Friday, December 17, 2010

Phase 3: Idealogistik

Peperiksaan SPM sudahpun berakhir, Subjek yang terakhir sudahpun diduduki...Dengan bangga Muaz keluar dari dewan peperiksaan.bukan sahaja yang terakhir malah menjadi orang yang terakhir keluar dari dewan tersebut. Pelajar-pelajar lain juga gembira riang kerana peperangan yang sengit sudahpun berakhir, ada yang memberikan kata-kata selamat yang terakhir ialah semua akan meneruskan hidup dan masa depan masing-masing. Adi datang kepada Muaz dengan hanya berbaju biasa...

Adi: Woi sudah habis ke?
Muaz: ennn....jom..berasap...
Adi: ala aku punya stock dah habis la....
Muaz: tak payah aku belanja...
Adi: ok!

Sebelum pulang sempat juga Muaz melihat kawan-kawannya tapi dalam hatinya lebih gembira sekiranya dia tidak berjumpa dengan semua orang yang berada disitu, cuma dalam kebencian hatinya matanya memandang seorang wanita...perempuan yang dia suka dari dulu lagi..Hani...memang secara dalamannya Muaz menyukai Hani tapi pada masa yang sama dia juga membenci Hani..dan demi persahabatan jugalah dia lebih merelakn Hani menjadi orang milik lain dan dengan pergorbanan itu jugalah menjadikan Muaz menjadi seorang yang lebih kuat lagi.

Adi: Nape?kau nak jumpa Hani ke?
Muaz: Taklah..jom Adi

Tapi dalam fikirannya masih terkenang dan masih menyimpan perasaan sayang itu cuma hati lelakinya sudah biasa dengan semua itu dan keadaannya daripada kecil sehinggalah sekarang menjadi punca dia masih tetap kuat dan semangat pendendamnya masih utuh.

Terdapat satu kedai runcit dipekan itu..disitulah juga dia membeli minuman kegemarannya dan sekotak rokok dan pergi ke satu tempat yang lain iaitu satu tempat berehat,melepak dengan tenang.tempat ini tiada siapapun yang tahu kecuali hanya Muaz dan Adi sahaja. tempatnya indah, terdapat beberapa buah pokok kelapa dan ada sebatang anak sungai yang indah cuma yang lucunya tempat itu kadangkala banyak anjing liar tapi itu bukanlah penghalang bagi mereka untuk duduk melepak disitu. tapi keseluruhannya tempat itu memang sangat damai dan pemandangan yang hijau.



Muaz:(sambil mengetuk kotak rokok)
Adi: Macam mana exam tadi? kau keluar yang last ke?
Muaz:(memberikan sebatang rokok kepada Adi) a'ah..macam apa yang aku rancangkan..
Adi:(membakar rokok dan menghulurkan lighter kepada Muaz) dah la tak payah pikir lagi exam..sekolah dah habis pun..apa plan kau lepas ni?
Muaz:(menyalakan rokok dimulutnya) tak tahulah..tengoklah macam mana dan aku harap result SPM ok.aku nak pergi jauh dari sini..aku dah tak nak ingatkan tempat ni lagi.
Adi:(menghembuskan asap dimulutnya) enn...aku pun tak sure lagi macam mana aku tapi lebih kurang sama macam kaulah

Mereka berdua masih terus bercerita dan berbincang tentang masa depan yang tidak pasti lagi kemana arah tujuan masing-masing tapi matlamatnya hanya satu iaitu dengan berjaya dalam hidup masing dan tunujukkan yang mereka berdua sangat membenci tempat tingal mereka..tempat mereka membesar dan segalanya tempat mereka...mungkin berhijrah adalah satu jalan penyelesaian kepada mereka...



No comments: