Monday, December 20, 2010

Phase 4: Pengakhiran Satu Permulaan

Sudah 3 bulan Muaz meningalkan alam persekolahan hatinya berdebar menantikan keputusan SPM,sekarang dia masih bekerja sebagai part time banquet di sebuah hotel di kedah, selepas tamat peperiksaan besar bulan lepas. hari-hari menghadap kerja yang sama,hari-hari menghadap pelbagai kerenah tetamu yang ada di hotel yang kadang kala menyakitkan hati. Adi? dia cuma duduk di rumah dan membantu ibunya mengurus di kedai runcit milik keluarganya. Sambil berlalu pergi ke bilik tandas belakang hotel Muaz mengeluarkan rokok dari koceknya.
kononya nak curi tulang dan berehat sebentar..

Ben : Eh? Muaz...ramai guess ke kat coffee house?
Muaz: Ramai gak la...nape? ni ko da brape lama lepak kat sini ni? (membakar rokok dan menghembusnya)
Ben: Baru je kowt...ala lepak jap..boring ar keje camni hari-hari..
Muaz: Enn...
Ben: Muaz lepas dapat result ko nak sambung blajar ke kerja?
Muaz: Enn tak tahu la der...tengoklah macam mana result aku nanti...(dalam hatinya dia malas nak bersosial sangat dengan Ben ni)
Ben: Owh... kalau dapat sambung kau sambung la, rugi oo kalau kau kerja sekarang..
Muaz: ye...tapi tengok la keadaan macam mana..kalau ok aku memang nak sambung pun..
Ben: Lps kerja jom lepak karok.. nak?
Muaz: alamak aku ada hal la...lagipun hehehe fulus xde la..len la kalau ko yang nak payung aku..
Ben: ala kalau takat 2 lagu kat karoke jamban mampulah..
Muaz: Enn ajak Adi nak?
Ben: Adi? ok gak..ko sms dia...


Ben sebenarnya brader yang dah kerja lama kat hotel tu dan dah lebih kurang 3 tahunpun kerja di coffee house dan setakat tengok Muaz yang baru 2 bulan kerja tambahan pula dengan hotel yang staffnya sekejap silih berganti baginya Muaz seorang yang agak baik juga orangnya...tapi bagi Muaz pula dalam setiap pertuturan dan tingkah lakunya dia sememangnya berhati-hati dan tidak menunjukkan peragainya yang sebenar dan bila datangnya soal berkongsi segala keputusan yang baik buruk dia berfikir, bukan apa dia tak mahu lagi berulangnya peristiwa hitam semasa sekolah berulang. Walau bagaimanapun kesan yang dirasai Muaz masih kekal dan masih menghantui dirinya...tambahan pula hampir 5 bulan jugalah dia mencari dan memulihkan semangatnya sepanjang detik hitam semasa alam persekolahan.



Masa kian berlalu dan rutin Muaz juga begitu. tapi dia bersyukur kerana masih dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangannya dan masih ada juga yang sudi berkawan dengannya masa bekerja di hotel itu. akhirnya masa keputusan SPM sudah hampir keluar dan Muaz pun mengambil peluang untuk berhenti dari kerja part timenya. malam sebelum keluarnya keputusan, tidak henti-henti Muaz berdoa untuk memperoleh keputusan yang baik kerana dia ingin sangat pergi jauh...jauh meninggalkan segala yang ada di tempat dia membesar sekarang...sambil merenung dan mengelamun nampak gayanya susah benar Muaz nak tidur.....

 Adi: Wei kau tak nak amik result ke?
Muaz: Eh...alamak!! enn biarla...mesti ramai yang pergi...kita amik last-last la..senang sket..orang lain pun tak taw..
Adi: Yela tapi pergi la siap cepat..
Muaz: Hisap rokok dulu la...
Adi: lepas dah amik result tu terus balik la...xpayah lepak situ..kita lepak kat port biasa amacam?
Muaz: aku ok je...takut ko yang lepak lama bila dak kelas ko panggil..
Adi: tak...

Ramai sungguh ibu bapa dengan anak masing-masing di sekolah hari ini, ada yang menangis, ada yang senyum tapi itu keputusan masing-masing lakan? Muaz tidak pedulikan itu semua dan apa yang dia tahu dia dan Adi ambil slip peperiksaan dan terus beredar dari situ dan tidak mahu lagi hendak beronyah-anyih ataupun berjumpa dengan kawan-kawan lama...kawan ke?.. syukurlah dia dan Adi memperoleh keputusan yang agak bagus jugalah berbanding percubaan tempoh hari. sekarang dengan langkah bangganya dia dan Adi keluar dari pintu gerbang sekolah dengan harapan yang cukup tinggi....

Tapi sebelum Muaz dan Adi beredar masing-masing masih terkenangkan waktu persekolahan...memang ada masa yang hiba dan masa riang yang sedikit tapi itulah kehidupan...Muaz masih ingat lagi yang tapak perhimpunan dan pentas perhimpuanan habis di spray dengan tanda kumpulan yang tak diketahui yang ditubuhkannya dengan Adi. Juga politik yang dibuatnya dengan Adi untuk memecah belahkan satu kelompok yang dibencinya..dan beberapa rancangan yang jahat dibuat mereka beruda. Semamangnya Muaz dan Adi berbangga dengan pencapaian itu walaupun tiada sesiapa yang tahu dalangnya..

"aku tak nak tengok muka korang lagi...aku tak nak datang sini lagi...tunggulah dan bila masa akan tiba aku akan melangkaui pencapaian korang...owh dulu aku dibenci..sebab apa? satu pertandingan bodoh je pun. aku akan gunakan kegelapan untuk mendapatkan kekuatan..itulah aku...


No comments: