Wednesday, December 22, 2010

Part 1: Milady Countess Elizabeth Bathory


Siapa Elizabeth? saja je saya letakkan dalam thread hal-hal dunia ni..cuma terkenangkan seorang rakan dalam game online yang guna watak dan nama Elizabeth Bathory sebagai karakternya, maka ini adalah tribute peribadi kepada dia. Adakah anda pernah bertanya dan mempersoalkan tentang pontianak? secara jujur..hehehe saya kurang minat. Tapi kat sini siapa yang pernah tahu nama Elizabeth Bathory mungkin anda tahu serba sedikit. Ini adalah biodata Countess Elizabeth Bathory

Hiasan Semata



Kerakyatan - Hungary
Nickname: Elizabeth Bathory dikenali juga sebagai Lady Dracula
Hidup antara:1560 - 1614
Lahir: 7 Ogos 1560 

INFO

Berkahwin dengan Count Ferencz Nadasdy pada 1575 dan menghabiskan masa awal perkahwinannya dengan tinggal di rumah suaminya  Nadasdy Castle di Sarvar, Hungary. Count Ferencz Nadasdy mengambil nama keluarga Elizabeth Bathory ketika mereka berkahwin memberikan nama lengkapnya sebagai Countess Elizabeth Bathory Nadasdy. Count Ferencz Nadasdy menghadiahkan isterinya Countess Elizabeth Bathory sebuah kastil yang dipanggil Nadasdy Cachtice Castle di Slovakia moden (kemudian Hungary) bersama-sama dengan desa-desa yang berhampiran sehingga di istana tersebut digelar Lady Drakula Castle.

Boleh dikatakan yang Elizabeth datang dari salah satu keluarga terkaya di Transylvania. Ayah George atau Gyorgy dan ibunya Anna Bathory serta saudara dari ibu Elizabeth adalah berketurunan diraja iaitu Raja Poland Istvan Bathory pada (1533-1586). Boleh dikatakan yang keluarga Bathory adalah pemerintah di Transylvania.

Sepanjang perkahwinannya Elizabeth, dia dikurniakan 6 orang anak cuma yang masih hidup adalah 4 dan baki 2 lagi mati ketika dalam kandungan lagi. Antara nama-nama anaknya yang berempat itu ialah Anastasia Bathory, lahir pada 1574,Anna Nadasdy lahir pada.1585, Katalin (Katherina) Nadasdy lahir pada 1594 dan Paulus Nadasdy (1598 - 1650. Bagi tahap pendidikan beliau dikatakan sangat berpelaran tinggi kerana fasih dalam beberapa bahasa.

Apa yang menarik sangat pasal Elizabeth Bathory ni? Sebabnya ialah konon-kononnya dia dikatakan sebagai seorang pontianak yang memerlukan darah anak-anak gadis sunti yang dibunuhnya untuk mandi bagi memastikan beliau kekal awet muda. Antara personaliti beliau adalah seorang bijak, kejam dan mempunyai mental yang tidak stabil. hehe tapi macam manapun setiap tempat ada budaya dan kepercayaan masing-masing. cuma pada zaman tu dia dikatakan mati tanpa sebab dan kematiannya masih menjadi tanda tanya. nanti kita rungkaikan....





Lady Dracula Castle

1 comment:

JR Shoppe said...

Hungary tu memang negara yg penuh cerita hantu..Negara yg selalu ingatkan kita kpd Count Dracula