Friday, February 18, 2011

My Fuhrer, Adolf Hitler

Aku agak mengkagumi beliau..walaupun dah berdekad-dekad lamanya dia membunuh diri sendiri aku tetap mengagumi beliau tentang dirinya...maksud aku dari segi keyakinan dirinyalah...cara dia berfikir yang terlalu radikal...walaupun dia dibenci oleh negara-negara eropah tapi dia juga adalah orang yang disegani...

Saja Bercerita


Adolf Hitler, yang memerintah Jerman selama 12 tahun, yang mengakibatkan  kematian berjuta-juta orang dalam  Perang  Dunia  II, termasuk holocaust, dianggap sebagai salah satu orang yang paling hina dalam sejarah, dengan namanya menjadi sebati  dengan  kejahatan. Diberikan di  bawah  ini adalah beberapa fakta tentang Adolf Hitler.
Lahir pada tarikh 20 Mei, 1889 di Brannau, sebuah bandar di Austria, Adolf Hitler adalah anak ke-4 Klara Hitler dan Alois Schickelgruber.Pada awal kehidupan Adolf Hitler dihabiskan di Austria. Dia suka melukis, namun ia tidak berjayadalam menduduki ujian di akademi seni. Dia kemudian pergi ke Munich dan menyertai Bavaria ke-16 Rejimen Infantri Reserve Perang Dunia I, di mana dia pernah mengalami pengalaman
digas dan terluka, dan juga pernah diberikan penghargaan untuk keberanian masa perkhidmatannya.

Pada tahun 1919, selepas berakhirnya perang, Hitler menyertai suatu badan Parti  Pekerja Jerman, yang kemudian dinamakan sebagai Nasional Parti Pekerja Sosialis Jerman, yang pada gilirannya disingkat dengan Parti Nazi. Segera, beliau mengambil alih propaganda  parti  dan pada  tahun  1921 dia menjadi pemimpin.

Saat itu, pada tahun 1923 bahawa Nasional Parti Pekerja Sosialis Jerman, yang dipimpin oleh Adolf Hitler cuba merampas kuasa, dari penguasa Jerman Republik Weimar, di Beer-Hall Putsch terkenal. Namun, Hitler gagal semasa demonstrasi dan dipenjara.




Ia mengambil selama sembilan bulan  di penjara, Adolf Hitler menulis Mein Kampf, atau Perjuangannya, autobiografinya serta manifestonya. Dia kemudian keluar dari penjara dan menjadi jurubicara yang popular untuk Jerman nasionalistik bagi pihak rakyat yang miskinSetelah itu, pada tahun 1932, Hitler cuba untuk menjadi ketua dengan mencabar Paul von Hindenburg pada pilihan raya, tetapi tidak berjaya.

Kemudian, selepas kematian Hindenburg, Adolf Hitler menjadi Fuhrer dan Canselor, atau Reichskanzler, pada tahun 1934. Dia langsung menetapkan tentang pembentukan kediktatoran mutlak, menegakkan peraturan yang baru dibentuk dengan bantuan Gestapo, polis rahsia brutal. kem-kem konsentrasi telah didirikan di atas pembunuhan terancang Yahudi, lawan politik, dan Gipsi.

Dia kemudian pergi menentang, menceroboh dan mencampurkan semua wilayah sebanyak mungkin di Eropah, seperti Sudetenland dan Austria, pada tahun 1938, dan kemudian menyerang Poland pada 1 September 1939, di mana Perancis dan Inggeris menyatakan perang terhadap Jerman pada 3 September, sehingga awal Perang Dunia II.






Pada tahun-tahun awal perang, Adolf Hitler, dengan menggunakan kekuatan dari infantri Jerman dan tangki untuk melepaskan Blitzkrieg, telah sukses luar biasa, menyapu melalui sebahagian besar Eropah Barat, dengan bangsa-bangsa jatuh satu per satu ke mesin perang besar Jerman.

Hitler menyerang Kesatuan Soviet pada tahun 1941,dengan mengabaikan pakatan non-aggression pact yang sebelumnya  menandatangani kontrak dengan mereka pada tahun 1939. Selepas kemenangan awal, pasukan Hitler menderita kekalahan, pertama di Moscow pada bulan Disember 1941, dan kemudian di Stalingrad, pada musim sejuk tahun 1942-1943.

Di bulan Disember tahun 1941, Amerika Syarikat juga turut memasuki peperangan. Sekutu mula menceroboh Jerman di Eropah dengan menduduki oleh di pantai Perancis di Pantai Normandy, pada tahun 1944. Kemudian bandar-bandar Jerman mula yang dibom dan dihancurkan oleh pasukan sekutu dengan memasuki Jerman dan membuat jalan mereka ke Berlin oleh 1945. Sementara itu, Itali, di bawah pemerintahan diktator fasis, Benito Mussolini, yang merupakan sekutu Jerman, juga jatuh. Selama perang, banyak Nazi peringkat tinggi menjadi putus asa, dan sejumlah usaha dilakukan untuk membunuh Hitler, yang semuanya tidak berjaya. Sementara itu, pasukan Kesatuan Soviet juga mendekati Berlin, yang merupakan tempat markas Hitler iaitu wolves slayers.






Seperti menjadi cukup jelas bahawa peperangan semakin sampai ke penamatnya, dan leftenan kananya menyerah diri dan kenyataan rasmi dari rejim Nazi Reich Ketiga, yang Hitler membuat Jerman bertahan 1000 tahun, tak berjaya tapi runtuh dalam masa seminggu selepas kematian Hitler. Namun, boleh dikatakan Hitler adalah orang yang bertanggung jawab atas tiga peristiwa abad ke-20 yang paling klimaks: 1) Perang Dunia II; 2) Holocaust, dan 3) Perang Dingin, yang diikuti Perang Dunia II.




P/S: Kalau nak lagi paham tengok cerita Hitler: The Rise Of Evil..lagi menyeluruh...


GIO - Bila Cinta OST Lagenda Budak Setan




Lyric

Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkanku

(Korus)
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Ku kan setia di mana tempatmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu

(Korus)
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan

(Korus)
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan.. Dalam harapan..
 
 
P/S: Aduii aku taklah putus cinta..tapi lagu ni boleh makan dalam jugaklah walaupun baru je ak tengok cerita ni kat lappy aku.

Friday, February 11, 2011

RE:Tak Kenal Maka Tak Cinta

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T...kita masih lagi hidup..bernafas kat dunia ni..selagi kita masih hidup ni..bersyukur la apa yang ada..memang kadangkala kita menghadapi musibah..masalah..tapi itu bukanlah kayu ukur untuk kita untuk tidak menuju kepada kejayaan..pernah berasa sunyi?itu normal tapi kadangkala tu yang menjadikan kita lebih matang dalam pemikiran dan langkah kita..tapi janganlah dijadikan itu alasan sunyi itu menjadikan kita jadi makin teruk...


Ini pengamatan akulah...yang penting jadilah diri sendiri semasa berkawan..jangan jadi macam orang lain dan cari identiti sendiri kerana kita hidup kat dunia ni sejak kita lahir kita dah ada sifat sendiri dan karakteristik diri sendiri. bak kata seorang kawan yang baru aku kenal dalam sebulan ni..kita tak boleh nak memuaskan setiap hati dan kehendak manusia yang lain tapi bila berkawan..ikhlas lah..jangan hipokrit..jadi diri sendiri..kalau ada sikap kita yang orang tak berkenan janganlah ditunjukkan...seperti bidalan melayu pernah berkata "buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali" maksudnya yang jahat tu janganlah dibuat pulak..tapi nak buat baikpun tengoklah pada tempatnya..pasal kalau tak boleh jadi lain pulak..nanti jadi macam orang mengambil kesempatan dalam perbuatan yang baik kita buat tu..

Bila berkawan..dah jadi diri sendiri..cubalah untuk menerima perangai dan orang lain..cubalah buka minda..cubalah menerima..kalau tak dapat cuba..belajar lah...dari situ baru kita tahu nak menilai yang "Tak Kenal,Maka Tak Cinta" , maka carilah sahabat..kawan yang betul-betul bermakna dalam hidup ni..kerana nak tau tidak kita ni manusia yang fitrahnya kena bersosial..sampai bila kita nak duduk di tampuk lama?sampai bila kita hendak duduk dalam dunia kita sendiri...sampai bila???memang kita boleh jadi macam ni..tapi cuba-cubalah untuk menerima..bila kita di suatu tempat tu..cuba jugak untuk terima tempat tu...macam bidalan melayu lagi pernah berkata.."Di mana Bumi di Pijak, Di Situ langit Dijunjung"..

Siapa yang rasa ada masalah..carilah punca masalah tu..jangan biarkan ianya berlarutan..cari jalan penyelesaiannya dengan bijak..dan senyaplah kalau kita tak tahu apapun..gunalah mata...pandanglah..lihatlah..dan fikir dengan akal..kerana sekurang-kurangnya kita masih ada pemikiran yang tak payah fikir sangatlah...yang penting hadapi segalanya dengan senyuman..dan jadilah diri sendiri...benda yang orang tak suka jangan buat...tapi kalau orang dah tak sudi..angkat kaki lebih baik...







Wednesday, February 2, 2011

Di mana Bermuda Triangle?

Apa yang menarik sangat pasal segitiga bermuda ni? sebenarnya dah lama aku nak tulis hal ni pasal aku sendiri masih belum memahami sepenuhnya pasal segitiga bermuda ni. banyak sudah blog dengan artikel yang aku baca kat laman sesawang ni. maka aku cuba juga nak tulis pasal BERMUDA TRIANGLE ni walaupun ada tugasan lain yang perlu aku buat.

Setakat ni apa yang aku ataupun sesiapa yang paham?kononnya segitiga bermuda adalah tempat kononya keluar dajjal,tempat makhluk asing berkampung, tempat apa lagi?sekarang ni kita tengok dulu fakta dari barat dan dari islam sendiri selepas tu biar masing-masing buat andaian sendiri ok? ^___^

Fakta Barat
1) Bermuda triangle dikatakan terletak di antara wilayah laut di selatan Amerika Serikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), maka terwujudnya bentuk segitiga. adakah ini kebetulan?kebenaran? ataupun sahaja di adakan untuk menakutkan manusia sendiri?

2) Nama lain untuk segitiga bermuda adalah Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. 
sumber ni aku Wiki. Source

3) Antara kejadian-kejadian aneh yang menyebabkan Segitiga bermuda mendapat nama adalah seperti :


a) Berlakunya Teignmouth Electron iaitu kononya segitiga bermuda boleh menarik dan menenggelamkan pesawat yang berada di situ walaupun hanya sepintas lalu ataupun berada di ruang udara Segitiga bermuda. Contohnya hilangnya kapal terbang  C-119 Flying Boxcar pada 7 Juni 1965.

b) Teori  merentas demensi iaitu kapal yang melalui kawasan tersebut hilang akibat dari permindahan dimensi
c) Kononya tempat laluan UFO.

d) Kononya adalah tempat kota atlantis yang tengelam.

e) Ini adalah sebahagian kronologi kisah dari bermuda triangle dan senarai kapal-kapal terbang yang hilang mengikut tahun.
  • 1840 : HMS Rosalie
  • 1872 : The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda
  • 1909 : The Spray
  • 1917 : SS Timandra
  • 1918 : USS Cyclops (AC-4) hilang di laut tapi dilaporkan semasa masih dalam talian dengan juruterbang keadaan laut dikatakan tenang.
  • 1926 : SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
  • 1938 : HMS Anglo Australian
  • 1945 : Penerbangan 19 hilang
  • 1952 : Pesawat British York transport hilang dengan 33 penumpang.
  • 1962 : US Air Force KB-50
  • 1970 : Kapal barang Perancis, Milton Latrides hilang ketika berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
  • 1972 : Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), hilang dengan 32 anak kapal
  • 1976 : SS Sylvia L. Ossa Hilang dalam laut di sebelah barat Bermuda.
  • 1978 : Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah komunikasi dengan pengkalan.
  • 1980 : SS Poet; berlayar menuju Mesir, hilang dalam perjalanan.
  • 1995 : Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943).
  • 1997 : Para pelayar hilang dari kapal pesiar Jerman.
  • 1999 : Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju ke St Vincent.
Sumber


Perspektif Islam.

Yang ini aku tak pasti dan hanya nak kongsi apa yang aku terbacalah. ada yang kata tempat tinggalnya jin dan syaitan, ada juga yang tulis akan keluarnya dajjal dari situ.

Sekadar gambar hiasan


Menurut Syaikh Imam M. Ma'rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaitkh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggukan jubah suci berwarna kebiruan.

Sumber

aku cuma ambil sebahagian je pasal ini hak copyright orang.


Penutup

Akhirnya siap juga entry Segitiga Bermuda ni,terlampau banyak fakta,mitos kalau nak diceritakan tapi semua ini membuatkan aku lagi berfikir...tapi macam kebelakang.aku nak pandang dan fikir yang kehadapan. bagi pendapat aku Segitiga bermuda ni hanyalah cerita yang kurang munasabah tapi aku suka tengok, dan benda-benda macam ini membuatkan aku lebih ingat yang kat ATAS tu.