Friday, December 24, 2010

Phase 5 : Misi Baru


Keadaan asramanya usang, kawasan Kolejnya kecil..keadaanya seperti kampung...itulah pada pandagan Muaz. Pertama kali memasuki asrama...kini impiannya untuk pergi lebih jauh dari tempat tinggalnya sudahpun
memasuki peringkat pertama. Keadaan Bilik asrama itu agak kotor tapi itu cuma persepsi Muaz untuk hari pertama dia mendaftarkan diri...maklumlah Muaz berjaya menyambung Diploma dalam jurusan perniagaan. Hari itu ramai ibu bapa dan saudara pelajar yang hadir tapi bagi Muaz kadangkala dia berasa sedih kerana tiada siapapun yang menghantarnya kecuali ibubapanya cuma dia menghiraukan perasaan itu dan kalau boleh dia ingin melontar sejauh-jauhnya kenangan pahit hidupnya.

Dalam satu bilik Asrama yang ada 8 orang sebilik, bermacam kerenah dan latar belakang dari pelbagai negeri yang datang dan tinggal di dalam bilik asrama itu, Muaz memerhatikan dan cuba menganalisa setiap perbuatan mereka dengan pandagannya. dalam fikirannya...macam-macam...sedang dia mengelamun tiba-tiba datang seorang pelajar yang lewat sampai dan terus mengarahkan Muaz untuk menjaga tempatnya..

Man : Wei aku nak balik ambil barang jap,ko jaga tempat aku taw..
Muaz : ...... (Sape ko ni dengan takde cara tetiba suruh orang?pastu kenal lagi pun tidak)
Man: boleh tak?
Muaz : yela...

***Datang seorang lagi***

Fikri: siapa tu?
Muaz: entah...
Fikri : nama aku Fikri..asal orang mana?
Muaz: kedah ko?
Fikri: orang penang la...
Muaz: owh..nama aku Muaz..
Fikri: ko amek course ape?
Muaz: Bisness..
Fikri: owh samala...siapa dia yg suruh ko tadi tu?member ko ke?
Muaz:entah akupun tak kenal..tetiba je arah orang..

Dalam hangat sesi perkenalan datang lagi dua orang kepada Muaz dan Fikri..iaitu Ishak dan Kamal,masing-masing mempekenalkan diri dan cerita asal usul masing-masing. nampaknya mereka berempat seperti sudah biasa dan mampu menunjukkan riaksa masing-masing berbanding semasa mula-mula masuk ke bilik, maklumlah mungkin masa ada lagi kehadiran ibu bapa taring yang ada perlu disimpan takut dilabelkan anak jahat bak kata orang.

Sekarang Bilik sudah penuh dengan barang keperluan mereka, nampaknya bilik yang mereka tinggal sekarang cuma ada 4 orang sahaja dan lagi seorang yang memerintah Muaz tidak sampai lagi jumlahnya 5 orang, bilik asrama itu kononnya diberitahu oleh wardennya bahawa lagi 3 orang mungkin akan masuk tidak lama lagi atau mungkin tidak. selepas mereka diberitahu, pengumuman dari pihak kolej yang menyuruh pelajar baru datang ke dewan kerana ada sesi suai kenal dan program yang dianjurkan oleh pihak kolej untuk pelajar yang baru masuk.

Dalam fikiran Muaz, walaupun dia baru sahaja meninggalkan rumah asalnya masih ada lagi perasaan rindu itu cuma dia terkenang dan pada masa yang sama juga dia berharap yang dia mampu berubah dan mencapai sesuatu dalam hidupnya. Semasa di Dewan kolej itu, ramai pelajar yang hadir dan masing -masing belum mengenali antara satu sama lain , maka perasaan kekok itu masih ada walaupun telah kenal pada awalnya. Bermacam latar belakang pelajar yang ada dewan itu tak kisahlah kaya,miskin,cantik, hodoh dan sebagainya setiap mereka yang ada didalam dewan itu ada matlamat dan impian masing-masing, itu yang ditegaskan oleh Muaz sendiri dalam hati kecilnya.

Muaz tahu sebaik sahaja langkah kakinya melangkah di kolej itu misi hidupnya sudahpun bermula dan harapan yang ingin dicapai mesti disempurnakan, setiap misi hidupnya harus dibuat. Sekarang sesi suai kenal di kolej akan masuk ke ruang waktu yang lain seperti aktiviti kumpulan, makan dan beribadah bersama dan sebagainya, tapi Muaz berasa seperti orang bodoh sepanjang program itu kerana baginya, perlu ke semua aktiviti itu dibuat, oleh kerana Muaz ini lebih suka bersantai semua perkara dianggapnya leceh terutamanya pelajar-pelajar yang baru berusaha untuk memberikan sumbangan dalam kumpulan masing-masing.







2 comments:

sHuKRi iSmAiL said...

cite best ni, nape Muaz tu x sambung lagi... aduyai...

cruzerpein said...

trima ksh :) insya'allah akn dsmbg..