Sunday, December 29, 2013

Kembara Cintaku

Assalamualaikum~~

Pada musim cuti sekolah ini ramai yang meraikan cinta dengan mengikat hubungan dengan pertunangan dan pernikahan. Alhamdulillah,diri menerima jemputan walimah, ramai juga antara kawan dan kenalan yang sudah berjaya menemui jodoh masing-masing dan tidak kurang juga yang sedang merancang untuk mendirikan bahtera bahagia.

Pada post kali ini saya cuma mahu berkongsikan pengalaman sepanjang berkunjung majlis walimah seorang rakan di Kedah tempoh hari. Alhamdulillah majlis meriah dan berjalan lancar.cukup sederhana pada pengamatan saya. jodoh itu adalah rahsia Allah. walaupun kita belum tahu siapakah bakal suami atau isteri kita sudah Allah jelaskan dalam kalamNya.

"Perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik & lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik" - Surah An-Nur 24:26

Jadi tidak mesti tidak, diri sendiri yang mesti menjadi baik terlebih dahulu sebelum mendambakan seseorang yang baik. seringkali juga seorang sahabat pernah menerangkan erti perkahwinan itu pada saya, bahawa kata-katanya "perkahwinan itu adalah untuk saling melengkapi" disebalik kata-kata itu, saya membayangkan perkataan saling melengkapi itu.

Padanya saling melengkapi itu adalah kondisi seorang suami melengkapkan kehidupan isterinya dan sebaliknya juga pada seorang isteri. Misalnya yang sering kita dengar adalah jika suami adalah seorang yang agak boros, isterinya adalah seorang yang jimat berbelanja, begitulah kontranya perkahwinan itu.


Dasar Perkahwinan

Sepanjang perjalanan saya ke Kedah dan berjumpa dengan sahabat-sahabat lama ramai yang bertanyakan kepada saya, bilakah waktu saya pula mahu mendirikan istana bahagia bersama pasangan?. Jika sebelum-sebelum ini saya diajukan dengan soalan ini saya cuma hanya responkan dengan kata-kata bila tiba masanya atau ditakdirkan, cuma sekarang ini yang terbaik adalah saya senyum dengan soalan-soalan seperti itu.

Jika ditanya sudah ada calonkah? Jujur saya katakan ada.Jika ada yang bertanya dan membuatkan andaian saya iyakan sahaja kerana itu memang fitrah manusia untuk mengetahui sesuatu.kerana manusia itu ingin percaya apa yang mereka percaya. Tetapi yang saya mahu kongsikan adalah perbezaan saya. Ada yang mengatakan jika mahukan seseorang itu sesungguhnya kita mesti saling sentiasa berhubung atau menyatakan cinta pada yang disukai.

Ya! saya setuju tapi dasarnya rapuh kerana bagi saya jika saya berjaya sekalipun mendapatkan seseorang itu ianya adalah cara yang kurang terbaik. pada saya cukup sekadar menyampaikan hasrat cinta itu dan sekiranya mendapatkan perkabaran yang menggembirakan,berjodoh yang terbaik adalah terus meminang pada walinya bila tiba masanya.

"Couple" ramai yang terperdaya.kerana denga istilah ini ramai yang membenarkan cinta yang suci itu tercemar dengan manis-manis dosa seperti menghabiskan masa dan kewangan dengan berjumpa dan kerap berhubung.walaupun dikalangan pasangan ini ada yang tidak pastipun dengan hala tuju hubungan itu. maafkan saya jika ada yang tersinggung dengan tulisan saya kerana saya juga bukan yang betul.

Imam Hassan al-Basri, seorang tabiin memberikan satu taujih buat kita :

“ Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikannya dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah (sang penyeru). Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”


Queensbay



Pertunangan

Kadang-kadang ramai yang tersalah erti bahawa pertunangan itu adalah seperti perkahwinan.bukankah pertunangan itu adalah proses kenal-mengenali pasangan? kerana bagi saya ada yang segelintir yang menghebahkan pertunangan mereka seperti suatu perkahwinan. kerana kita digalakkan untuk merahsiakan pertunangan dan menjaga adab dalam tempoh pertunangan. 

Banyak kebaikan merahsiakan pertunangan itu, misalnya ianya adalah menjaga dan memelihara maruah wanita dan lelaki andai berlaku perkara yang tidak diingini seperti putus tunang serta dengan merahsiakan pertunangan itu berupaya mengurangkan fitnah yang pada akhir-akhir zaman ini dijadikan topik perbualan meja. cuma itu sekadar pandangan sendiri yang pada saya, ilmu pada diri masih kurang.


Pasangan & Hubungan

Jika diikutkan hati saya yang masih muda ini, kahwin adalah salah satu rancangan tapi dengan suasana dan kos hidup yang membelenggu kebanyakkan orang ramai yang menangguhkan hasrat disamping faktor seperti persetujuan keluarga dan lain-lain. kerana banyak yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan lagi keputusan kepada gerbang pernikahan.Sebelum tiba saya di Kedah saya berpeluang untuk bertemu sahabat di Penang. Dia menyatakan hasrat untuk berkahwin tetapi baginya dengan kos yang sangat tinggi menyukarkan hajatnya.

Apa ciri-ciri pasangan anda? ramai yang mahukan pasangan yang serba serbi baik dan cantik mahupun tampan.tapi adakah itu piawaian atau standard ISO yang diiginkan. Seorang sahabat menegaskan bahawa perkahwinan itu adalah kita mengahwini seseorang dengan karakternya bukan pada fizikalnya. Ada juga lelaki yang mahukan pasangannya sempurna dari segi rupa dan peribadi sebegitu juga wanita. pada saya itu fitrah manusia yang mahukan terbaik.

Fudhail bin Iyadh, seorang yang warak lagi soleh berkata :

“ Barangsiapa yang inginkan teman (pasangan) yang sempurna, dia tidak akan mempunyai teman (pasangan) sampai bila-bila.”

Tetapi kebanyakkan rakan yang berkongsi cerita pada saya, jika kita sudah menyukai seseorang itu, selalunya yang seorang itu sahaja kita sukakkan tidak ada yang lainnya. Harus diingat, walau betapa sukanya pada seseorang itu jodoh itu sudah ditetapkan dan jika orang yang disukai itu sudah berkahwin,pastinya yang berkahwin itu akan fokus pada pasangannya bukan pada masa silamnya.Ada juga yang salah faham akan erti sekadar berkawan dengan memberi harapan ataupun istilahnya melayan. Pada saya semuanya bermula dengan Niat. Allah maha mengetahui apa yang berada didalam hati hamba-hambaNya.

"Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati)." Surah Al-Anbiiya 21:110

Akhirkata dari saya, siapapun lelaki mahupun wanita pastinya berhasrat untuk berkahwin jadi biarlah masa yang menentukan bila tibanya takdir itu. Bagi diri saya sendiri khususnya, mestilah saya mahu membetulkan diri saya sendiri,saya mahukan yang terbaik buat pasangan saya,saya mahu memiliki ilmu supaya saya dan bakal isteri saya hidup dalam syariat yang harmoni, disamping saya juga berasa kerja tetap adalah kunci untuk perkahwinan. kerana bukti sebenarnya untuk memiliki gadis yang dicintai adalah bekerja dan berusaha sendiri untuk berdikari.Memetik kata-kata dari dalam Novel Tarbiah dari penulis Ust Fatimah Syarhah & Dr. Farhan Hadi secara peribadi Novel ini adalah bacaan yang terbaik bagi memandu jiwa-jiwa yang inginkan cinta yang diredhai.

"Buat pemuda, rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Tunjukkan kewibawaan dan kematanganmu dengan mencari kerja. Bukan duduk-duduk saja. Ketika masih belajar pun, banyak peluang kerja sampingan yang boleh diterokai. - mukasurat 326:Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu


Menara Alor Setar

Thursday, November 21, 2013

Dunia ditangan,Akhirat Dihati

Assalamualaikum ~~

" Sebenarnya setiap satu ujian dalam hidup ni adalah satu langkah mendekatkan kau kepadaNya " - Anonymous


Apa yang istimewanya kata-kata di atas? ya! itulah antara pedoman yang saya perolehi secara tak langsung. itulah motivasi terbaik menuju kepadaNya.


PERUBAHAN

Hidup adalah perubahan,hidup adalah ibadah.manusia diwujudkan untuk beribadah ya! itu wajib bagi setiap mukmin.

tapi.....

Adakah saya perlu tinggalkan.....

Pekerjaan....

Hiburan...

Rakan.......

Dunia.....

Maka saya perlu duduk di masjid saja?

Jawapannya


TIDAK!


MUHAMMAD

Yang terpuji, itulah maksud nama Muhammad.Siapa Muhammad?.Muhammad Ialah utusan Allah, Penghulu segala nabi.seorang Rasul yang cekal menghadapi Ujian. Cekalnya hati Rasulullah. Sebarang ujian yang datang melanda dipenuhi onak dan duri, dihadapi dengan senyuman. katakan saja apa ujianNya, semua diharungi Rasulullah. Ketika berdakwah,Ketika berperang,ketika hidupnya diambang maut.

Sabarnya Rasulullah diuji, diuji dengan kemiskinan,kekayaan,kehinaan,kemasyuran,kesorangan,keramaian dan sebagainya. segala ujian baik dan tidak baik. Ya! Rasulullah Hebat! tidak pernak lagi kita mendengar Rasulullah menjadi kurang siuman ataupun berputus asa.Percayalah, jika Rasulullah berputus asa pasti kita tidak ada.Allahu. jika saya pasti saya mengeluh dan berduka hati menghadapi ujian di dunia....


Tapi....


Akhlak,Iman Rasulullah....itulah teladan kami.


Rasulullah adalah seorang hamba Allah, beribadah kepada Allah

Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang berakhlak

Rasulullah adalah seorang sahabat yang baik

Rasulullah adalah seorang pekerja yang jujur


Rasulullah adalah segalanya. selusurilah, teladanilah hidupnya.




DUNIA DITANGAN,AKHIRAT DIHATI


Saya mesti menjadi seperti Rasulullah,saya mesti mencontohiNya!. Kau mesti memulakan langkah itu walaupun kau gagal berkali-kali. Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan manusia. Allah tahu manusia itu manusia pendosa tanpa henti. tapi Allah tidak memandang jasadmu,Allah menjatuhkan pandanganNya pada hatimu, seperti hatiku dipandangiNya kini.


Allah berjanji dalam kalamNya

"Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, pasti akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami" - Al-Quran

Dan Dengarkan, Katakanlah pada diri, tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali berubahlah, Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al-Quran dan ingatlah mati. Begitulah...ya begitulah panduan yang Rasulullah berikan.

-Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis-


HATI MATI


" Carilah hatimu di tiga tempat, Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, Carilah hatimu ketika mengerjakan sola. Jika tidak juga kau temui, carilah hatimu ketika duduk takafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatNya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati! - Imam Ghazali


AKHIRAT KEKAL ABADI

“Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.” - Luqman Al-Hakim



Semak-semaklah kehidupan seharianmu, Bagaimana awal pagimu? telah kau kuak pintu hatimu dengan hati yang bersyukur? telah kau ucapkan segala puji bagi Allah yang menghidup dan mematikanmu sebentar sebelum kamu dimatikan selamanya? Apa sikapmu? adakah kau lebih taat mematuhi kehendak manusia yang juga hamba atau pada PENCIPTA hamba?


Subuh hari pintalah kepadanya menghadapi ujian hidupmu dengan berlindung kepadaNya dari sifat malas, takut, dukacita, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu.mulakanlah harimu, hariku dengan bersyukur kepadaNya. Mohon dipermudahkan. perbaiki diri. kerana kata bijak pandai orang yang cerdik adalah orang yang melihat aib sendiri dan merenungi dosa sendiri. Jika kamu merasa diancam dizalimi ucapkanlah Allah adalah sebaik baik pelindung diri.

AKU BUKAN MALAIKAT

Pengakhirannya dunia ini sementara, Allah memberikan masa kepadamu, kepadaku. sesungguhnya manusia sepertiku. saya . benar-benar dalam kerugian.

"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh dialah yang Maha pengampun, Maha Penyanyang " - Surah Az-Zumar ayat 53


Gabungan dari hati & pengalamanku, 
Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada - Hilal Asyraf
Di Mana DIA di Hatiku - Ust Pahrol Mohd Juoi
Dan yang paling penting
ALLAH berkata-kata kepada kita, saya, manusia melalui Al-Quran

17 Muharram 1435 H
9.55pm

Friday, October 18, 2013

Memupuk kecintaan pekerjaan

Assalamualaikum~~

Lama sudah tak menaip diblog sendiri.sibuk sangat barangkali.kadang2 rutin2 menaip blog ni adalah masa masih bergelar mahasiswa.Pelajar universiti kata diri yang konon2 intelek dan celik dengan isu semasa. masa banyak diambil untuk belajar dan memahami perkara yang lain. Menaip pada malam hari untuk meluahkan kesyukuran atas segala yang telah Allah beri, itulah apa yang saya rasa. Apa yang pasti Allah memberikan apa yang kita perlukan dan itu yang terbaik dari perancanganNya.
 
Alhamdulillah!, genap 12 Oktober 2013 lalu, saya sudah berumur 24 tahun.Selangkah ke alam kematian bagi saya, dan setiap yang hidup pasti akan mati. ramai yang memberikan ucapan.tapi dalam banyak2 ucapan yang paling saya hargai adalah saya diraikan oleh keluarga saya serta sahabat2 rapat saya. Bukanlah hendak menyambut sangat dengan meriah, cuma sekadar pengingat diri bahawa kehidupan ini singkat. mungkin apa yang disukai diteruskan dan yang tak diminati ditinggalkan atau  jahat ditinggalkan, yang baik dikejarkan.

Berbalik pada tajuk di atas, sempena membersihkan laman sesawang blog ini, perasaan setiap pagi saya , adalah memikirkan kerja saya.apa yang saya boleh simpulkan.sabarlah.masa petang selalu kembali, iaitu waktu pulang.dan saya sedari waktu pagi adalah waktu yang sukar.bukanlah sukar apapun, mungkin kondisi yang tak dapat dirai oleh hati barangkali.

Pekerjaan pada masa kini mudah didapati tetapi sukar untuk diperolehi. Antara faktor yang ketara adalah "Pengalaman". Kebanyakan majikan kini lebih suka mengambil pekerja yang berkemahiran dan berpengalaman berbanding manusia yang kurang berpengalaman. justeru itu. sekadar untuk berkongsi tip kerjaya atau tip untuk meningkatkan prestasi kerja berkualiti adalah seperti berikut:-


Tips Ringkas Tingkat Kualiti Kerja

1) Buat Kerja.Buatlah tanpa memikirkan apa yang orang beri pada kita, tapi fikirkan apa yang boleh kita beri pada orang atau organisasi

2) Keluar dari ZON SELESA.Kadang2 kita terlalu dibuai dengan keselesaan kerja yang mudah dan tidak mahu berasa susah ketika kerja atau keadaan kita bekerja.

3) Niat.Lakukanlah sesuatu untuk mendapatkan keredhaan Allah.bukan untuk BOSS atau manusia lain.

4) Pandang Rendah.Kadang2 kerja itu tak dipandangpon oleh manusia lainpon.tapi percayalah.Allah suka pada hambanya yang tekun bekerja dipagi hari mencari rezekiNYA.




Kadang2 terperhati juga manusia yang mengeluh dek tibanya hari isnin.kerana bagi mereka yang bekerja akan merasa tidak puas bercuti dihujung minggu.walhal saya juga serupa. tapi terpanggil dan terkesan dengan tulisan2 seorang rakan yang mengatakan sperti bengini seingat saya. "Bersyukurlah hari isnin masih kerja,jika dibandingkan manusia2 lain diluar sana yang masih tak mempunyai pekerjaan". seingat saya tulisan ni beliau tulis di laman twitternya.

Cuma dalam mencari pekerjaan, ramai yang melaungkan "jangan memilih" sangat, tapi bagi saya memilih itu penting, supaya pekerjaan yang ingin dikerjakan tak menganggu urusan ibadah seperti solat misalnya dan tak menyalahi hukum syariat islam.pekerjaan yang halal secara mudahnya.(Masih cuba memahami sebenar2nya syariat islam)

Tidak mahu menaip panjang, sebagai penutup.saya teringat dengan saya cuba terapkan dalam diri saya supaya ayat-ayat ini menjadi bait-bait wadah, ubat dan penawar supaya terubat rasa hati untuk setiap kondisi yang dilalui atau dirasai, tidak kiralah sama ada pekerjaan atau lain-lain urusan dan perkara.




"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"- Al-Baqarah 216


***Jika salah ayat dan makna betulkan saya.masih diperingkat memahami***






"Dunia pekerjaan tidak sama dengan dunia pembelajaran......."


- Olahan Gen-Q isu No 24. "Ini Praktikal atau Buli" oleh Cikgu Yaser Mohd Akhir -






P/S: Ada yang mengatakan. nak pekerjaan yang disukai kena jadikan pekerjaan yang ada sebagai batu loncatan. tapi berapa lamakah saya mampu?. Doakanlah semoga saya dimurahkan rezeki

Sunday, September 15, 2013

Marah adalah fitrah

Assalamualaikum~~


Agak lama tak menaip diblog sendiri.akan cuba untuk konsisten dalam menaip diblog. tajuk kali ini adalah marah.ya! saya juga kadang-kadang boleh marah.marah itu normal, tapi apa perkara yang hendak dimarahkan itu jika abnormal sesuatu itu.adakah anda mudah marah? cuba saya kongsikan antara adab-adab ketika marah: -

ADAB KETIKA MARAH

1) Marah Kerana Allah.
Marah kerana Allah akan mendapat pahala.apakah kriteria marah tersebut? Kemarahan ini adalah kemarahan disebabkan oleh manusia yang melanggar atau yang mengabaikan hukum Allah.seperti Rasulullah, baginda juga marah, tapi kerana Allah.contohnya marah dengan isu seperti di gaza,syria & mesir.

2) Berlemah lembut.
Marah boleh mengundang kepada pertikaian,memukul dan menghina hingga boleh menyebabkan dosa tambahan juga pada lidah jika mengeluarkan kata-kata kesat.

3) Mengingat kebesaran & keagungan Allah.
Mengingati kebesaran & keagungan Allah ketika marah , nescaya dapat meredakan kemarahan itu.inilah adab yang bermanfaat untuk membantu seseorang untuk bersabar.

4) Menahan marah
Bukankan sebagai muslim sudah diketahui kekuatan seseorang adalah terletak pada kesabarannya? : )

5) Berdoa memohon perlindungan Allah.
Ketika marah sebenarnya syaitan yang disisi yang menghasut dan mengapi-apikan hati kita.maka berdoalah.

6) Diam.
Rasulullah memberi nasihat."Ajarilah,permudahkan & jangan menyusahkan.Apabila salah seorang kalian marah,hendaklah dia diam." (Riwayat Ahmad). banyak manfaat yang diperolehi dari diam.kerana dapat mengelakkan perselisihan dan kedengkian.

7) Ubah posisi.
Rasulullah bersabda. "Jika salah seorang antara kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah dia duduk, Apabila tidak hilang marah, hendaklah dia berbaring." (Riwayat Ahmad)

8) Berwuduk atau Mandi.
Marah punca daripada api syaitan yang mendidihkan darah.air yang dingin terkena wajah dapat melegakan kemarahan.


Hulk.icon watak hero dikaitkan dengan marah :D


-Olahan GEN-Q isu no. 22-
Adab Ketika Marah

Friday, July 19, 2013

Tips: Siapa saya?

Assalamualaikum~~


Sekadar perkongsian ringkas, pentingnya bentuk identiti diri. Tegaskan pada diri "Saya hamba Allah yang merdeka.Saya boleh membuat keputusan sendiri dalam membentuk identiti diri saya berteraskan panduan syariat" 


Antara Tips pembentukan diri terdapat 4 peringkat:

1) Spiritual -

i. Saya akan laksanakan semua ibadah wajib dengan sempurna dan sesungguh mungkin
ii.Setiap perbuatan percakapan & tindakan lillahi ta'ala [ ikhlas kerana Allah ]



2) Akal -  

i. Ilmu agama perlu memenuhi dada saya supaya senang beramal. carilah & pilihlah guru supaya dapat bimbing.
ii. Ilmu keduniaan juga perlu ditimba sebagai bekalan menjadi khalifah. skop tidak perlu terlalu besar jika tak berkemampuan. pada keluarga sendiri terutamanya serta permulaannya.


3) Emosi  -

 i. Saya akan menyayangi Allah, Rasulullah, Diri sendiri serta sesiapa jua di sekitar saya



4) Fizikal  - 


i. Penampilan saya perlu selari dengan islam. iaitu menutup aurat baik lelaki mahupun perempuan. kerana secara tidak langsung saya adalah duta kecil islam.





-Olahan Gen-Q isu 22-

Friday, July 12, 2013

Tinta seorang graduan

Assalamualaikum~~

Menaip dikala pagi jumaat ini sebenarnya bukan keinginan saya dari hati, maaf jika tidak sampai baris taip ini kepada anda. (dulu "aq" tapi beralih kepada saya dalam penulisan,rasa tertib sedikit).cuma ini antara rencana dalam ramadhan ini "To Do List Ramadhan"

**Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah**

Segala puji bagi tuhanku....


Jika diikutkan masa, sekarang ni kita berada dalam bulan ramadhan, alhamdulillah diberi peluang menikmati beribadah sekali lagi. dan saya panjatkan kesyukuran lagi bila dengan secara tidak rasmi saya sudah berjaya menamatkan pengajian ijazah saya.


-Sepanjang 2 tahun sebelum ini-

^Pengalaman Belajar^

Semasa dalam ijazah ini,banyak yang saya tahu, Alhamdulillah itu semua atas kehendakNya dan doa2 orang yang mendoakan maka sekarang baru saya sedar pon berkat dari orang2 juga. semoga terus hendakNya. Jika diikutkan dari pengalaman belajar di UiTM Bandar Melaka ni rasa masih cetek ilmu ini tambahan dalam bidang kewangan walaupun bidang yang diambil adalah perihal kewangan.

Jika diikutkan kebenaran terasa masih banyak lompong dan kerja-kerja yang dibuat dulu tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. semua ikut suka dan asal siap! asal lepas! .hakikat sepatutnya ilmu yang diperolehi itu sepatutnya boleh diguna pakai dimasa hadapan.sepatutnya.


^Refleksi Diri^

Alhamdulillah, itu ungkapan yg pada saya sangat mahal kerana benarlah apa yang sering dikatakan oleh orang yang kita akan dapat apa yang kita cari inshaaAllah maksud saya perubahan dan berubah "mungkin?" banyak, apa, bagaimana, contoh, perubahan itu biarlah saya seorang yang maklum.

“Setiap daripada kamu ialah orang yang berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat salah ialah orang yang bertaubat.” (HR Ahmad)


“Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

 
Biarlah dua hadis diatas ini menerangkan segalanya.apa yang penting adalah istiqamah dan teruskan berdoa. Peringkat ijazah ini seperti peringkat kematangan bagi saya.



^Interaksi Sosial^

Sepanjang pengajian banyak kenalan baru dan juga lama. bagi saya penting memantapkan dengan kenalan lama dan baru ini kerana dengan mereka inilah banyak saya menimba ilmu, pertolongan, pengalaman, kasih dan sayang serta mengenal erti hidup dan ragam bersaudara.tidak kiralah dari zaman persekolahan hingga ke universiti. terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya : ).salam sayang. maafkan jika kekhilafan diri ini menguris hati-hati anda sepanjang perkenalan.


^Tuntas^

Konklusinya, banyak isu jika ingin saya bincangkan, tapi dek kerana kedangkalan ilmu pada diri saya tidak mampu untuk mencakupi semua perihal. apa yang saya boleh rumuskan pada peringkat pengajian adalah masa-masa untuk individu memperbaiki diri dan memantapkan lahiriah dan batiniah dari segi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. menjauhi masalah sosial juga sangat dititikberatkan seperti Trend "couple" konon2nya ada juga cara "islamik?", masalah rokok yang juga isu sensitif bagi saya, dan masalah-masalah lain. cuma itulah.apa yang mampu saya sumbangkan?semangat tanpa tindakan juga tidak dianjurkan islam.


Segalanya bermula dari diri. dari isi rumah sebelum kelompok masayarakat


-Selepas 2 tahun pengajian-

Tidak lain dan tidak bukan ialah mengusakan rezeki yang halal, mencari pekerjaan dan mengaplikasikan ilmu, mengamalkan akhlak yang baik terhadap kehidupan diluar sana yang penuh pancaroba walau hakikatnya untuk menterjemahkan tindakan itu kadangkala sukar. saya juga tidak lari dari realiti untuk berkeluarga sendiri cuma rasanya biarlah proses kepada MAMPU itu direalisasikan dahulu. mampu dari segi agama dan materialistik. disini juga saya mendoakan kesejahteraan buat semua yang saya kenali.

Harapan saya semoga saya mampu menunaikan tanggungjawab sebagai :-

1) Hamba atau duta kecil Allah
2) Anak
3) Cucu
4) Rakan
6) Masyarakat
7) Penghutang

dan sebagainya peranan saya, hanya masa yang menentukan, semoga dipermudahkan. apa yang pasti kehidupan saya singkat : )



Wednesday, June 12, 2013

Kemenangan Palestin


Assalamualaikum~~


Sekadar perkongsian ringkas.



10 Langkah Menyokong Gaza

1- Ikuti berita yang berlaku di Gaza, Palestin seperti jumlah  mereka yang syahid, jumlah yang cedera dan kerosakan yang berlaku

2- Muat turun kekejaman pihak zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui email, telefon, print dan sebagainya. facebook,twitter dan blog juga.

3-Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang dicapai oleh para-para syuhada, dan cerita-cerita perawat-perawat yang berkhidmat membantu hero-hero di Gaza.

4-Telefon pejuang-pejuang di Gaza, beritahu mereka kamu daripada mana dan kongsi perasaaan kamu,sokongan kamu, simpati kamu dam keyakinan bahawa mereka akan menang atau dimuliakan dengan mati syahid. boleh hubungi nombor ini 009708285XXXX. tukarkan nombor XXXX dengan sebarang nombor.

5- Lekatkan gambar, lencana, banner, sticker dan lain-lain di kereta, laptop, bag dan sebagainya

6- Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah, seminar atau demonstrasi yang diluluskan

7- Anjurkan aktiviti kesedaran Palestin di masjid, surau mahupun di tempat kerja

8- Jadikan isu Palestin sebagai perbualan titik tolak perubahan dikalangan rakan-rakan secara ringan-ringan untuk permulaan.

9- Boikot! Boikot! Boikot! barangan Israel  & Amerika terutamanya makanan.fikir! kita ada pilihan! dan alternatif!

10- Ingan Palestin dalam doa & solat. Bacakan Qunut Nazilah untuk Israel bagi yang tahu.




-Olahan Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul : Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin-





P/S: No 4 & No 10 tu diri sendiri kena cuba dulu kan?


Sunday, May 12, 2013

Penulisan tangkap muat atau penulisan terkesan?

Assalamualaikum~~

Sudah sekian lama tak update blog ini atas sebab2 kesibukan diri dengan pelbagai aktiviti luar dan tuntutan kerja sebagai pelajar industri. Alhamdulillah kita sudah pun melepasi fasa pilihanraya yang baru sahaja seminggu lepas berlalu. mungkin di kali ini ada yang bersukacita atas kemenangan dan ada yang berdukacita kerana kekalahan sesebuah parti. tak mengapa kalah itu kerana belum tiba masa untuk menang. diucapkan semoga kerajaan baru dapat melangsungkan pentadbiran yang adil & saksama sejajar dengan perlembagaan malaysia agama islam sebagai agama rasmi yang sepatutnya di amal dan dikuasakan.


Berbalik pada tajuk  di atas.

Penulisan tangkap muat atau penulisan terkesan.

Penulisan tangkap muat ini bagi saya adalah penulisan yang sekadar cukup ada dan cukup untuk memenuhkan ruangan2 yang hendak ditulis.mungkin ada seperti penulisan diblog saya.penulisan tangkap muat ini hanya tulisan kosong tidak ada erti....

kosong dimana diri sendiri tidak terkesan...amat mendukacitakan jika segala ilmu yang ada tidak memberi kesan pada hati dan tidak tergerak oleh tubuh.



 ---------Allahu ampunkanlah kezalimanku atas perbuatanku--------


Penulisan terkesan pula adalah penulisan dimana yang sepatutnya penulisan yang memberi outcome dan impak pada hati sendiri, mengamalkan dengan ilmu, menulis dengan penuh keikhlasan.membuktikan dengan perbuatan dengan bahasa tubuh badan. Ya...terkadang dalam masa kita cuba berbuat kebaikan, mungkin tiada unsur keikhlasan dan tiada unsur merendah hati barangkali.


Pada masa2 kini dan faktor persekitaran kini, menjaga hati adalah perkara yang sangat sukar dilakukan kerana walaupun seseorang itu sudah berada dalam landasan yang sepatutnya, bait-bait jahiliah itu masih ada.justeru itu diri sendiri mesti main peranan untuk mejaga hati ini, antara doa yang terkenal dengan hati adalah :

"Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu"

atau

"Wahai tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami & sesungguhnya Engkau jualah tuhan yang melimpah-limpahkan pemberiaNya".
(Surah Ali Imran: 8)


Iman dan hati berkait rapat. relevankah?


Bagi saya ia sangat berkait, nah...lihat saja akan iman itu adalah motivasi hati untuk terus bergerak kepadaNya, tanpa hati yang beriman, hati itu mati dan kontang. iman ada pasang surutnya, iman itu ada naik turunnya, iman itu ada masa sinar dan gelapnya. In shaa allah dengan persekitaran yang ada sekarang kita berusaha menjaga iman kerana didalam hatilah iman itu tinggal dan duduk. mohonlah pada kekuatan ilahi untuk memperkuatkan iman.

Iman dalam hati membentuk keikhlasan?


Sebelum ini ada yang menafikan tanpa ikhlas tidak guna untuk berbuat baik, suatu masa dulu mungkin saya bersetuju tapi tidak masa kini. kerana selepas itu ada yang menasihati untuk menunggu keikhlasan itu hadir umpama menunggu rembulan ditengah siang....(antara madah kata lagu Saujana-Suci sekeping hati). memupuk keikhlasan itu perlu, harus dan bagi saya wajib, kerana ikhlas itu halus ilmunya, penilainya pula bukan calangnya iaitu Allah s.w.t sendiri.



Benar....Allah memandang hati dan usaha kita.....ikhlaskah aku? dimana ikhlas? apa bentuknya ikhlas? bagi saya ianya umpama memberi cinta pada seseorang tanpa dapat dilihat bentuk rasanya tapi merasakan hadirnya perasaan itu seperti kasih sayang.


Sebagai penutup penulisan saya ini, saya memohon ampun atas ketelanjuran tulisan sama ada menyinggung atau tidak pada individu2 yang ada. saya percaya penulisan saya akan menjadi saksi dihadapan Allah nanti, dan akan disaksikan juga oleh pembaca yang membaca.semoga selepas ini tidak kira mengupdate status dilaman sosial seperti facebook, twitter dan juga blog ini. semoga ilmu yang dapat terkesan pada diri dan berupaya memberi kesan kepada yang membaca.

Lukisan-lukisan dari page Lukisan Dakwah Islam


P/S: Seorang sahabat pernah menasihati dalam kereta semasa perjalanan pulang kerumahnya diberanang, "dalam berbuat sesuatu tidak perlu "ekstrim" dan ghairah keterlaluan, tapi cukuplah sekadar menuruskan terus terusan walaupun sikit".




Wednesday, April 3, 2013

Muslim Mesti Fit

Assalamualaikum~~

Beberapa minggu lepas aq berjumpa dengan kawanku...badanya tegap. ketegapan badanya menambahkan kehensemannya.kemudian dua atau tiga miggu selepas itu aq juga berjumpa dengan kawan yang tegap,sangat kacak! lalu baru-baru  ini aq juga jumpa seorang kawanku juga tegap!, tanpa berfikir aq terus bertanya..."Macam mana kau boleh tuff sangat ni?" maka di ajarnya aq tentang cara-cara nak tegapkan badan .
(Banyak pengalaman lepas, semoga sabar memahami bagi yang membaca)


Umat yang cergas & cerdas
Sudah menjadi idealisme Rasulullah untuk melihat umatnya cergas lalu Baginda mengingatkan

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan disukai Allah berbanding Mukmin yang Lemah". (Riwayat Muslim)

Idealisme ini pula dihadam baik oleh para sahabat Baginda. Pada suatu hari, Sayidina Umar terserempak dengan seorang lelaki yang tertunduk-tunduk kepalanya. Lantas beliau berkata kepadanya :
" Angkat kepalamu! sesungguhnya Islam bukannya lemah. Jangan kamu rosakkan agama kami di hadapan kami! "

Umm al-Mu'minin Aisyah juga pernah berhadapan dengan situasi yang hampir serupa. Beliau terserempak dengan budak lelaki yang hampir mati akibat kelesuan.

"Kenapa ini?"
"Dek banyak membaca al-Quran"
"Umar dahulu jaguh dalam membaca al-Quran dan lebih kuat beribadah berbanding kamu. Pun begitu apabila berjalan , dialah yang paling cepat . Apabila bercakap dialah yang paling lantang suaranya. apabila memberi makan , dialah yang paling mengenyangkan dan apabila memukul dialah yang paling menyakitkan!."


Dulu & Sekarang
Orang zaman dulu rata-rata semuanya cergas kerana gaya rutin hariannya , tapi zakan sekarang lain ceritanya kebanyakannya dipermudah dan dipercepatkan
(Seperti tulisanku ini, maaf!)


Alternatif masa kini
Ya! sudah tentu bersukan, kegilaan remaja sekarang yang sukakan futsal dan sukan-sukan yang santai seperti jogging dan beriadah ke gimnasium atau bersenam sahaja dirumah seperti mengemas rumah. tuntutan badan untuk bersenam perlulah diluangkan kerana itulah hak badan supaya digunakan dan dikerahkan
(Sentiasa merenungi kata-kata seseorang yang apabila dia bersukan dia sedang menunaikan hak tubuh, mari fikirkan..)

Tips
Tiada apa tips yang dapatku berikan melainkan mencari ruang-ruang masa sendiri dan isi untuk bersenam
di hujung minggu dengan berjogging.
Sebelum ini ada juga yang mencadangkan untuk membuat "push up" 25 kali sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur 
(Sekiranya dia membaca, terima kasih aq tengah cuba ambil iktibar nak buat apa yang dikatakan)

Bukan milikku : )

satu sudah memadai : )

-Olahan Gen-Q. 19-


P/S :semoga diri bersenam sekadarnya, sedikit tapi berterusan.

Sunday, March 24, 2013

Bicara Alam Maya

Assalamualaikum~~

Facebook, Twitter adalah medium sosial yang sangat popular masa kini, ramai yang tak ketinggalan mengunakannya, dengan Facebook dan Twitter, seseorang boleh meluahkan perasaan dan melontarkan buah fikiran. selain mendapatkan info-info semasa seperti sukan, hiburan,politik dan sebagainya

Selain menjadi wadah penghubung silaturahim sesama manusia, kadangkala ianya juga menjadi satu medium yang mengaibkan diri sendiri apabila perasaan marah yang keterlaluan serta melontarkan kata-kata kesat tanpa segan silu. dimanakah akhlak kita? dimanakah adab kita?mencarut itu suatu gaya?

Bagi diri yang penguna facebook ini jarang2 lagi aq membaca kata-kata yang tidak enak, tapi di twitter mudah untuk ku melihat kata-kata kesat ini. seperti tiada seorang pun yang membaca, baik lelaki mahupun perempuan. apa yang mahu dibuktikan dengan kata-kata kesat? adakah perkataan itu mengangkat kepopularan diri atau darjat diri?




 
Bagi pendapat aq yang tidaklah sejauh mana membantu, bagi mereka yang sangat "gian" update status yang berbaur kesat silalah wujudkan account twitter private yang tiada siapa follow dan begitu juga facebook, biarkan anda dan allah sahaja yang tahu perasaan marah,sedih anda yang terbuku itu. ini termasuk juga mat-minah jiwa yang kadang kala terbabas meluahkan perasaan "sayang" yang tak bertempat.INGAT ramai yang MEMBACA DAN MENGINGAT TULISAN ANDA. atau luahkan pada yang dipercayai.

Selain dari perasaan marah dan sedih. perasaan rindu dan cinta yang keterlaluan kadangkala terluah di ruang-ruang sosial hingga tiada penghalang. bila dikaitkan cinta, cinta itu adalah satu perkara yang suci, cinta suci kerana allah sepatutnya yang mengharap hingga ke syurga. hentikan! maaf mungkin aq keterlaluan, cuma tidak sanggup melihat cinta ilahi di selindungkan dengan cinta manusia yang membonekakan agama. andai benar cinta keranaNya salurkan fitrah pada tempat yang sepatutnya. Jika benar cinta, berusahalah kepada MAMPU  dalam beragama dan materialistik.




Apa relevan menjaga Bicara? mari kita renungkan :


"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayai. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mendengar lagi maha mengetahui"

Surah al-Nisa' 4: 148



Menyeru diri semoga berupaya menjaga tutur kata bukan sahaja di laman-laman sosial malah semasa berhadapan dengan orang ramai dan di dalam situasi masa kini. kerana diri ini juga adalah salah seorangnya.




Adaptasi Solusi no. 50- Awasi Bicara Di Alam Maya



Wednesday, March 6, 2013

Saya di kedudukan mana?

Assalamualaikum~~

PERMULAAN

Terpanggil dengan beberapa ucapan yang dikeluarkan beberapa kenalan dan seorang kenalan yang baru aq kenali ni ada bercerita dan antaranya:


"Kita ni kadang-kadang sombong dan penting diri...suka kebaikan tapi tidak diajak bersama...misalnya solat..bukankah yang berjemaah itu lebih baik dari solat berseorangan" - Hj Anonymous


lagi....

"Hari-hari kita bersembang...cerita ini cerita itu...tapi dalam sehari berapa kali kita bercakap pasal Iman?" - Hj Anonymous


lagi.......


"Kita ni adalah ummat yang terbaik" - Hj Anonymous



dan pernah juga situasi ini....

A: E... bolehkan buat kerja tu?saya nak minggu depan pagi....

E: Ok..(terkeluar ayat  dari mulut semoga dipermudahkan secara perlahan)

C: (Terdengar lalu....)Wah Islamik betul?!

E: *Dlm hati* (Abih tak islamik kita ni orang apa?)

Lukisan Dakwah FB





TRANSISI


Keadaan-keadaan ini biarlah rahsia dimana dan bagaimana berlaku cuma apa yang hendak aq sampaikan ialah apa ikhtibar yang dapat kita perbaiki diri dan juga pemerhatian dari sekeliling maka secara ringkasnya kadang kala aq tak sedar dan kurang Audit Diri. 

Antara pemerhatian yang dapat aq lihat ada beberapa ujian yang pasti ramai juga yang menghadapinya. semoga aq dan kita semua tidak lalai dalam fatamorgana yang sementara.


Situasi 1: Ada gadis comel di depan bank yang menjalankan tugasnya meminta derma apakah yang akan aq buat?


Situasi 2: Ada kumpulan yang sedang bercerita tentang perkara seseorang apa yang aq akan buat?


Situasi 3: Ada gadis yang ingin menemu bual anda tentang satu perniagaan dan anda tergesa-gesa apa yang akan aq buat?


Situasi 4: Ada sekumpulan warga yang otai sedang minum dan anda akan melalui jalan itu apa yang akan aq buat?


Situasi 5: Ada pujian dan kutukan yang diterima secara hadapan dan belakang apa yang aq akan buat?


Situasi 6: Kaya dalam berbelanja dan tidak putus rezeki apa yang aq akan buat?


ya, aq percaya ini ujian....anda percaya?



Lukisan Dakwah FB


KEMUNCAK

Apa yang berkaitnya dari PERMULAAN & TRANSISI? mari aq semak aq di kedudukan mana? mari kaitkan dengan perkara dibawah..


-4 GOLONGAN MANUSIA-


Ada empat jenis manusia dalam dunia ini

1) TIDAK ADA LIDAH & TIDAK ADA HATI

- Mereka ini ialah orang2 yg bertaraf biasa,

- Berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah

- Tidak ada kebaikan pada mereka.Mereka ini ibarat melukut yang ringan, (kecuali mereka dilimpahi

   dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-

   anggota mereka supaya patuh kepada Allah).


Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu:
i) Sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan
 
ii) Guru kepada yang baik
 
iii) Pembimbing kepada agama Allah
 
iv) Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.

 
2. ADA LIDAH tetapi TIDAK ADA HATI

-Bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
-Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
-Mereka benci kononnya kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu.
-Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
-Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;“Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang "Alim yang jahat".


3. MEMPUNYAI HATI tetapi TIDAK ADA LIDAH

- Dia adalah seorang yang beriman.
- Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabir-Nya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
-Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan berkhalwat.Nabi SAW.
-pernah bersabda;“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.Sabda baginda lagi;“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsia-Nya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
-Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang2 ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah.



4. Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib),diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;"Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.(Ada penerangan yang seterusnya tapi tidak pasti seberapa betul kesahihan)




Jika ada yang salah berkenaan golongan ini maafkan dan tunjukkan aq yg betul ye..



PENUTUP
in Allah S.W.T we TRUST, in People we LOVE.Sekadar renungan semoga ada kebaikannya kerana bagi aq setiap satu perkara itu berkait antara satu dengan perbuatan yang lain dan ada daya penarik dan penolak.






                             Olahan dari Halaqah Sufi - 4 golongan manusia - Nur Hafsah

Sunday, February 17, 2013

Tips : Berbakti Pada Bapa

Assalamualaikum~~

Kita sedia maklum syurga dibawah telapak kaki ibu dan kasih ayah juga bawa ke syurga. martabat ibu disanjung dan dihormati dan seingat aq terbaca ada satu kisah  dimana Rasul junjungan kita Muhammad S.A.W pernah memberikan nasihat kepada seorang lelaki iaitu: 

siapakah orang yang patut kita hormati? lalu dijawab oleh rasulullah...ibumu...dan seterusnya ibu dan seterusnya yang ketiga juga ibu dan yang keempat adalah bapa.

Hiasan dari google


Tak mengapa, kisah ibu mungkin lain kali aq bincangkan. sekarang nak fokuskan tips berbakti pada bapa dulu. mungkin kerana hanya itu yang aq masih ada dan aq memahami perhubungan tersebut : ) . 
Antara Tipsnya :

1) Jadi anak yang soleh/solehah yang sebaik mungkin

2) Mendoakan kesejahteraan mereka semasa mereka masih hidup atau tidak

3) Menjaga ketika sakit
4) Berlemah lembut ketika berkata dengan mereka dan bersabar dengan kerenah mereka
5) Sekiranya bapa sudah tiada kita anaknya cuba melangsaikan hutang wangnya didunia dan nazarnya yang tertunggak.
6) Sentiasa berhubung dengan mereka dan ingati mereka
7) Mendengar nasihat mereka selagi tidak melanggar syariat islam


Kenapa tips ni? ada satu kisah yang aq terbaca dan nak kongsikan dari satu buku yang diberikan seseorang. Nota Hati Seorang Lelaki karya Ustaz Mohd Pahrol Juoi yang menceritakan bagaimana seorang anak yang hidup tanpa ibu dan ayahnya menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab dan kemudian ayahnya juga meninggal, pelbagai tomahan dilemparkan kepada anak itu akibat kesan buruk akhlak bapanya yang dibuat semasa hidup. dengan nasihat dari seorang Imam di kampung, anak tersebut membesar menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya didunia yang sekaligus mengharumkan nama ayahnya kembali. itu sinopsis secara ringkas yang dapat aq sampaikan.

Ketahuilah IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI  DARI SEORANG AYAH YANG BERTAKWA ATAUPUN TIDAK, maka kepada anak-anak khususnya "aq" mari menjadi anak yang soleh kepada bapanya : )

Hiasan dari Google





Thursday, January 31, 2013

Cerita 3 Rakan

Assalamualaikum~~ 


Mari fikirkan sejenak..dibawah ini di ibaratkan diaolog rakan-rakan, perkara yang sering terjadi dalam kehidupan kita tidak kira siapa sahaja, lelaki mahupun perempuan dari muda hingga ke yang dihormati yang beza cuma situasinya sahaja, tidak mungkin dapat dihindari tapi tak mengapa, mari kita renungkan :)


Situasi 1:
Nafsu: Jom ponteng kelas
Akal: Betul juga,sekali sekala apa salahnya
Iman: Menuntut ilmu itu amanah Allah.


Situasi 2:
Nafsu: Mak aku ni kuat berleter
Akal: Lepaklah dengan kawan-kawan
Iman:Syurga di bawah telapak kaki ibu

Situasi 3:
Nafsu: Awek tu cun! boleh mengorat!
Akal: Rugi kalau tak ayat!
Iman: Jauhi zina


Situasi 4:
Nafsu: Tak payah solat
Akal: Awal lagi ni...terlepas boleh qadak
Iman: Solat tiang agama



Sekadar hiasan heh3





Situasi 5:
Nafsu: Tak hot la tutup aurat
Akal: Sama jantina tak mengapa
Iman:Aurat itu kemaluan

Situasi 6:
Nafsu: Makan sampai puas!
Akal: Tak makan menyesal
Iman: Membazir itu amalan syaitan

Situasi 7:
Nafsu: Orang maki kita maki dia lagi kaw kaw
Akal: Rasa tak femes kalau tak balas balik
Iman: Sabar itu Indah

Situasi 8:
Nafsu: Stylo pandu kereta laju-laju
Akal: Alah, jalan straight je pon
Iman: Ajal tidak mengira tempat dan masa

Situasi 9:
Nafsu: Aku pandai bercakap bab-bab mengayat ni
Akal: Macam ni barulah aku femes dan menonjol
Iman: Diam itu lebih baik dari berkata dusta ataupun berdalih kepada bohong


Banyak lagi contoh " Dialog rakan-rakan" ni..cuma kadang kala aku terlepas pandang...sekadar renungan semoga bermanfaat :) .Aku yang sentiasa dalam situasi begitu...




Olahan Gen-Q.17

Saturday, January 19, 2013

Kelebihan Menyimpan Janggut

Assalamualaikum~~

Janggut dan Jambang selalunya tumbuh di bahagian muka iaitu pipi dan bahagian dagu. Seperti yang sedia maklum menyimpan janggut adalah sunnah Rasulullah S.A.W yang sangat dituntut kepada golongan adam. kita digalakkan menyimpan dengan ukuran segenggam. Rasulullah S.A.W bersabda dalam mafhumnya:
"Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat". (Riwayat Muslim).

Hukum mencukur janggut mengikut mazhab syafie adalah makruh. namun kita dibolehkan untuk menipiskan agar berada dalam keadaan kemas dan terurus. maka simpanlah atas dasar memegang sunnah dan bukan kerana trend mahu menjadi macho dan sebagainya. 


Kelebihan menyimpan janggut
1) Janggut Lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.

2) Janggut boleh melindungi kelenjar sebum dibahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.

3) Menghangatkan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.

4) Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.

5) menghindarkan mendapat penyakit tekak dan gusi.

6) Mengelak mendapat penyakit yang berkaitan sistem penafasan seperti asma.

7) Memelihara muka daripada terkena bahan - bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara

8) Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.

Petikan Album FB Lukisan Dakwah Islam


Kekurangan mencukurnya pula adalah boleh menyebabkan sel-sel  semula jadi pada bahagian muka terhakis. perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka.


Olahan Gen - Q no.17