Monday, December 13, 2010

Phase 2 : Masalah


Malam berganti siang, siang berganti malam hari berganti hari dan seterusnya juga. Apa nak jadi dengan aku ni? Belajar malas, itulah yang sedang difikirkannya. Tapi hari itu sungguh lain sekali. Sebenarnya banyak yang difikirkan Muaz dan sejak satu pertandingan disekolah sudah merubah hidupnya seumur hidup. Dia dibenci,disisihkan dari masyarakat itulah pada pandagan yang beliau nampak. Sugguh ketara sekali, kenapa Muaz berubah jadi begitu? Hanya kerana satu pertandingan reka cipta yang bodoh dan sikapnya yang tidak pernah untuk membenci orang lain dia dibenci? disisihkan?. Dunia, tuhan baginya sudah tidak bermakna lagi dan Muaz mengangap itu semua tidak adil.

Hanya Adi sahaja yang menjadi sahabatnya…ya…sahabat karibnya. Sekarang masanya sudah tiba dan hari-hari menjelang SPM semakin hampir. Dalam hati Muaz sekiranya dia tamat sahaja SPM akan dia berhijrah ke tempat baru, mencari rakan-rakan baru yang lebih baik dan ikhlas daripada sekarang. Bila difikirkan yang dia dibenci kerana pertandingan sains itu bagi Muaz sungguh mengarut sekali!. Kenapa dia dibenci? kerana apa? Sifatnya? Tingkah lakunya? Perbuatannya? Semua persoalan itu menjadi tanda Tanya dalam dirinya setiap waktu persekolahan. Setiap malam dia dihantui igauaan buruk itu.






Muaz kalau diikutkan seorang yang lemah lembut, bertanggungjawab, mengambil berat, tapi itu semuanya dulu. Adilah seorang rakan,kawan dan sahabat baginya dan yang paling banyak mempengaruhi sifatnya. Muaz sudah berubah dan banyak perubahannya dan kini setelah melalui pahit maung kehidupan masa persekolahan dia menyambung pelajaran di kolej dan Adi juga sama Cuma di tempat yang berlainan.

Bagi Muaz ini adalah permulaannya…permulaan untuk pembaharuan ke tempat lebih tinggi daripada apa yang ingin dicapainya sekarang….



No comments: