Friday, December 10, 2010

Pagi Yang Tertekan....

Tension sungguh hari ini...pagi lagi dah bangun macam-macam dah kena buat, bukan aku nak merungut..cuma bila nak mulakan hari ni aku tak suka la bergegas-gegas ni....buat kalutlah..badan kalau pagi-pagi dah kalut-kalut jadi tak sedap lah.. ada ke patut kucing rumah aku pergi "yak-yak" kat atas motor aku..orang dah nak keluar ada hal masa-masa macam tu la dia buat project kat atas motor, bakul aku.


Malas nak layanlah...dengan orang-orang dekat rumah buat hal lagi..fuhhh tension sih..ini aku nak try login masuk PTPTN sangkutlah pulak server dia.lagilah aku tension. aku nak siapkan kerja part aku ni dah tangguh.tapi macam manapun hadap jelah..

(Sekadar gambar hiasan)

Apa-apa halpun  bagi aku..punca-punca kenapa kita "tension" ataupun "stress" :

1) Persekitaran

Dalam hidupni mana ada orang tak tension? semua tension..hari-hari tension.setiap apa yang kita buat akan tension. sebab apa aku cakap persekitaran? contoh macam akulah, pagi lagi nak bertolak ada urusan dekat luar dah kucing aku buang "taik" kat dalam motor aku. kalau jadi dekat anda tension tak?,tambah-tambah waktu pagi.

2) Institusi Kekeluargaan

Hehe bukanlah aku nak salahkan Family aku, tapi pagi-pagi lagi dah macam-macam hal, pagi-pagi lagi dah tension, aku yang tak terlibat nipun dah terlibat ikut tension sama. bagus..! haha. sepatutnya sebuah keluarga tu haruslah bersikap tolak-ansur,mewujudkan keharmonian sesama ahli keluarga. sebagai setiap ahli dalam keluarga kenalah bersabar terhadap apapun dan memahami antara satu sama lain.

3) Masalah Urusan Harian

Yang ni, aku rasa bukan aku je rasa,ikut-ikut semua orang macamni contoh, bila kita ada kerja lepas tu lambat siap ataupun menangguh kerja lepas tu tension, kalau takpun bila nak jumpa orang, kita yang datang awal dan orang yang dah janji nak jumpa pulak lambat..dan macam-macam lagilah....

4) Sikap Diri Sendiri

Sikap diri sendiri...ya betul!! tapi aku tak nak tunjuk diri orang lain....diri si penulis ini iaitu aku sendiri, aku i mengaku aku cepat tension tapi taklah sampai nak mengamuk, cuma muka aku ni diam tapi nampak jelas diraut wajah aku sendiri, aku tension! hehe..walaupun sabar tapi tension! macam mana tu?

Tapi sebab-sebab dan punca-punca kat atas tu lebih ditujukan kat aku dan sebenarnya banyak punca yang lain dan itu cuma pandangan kasar aku je. tapi apa-apa hal pun sabar, kerana orang-orang yang sabar adalah orang yang kuat...kuat ke aku? hehehe...peace ^_^V

(Sekadar Gambar Hiasan)


No comments: