Wednesday, February 2, 2011

Di mana Bermuda Triangle?

Apa yang menarik sangat pasal segitiga bermuda ni? sebenarnya dah lama aku nak tulis hal ni pasal aku sendiri masih belum memahami sepenuhnya pasal segitiga bermuda ni. banyak sudah blog dengan artikel yang aku baca kat laman sesawang ni. maka aku cuba juga nak tulis pasal BERMUDA TRIANGLE ni walaupun ada tugasan lain yang perlu aku buat.

Setakat ni apa yang aku ataupun sesiapa yang paham?kononnya segitiga bermuda adalah tempat kononya keluar dajjal,tempat makhluk asing berkampung, tempat apa lagi?sekarang ni kita tengok dulu fakta dari barat dan dari islam sendiri selepas tu biar masing-masing buat andaian sendiri ok? ^___^

Fakta Barat
1) Bermuda triangle dikatakan terletak di antara wilayah laut di selatan Amerika Serikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), maka terwujudnya bentuk segitiga. adakah ini kebetulan?kebenaran? ataupun sahaja di adakan untuk menakutkan manusia sendiri?

2) Nama lain untuk segitiga bermuda adalah Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. 
sumber ni aku Wiki. Source

3) Antara kejadian-kejadian aneh yang menyebabkan Segitiga bermuda mendapat nama adalah seperti :


a) Berlakunya Teignmouth Electron iaitu kononya segitiga bermuda boleh menarik dan menenggelamkan pesawat yang berada di situ walaupun hanya sepintas lalu ataupun berada di ruang udara Segitiga bermuda. Contohnya hilangnya kapal terbang  C-119 Flying Boxcar pada 7 Juni 1965.

b) Teori  merentas demensi iaitu kapal yang melalui kawasan tersebut hilang akibat dari permindahan dimensi
c) Kononya tempat laluan UFO.

d) Kononya adalah tempat kota atlantis yang tengelam.

e) Ini adalah sebahagian kronologi kisah dari bermuda triangle dan senarai kapal-kapal terbang yang hilang mengikut tahun.
  • 1840 : HMS Rosalie
  • 1872 : The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda
  • 1909 : The Spray
  • 1917 : SS Timandra
  • 1918 : USS Cyclops (AC-4) hilang di laut tapi dilaporkan semasa masih dalam talian dengan juruterbang keadaan laut dikatakan tenang.
  • 1926 : SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
  • 1938 : HMS Anglo Australian
  • 1945 : Penerbangan 19 hilang
  • 1952 : Pesawat British York transport hilang dengan 33 penumpang.
  • 1962 : US Air Force KB-50
  • 1970 : Kapal barang Perancis, Milton Latrides hilang ketika berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
  • 1972 : Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), hilang dengan 32 anak kapal
  • 1976 : SS Sylvia L. Ossa Hilang dalam laut di sebelah barat Bermuda.
  • 1978 : Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah komunikasi dengan pengkalan.
  • 1980 : SS Poet; berlayar menuju Mesir, hilang dalam perjalanan.
  • 1995 : Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943).
  • 1997 : Para pelayar hilang dari kapal pesiar Jerman.
  • 1999 : Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju ke St Vincent.
Sumber


Perspektif Islam.

Yang ini aku tak pasti dan hanya nak kongsi apa yang aku terbacalah. ada yang kata tempat tinggalnya jin dan syaitan, ada juga yang tulis akan keluarnya dajjal dari situ.

Sekadar gambar hiasan


Menurut Syaikh Imam M. Ma'rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaitkh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggukan jubah suci berwarna kebiruan.

Sumber

aku cuma ambil sebahagian je pasal ini hak copyright orang.


Penutup

Akhirnya siap juga entry Segitiga Bermuda ni,terlampau banyak fakta,mitos kalau nak diceritakan tapi semua ini membuatkan aku lagi berfikir...tapi macam kebelakang.aku nak pandang dan fikir yang kehadapan. bagi pendapat aku Segitiga bermuda ni hanyalah cerita yang kurang munasabah tapi aku suka tengok, dan benda-benda macam ini membuatkan aku lebih ingat yang kat ATAS tu.


No comments: