Wednesday, December 8, 2010

Broadband Celcom

Lama jugak tak update blog ni,bukan apa..dah connection slow sangat..speed pulak selalu kena monitor dengan Celcom.Asal dah nak akhir ke awal bulan mulalah aku jadi zaman pra-sejarah tanpa teknologi huhuhu..sekarang ni aku ada masa kurang dari sebulan untuk merangka beberapa idea aku untuk blog ini supaya dapat direalisasikan dan aku tak mahu blog ini sangkut.

Semalam kita yang berumat islam ni dahpun masuk ke tahun hijrah yang baru semoga aku dan sesiapa yang baca ni dahpun meletakkan matlamat, azam & cita-cita masing-masing.Azam aku untuk Hijrah ini...biarlah aku sahaja yang tahu tapi aku letakkan kat blog ni sebagai penanda yang aku takkan lupa dengan azam yang aku buat ni, dan azam ini juga aku nak terus guna untuk tahun baru 2011.Maka, konklusinya Tahun Hijrah ataupun Tahun Baru kita semua berazam untuk mendapatkan hidup,keadaan,sesuatu dan sebagainya yang lebih baikkan? :)

Aku ada buat satu Entry hari tu pasal 'Hidup Mesti Cool...'sebenarnya itu tajuk cerita dan title tu macam babnya sahaja, maka akan banyaklah lagi aku nak buat. Ilhamnya aku nak lukis buat macam manga tapi nak melukis guna pc aku tak tahu la,dan akupun bukan ada scanner nak scan semua lukisan aku. maka aku buatlah bentuk penulisan..jadi sesiapa nak komen silakan lah...

Untuk bulan depan dan tahun depan siapa yang sambung belajar? siapa yang dapat sambung diploma, degree semoga berjayalah, bukan senang hendak sambung dan bukan senang nak belajar..betul?ni aku dapat kat UiTM Melaka, dalam course Degree in Business Administration(Hons)(Finance)..aduh..sebenarnya aku ni macam sudah silap ambil course lah kawan,harap pilihan aku ni, aku dapat lawan hehehe..bukan apa..akupun dapat masuk KPTM juga,tapi course aku minat..jadi atas nama Kolej..ataupun Universiti..mana boleh jual? itu yang jadi masalah keliru ni..lepas tu IPTA tiada Mara IPTS pula ada..maka nak ambil PTPTN nipun aku macam dah pening...siapa yang dapat PTPTN..opinion macam mana? susah tak?


Ya Allah semoga kau tunjukkanlah jalan dan rezeki hidup aku ni........

No comments: