kehilangan ramai gadis Raja Hungary terus menubuhkan 1 pasukan khas untuk menyiasat punca kehilangan gadis-gadis ini. 

Setelah penyiasatan selesai kebanyakan bukti dan petanda semuanya ditujukan kepada Elizabeth dan yang membuktikan lagi kesalahan ini adalah bila Istana Elizabeth di serbu dan dijumpai gadis yang sudah mati dan pucat di atas satu meja serta penemuan mayat-mayat di bilik bawah tanah Istana Elizabeth. Jadi dia pun dihukum penjara sepanjang hayatnya, tapi Elizabeth tak pernahlah dibicarakan secara rasmi di mahkamah kecuali beberapa orang gajinya sahaja. Sepanjang kes di katakan sekurang - kurangnya 650 mangsa yang menjadi mangsa kepada Elizabeth.

Akhirnya Elizabeth Bathory kecundang dan dia dikurung dalam satu bilik tidurnya yang hanya ada dinding sahaja dan satu lubang yang kecil yang cukup hanya untuk orang bagi dia makanan dan minuman. Selepas 4 tahun di kurung pada  tahun 1614, seorang penjaga yang bagi makanan rasa hairan kerana makanan yang disajikan tidak terusik lalu penjaga itu mengintai dan terlihat yang Elizabeth terbaring tertiarap dikamarnya lalu barulah satu kerajaan Hungary bahawa Elizabeth 'The Blood Countess' Báthory telahpun mati pada usianya 54 tahun.

Hehe walaupun sedikit seram tapi ini budaya negara lain dan kalau macam kat malaysia, pontianak kita takut kena paku tapi pontianak orang putih takut bawang pulak...macam-macam..hah! jangan pulak ada yang terpengaruh dengan Elizabeth ni.. jadikan iktibar sudah.


Add caption




Wednesday, December 22, 2010

Part 1: Milady Countess Elizabeth Bathory


Siapa Elizabeth? saja je saya letakkan dalam thread hal-hal dunia ni..cuma terkenangkan seorang rakan dalam game online yang guna watak dan nama Elizabeth Bathory sebagai karakternya, maka ini adalah tribute peribadi kepada dia. Adakah anda pernah bertanya dan mempersoalkan tentang pontianak? secara jujur..hehehe saya kurang minat. Tapi kat sini siapa yang pernah tahu nama Elizabeth Bathory mungkin anda tahu serba sedikit. Ini adalah biodata Countess Elizabeth Bathory

Hiasan Semata



Kerakyatan - Hungary
Nickname: Elizabeth Bathory dikenali juga sebagai Lady Dracula
Hidup antara:1560 - 1614
Lahir: 7 Ogos 1560 

INFO

Berkahwin dengan Count Ferencz Nadasdy pada 1575 dan menghabiskan masa awal perkahwinannya dengan tinggal di rumah suaminya  Nadasdy Castle di Sarvar, Hungary. Count Ferencz Nadasdy mengambil nama keluarga Elizabeth Bathory ketika mereka berkahwin memberikan nama lengkapnya sebagai Countess Elizabeth Bathory Nadasdy. Count Ferencz Nadasdy menghadiahkan isterinya Countess Elizabeth Bathory sebuah kastil yang dipanggil Nadasdy Cachtice Castle di Slovakia moden (kemudian Hungary) bersama-sama dengan desa-desa yang berhampiran sehingga di istana tersebut digelar Lady Drakula Castle.

Boleh dikatakan yang Elizabeth datang dari salah satu keluarga terkaya di Transylvania. Ayah George atau Gyorgy dan ibunya Anna Bathory serta saudara dari ibu Elizabeth adalah berketurunan diraja iaitu Raja Poland Istvan Bathory pada (1533-1586). Boleh dikatakan yang keluarga Bathory adalah pemerintah di Transylvania.

Sepanjang perkahwinannya Elizabeth, dia dikurniakan 6 orang anak cuma yang masih hidup adalah 4 dan baki 2 lagi mati ketika dalam kandungan lagi. Antara nama-nama anaknya yang berempat itu ialah Anastasia Bathory, lahir pada 1574,Anna Nadasdy lahir pada.1585, Katalin (Katherina) Nadasdy lahir pada 1594 dan Paulus Nadasdy (1598 - 1650. Bagi tahap pendidikan beliau dikatakan sangat berpelaran tinggi kerana fasih dalam beberapa bahasa.

Apa yang menarik sangat pasal Elizabeth Bathory ni? Sebabnya ialah konon-kononnya dia dikatakan sebagai seorang pontianak yang memerlukan darah anak-anak gadis sunti yang dibunuhnya untuk mandi bagi memastikan beliau kekal awet muda. Antara personaliti beliau adalah seorang bijak, kejam dan mempunyai mental yang tidak stabil. hehe tapi macam manapun setiap tempat ada budaya dan kepercayaan masing-masing. cuma pada zaman tu dia dikatakan mati tanpa sebab dan kematiannya masih menjadi tanda tanya. nanti kita rungkaikan....





Lady Dracula Castle

Sunday, December 19, 2010

Fakta?Misteri?11/9

Kejadian ini dah lama berlakupun tapi apa yang aku teringat masa kejadian ni jadi pada waktu malam Malaysia dan masa itupun aku baru darjah 6 kalau tak silap aku. Macam mana aku boleh tahu? siapa yang rajin tengok  Midnight News tahulah..tapi sebenarnya aku tak tengokpun cuma tertengok bila family aku buka saluran NTV7 masa tu. Tapi kat sini aku bukan nak singkap balik macam  mana benda ini berlaku cuma nak bagi tahu beberapa fakta berlakunya 11/9...kenapa dikatakan ianya misteri? ada beberapa faktor dan atas kejadian inilah umat Islam dituduh sebagai penganas, padahal dalangnya masih belum tentu jelas tapi Islam sudah dilabelkan sebagai penganas. tidak adil bukan?




Perhatikan Gambar diatas,adakah ianya memang sudah dirancang???

Ini adalah beberapa fakta yang aku Cari dari Web & Blog lain.

1. 'new york city' ada 11 huruf
2. 'afghanistan'ada 11 huruf
3. Rasmin Yuseb-org yg disyaki terlibat ada 11 huruf
4. george w bush ada 11 huruf
5. menara berkembar tu lambang 11 jugak kan?
6. model kapal terbang pertama yg langgar tu jnis flight 11
7. flight 11 boleh memuatkan 92 penumpang 9+2=11
8. model kapal terbang kedua yg langgar tu jenis flight 77
9. pihak amerika senarai pendek tujuh suspek utama 77/7=11
10. flight 77 boleh memuatkan 65 penumpang 6+5=11
11. tragedi tu dikenali sbg 911 9+1+1=11
12. 911 adalah pangilan kecemasan kat usa
13. mangsa yg terkorban 254 org 2+5+4=11
14. 11 september adalah hari ke-254 dalam setahun
15. tragedi pengeboman Madrid blaku pada 3/11/2004 3+1+1+2+4=11
16. tragedi madrid tu berlaku 911 hari selepas tragedi kt amerika
17. antara lambang2 amerika ialah helang.tgok terjemahan al
quran nie.....

"...for it is written that a son of arabia would awaken a fearsome eagle. The wrath of the eagle would be felt throughout the lands of Allah, while some of the people trembled in despair still more rejoiced. For the wrath of eagle cleansed the lands of Allah and there was peace..."

that verse is number 9:11 in Al-Quran...

18. satu lagi, korang bukak microsoft word, pastu taip besor2 Q33 NY(model pesawat tu),pastu tukar kpd font 'wingdings'...tgok




Bagi aku fakta diatas adalah secara kasar kerana aku ada beli satu buku dari produksi Gempak STARZ siapa yang ada buku tu mesti tahu, dan dalam buku tersebut ada juga menerangkan siapa dalang dan asal kejadian 11/9 secara detail. Banyak lagi misteri yang masih belum terungkai sampai ke hari ini dan walaupun dah 10 atau 9 tahun dah berlaku, ada tak dalam fikiran masing-masing sekarang kes tu macam mana? pesalah dia ditangkap ke? dan kenapa selepas George W Bush digantikan kepada Barrack Obama cerita 11/9 terus hilang??? dan selepas kejadian tu kempen perang semakin menjadi-jadi???

Ada juga yang dah meramal yang kejadian ini akan berlaku, misalnya konon-konon ramalan Nostrodomus yang berkata akan berlaku satu hari dimana bangunan pencakar langit dibina manusia yang berkembar akan runtuh (huhu kalau Bangunan Kembar Petronal KLCC tak kena pulak? hehe) dimasa akan datang. Ini adalah petikannya dalam ramalannya.

'In the City of God there will be a great thunder, Two brothers torn apart by Chaos, while the fortress endures, the great leader will succumb'
'The third big war will begin when the big city is burning'

- Nostradamus 1654

...on the 11 day of the 9 month that... two metal birds would crash into two tall statues... in the new city... and the world will end soon after"

"From the book of Nostradamus" 


Maka tepat ke ramalan dia? bagi aku kebetulan saja. kerana ada banyak alasan dan fakta lain yang berlaku masa runtuhnya bangunan WTC dan Pentagon. Misalnya Kapal terbang Boeing yang melanggar Pentagon kenapa saiz kapal dan saiz lubang kamalangan tak sama???

Diameter 1



Diameter 2


Pandagan Atas


Larry Silverstein,Dalang?

Macam mana? tak masuk akalkan? dan ada lagi fakta lain yang menariknya Owner atau pemilik bangunan WTC ini adalah orang Yahudi dan Pekerja di WTC seramai 2000 orang juga Yahudi dan masing-masing terselamat??? bagaimana? Kononnya pemilik WTC Larry Silvertien segaja melakukan konspirasi ini untuk menuntut hak insurans? dia juga terbabit bersama dengan George W Bush? masih banyak lagi fakta-fakta yang dapat dipersoalkan.

Konspirasi 3 serangkai. Isu Minyak


2010 keadaan sekarang.Dah macam kebun aku tengok.

Maka kejadian ini masih lagi menjadi tanda tanya dan masih belum diselesaikan secara adil tetapi umat islam yang menjadi magsa terutamanya negara-negara yang mempunyai sumber minyak yang banyak. aku harap Iran akan terus terselamat dan dapat menangkis apa je serangan psychology dari U.S. dan segaligus mengelakkan dari menjadi mangsa, inilah perihal dunia. haha bila dikenang kat Malaysia sekarang ini harga minyak baru je naik awal December 2010 walaupun dijanjikan tak naik tapi naik juga. kerajaan oh! kerajaan!




Wednesday, December 15, 2010

Info mengenai Yoshito Usui

Kenal dengan karikatur Crayon Shin Chan? ya...siapa yang sering mengikuti buku dengan cerita animasinya pasti kenalkan? ok dekat sini aku nak ceritakan latar belakang beliau. Rasanya aku buat inipun atas penghargaan kepada beliau walaupun Yoshito Usui ini dah tidak tahu kemana dah.

Dikatakan ini wajah beliau tapi aku tak pasti.


Nama: Yoshito Usui (臼井儀人 Usui Yoshito,
Lahir dan hilang pada : April 21, 1958 – September 11, 2009), 
Dilahirkan di: Shizuoka,Japan

Kalau diikutkan cerita beliau sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan dua orang anak perempuan. Sebenarnya pada tarikh 11/9/2009 tu dia bersama rakannya pergi memanjat gunung pada pagi sabtu tapi dengan tak semena-mena Yoshito Usui dikatakan jatuh gunung dan kononnya mayat beliau dijumpai dibawah gunung tapi identitinya sebagai Yoshito Usui masih diragui.



Jadi Kematiannya masih menjadi tanda tanya.Kejadian ni dah setahun lebih dah cuma aku taip inipun sebenarnya rasa sedih jugaklah tapi marahpun ada bukan apa,pasal kecewa dengan siri beliau yang tidak siap dan masih belum tamatpun sirinya. aku dapat idea nak tulispun pasal masa aku jalan-jalan kat kedai buku aku ternampak volume Crayon Shin Chan yang lama-lama,takkan aku nak beli buku tu untuk kali kedua.

Memang betul yang manga dia kadang-kadang bersifat terlampau tapi siapa yang mengikutinya pasti terhibur dengan lawak jenakanya betul? Mana tidaknya, dulu aku pernah kena sound oleh rakan serumah aku pasal baca komik lepas tu gelak seorang diri. hehehe tapi nasihat aku siapa yang kurang dan jarang tergelak tu eloklah dibeli komik ni, pasal aku pasti korang akan tergelak punya.memang satu terapi yang sangat berkesan kepada sesiapa yang stress!.

Walaupun Crayon Shin Chan ni kadangkala ada unsur-unsur 18SX ni tapi kebanyakan ada nilai-nilai moral yang banyak berkenaan dengan kekeluargaan, kehidupan bermasyarakat dengan budaya.Benda-benda yang baik tu kita ambil la dan kalau yang kurang tu jangan tiru pulak.Aku harap satu hari nanti negara kitapun ada hasil yang baik dari segi anime/manga dan yang sekarang aku tengok Upin & Ipin yang popular, Kalau zaman aku dulu macam Usop Sontorian dengan Kluang Man ye tak.


Bye,bye,BYE....... : )