Sunday, December 12, 2010

The Warrior's Way (2010)

Semalam aku pergi mid valley, saja je jalan-jalan kat sana..maka akupun decide la dengan "partner" aku nak tengok wayang yang katanya dia mendapat tiket free ditempat kerjanya lepas tu makan pizza hut yang bersaiz kecil dengan berharga seringgit! hehe siapa yang ada Hot Ticket Maxis boleh la savings. Nak dijadikan cerita semalam ramai la orang yang berpusu-pusu nak tengok wayang dari cerita tempatan hinggalah ke barat sana nun. tapi dalam banyak-banyak cerita aku dengan partner aku yang sorang lagini pilih la cerita The Warrior Way.tengok cover movie dah macam best, heropun tengok memang nampak sangat ke hero-annya tapi sayang..tajuk cerita dengan perkembangan cerita macam "hampeh" tapi nasib baik la free hehee tapi keseluruhan rating dari 5 aku cuma boleh bagi 2.5..




Dari Scene mula dengan cara suara latar belakang bercerita memang nampak menarik lah dengan ceritakan sebab musabab hero dengan pihak musuh kenapa bermusuhan, dan scene-scene pertarungan masa permulaan cerita sebelum hero ( Dong-gun Jang) ambil bayi dari pihak musuh lepas itu dia besarkan macam anak dia. Maka, selepas itu mulalah kehidupan beliau sebagai pelarian dari puaknya sendiri.

Dalam banyak-banyak persoalan aku, kenapa ada pihak dari barat? pasal hero dia lari ke sana lepas tu zaman era cowboy pulak tu.musykilnya aku. bila dah sampai kat tempat orang maka jadi penduduk situlah dia dan kenal dengan sorang awek, kira ada jugaklah love scene dalam cerita ini. tapi apa-apahal pun siapa yang kaki wayang bolehlah tengok dan siapa yang nak download carilah kat gempak ke?oneclickmovies ke?

tapi kenapa aku rate movie ni 2.5? sebab adalah macam kat atas,lepas tu latar belakang hero yang tak diketahui,sebabb-sebab permusuhan dua kaum yang diceritakan,tajuk cerita dan plot cerita tidak berapa jelas. bagi aku kabur hehehe anyway inipun pendapat peribadi aku je :D



No comments: