Tuesday, December 21, 2010

Budak-Budak U

SEJAK sekian lama mahasiswa Melayu dilemparkan pelbagai tanggapan negatif yang bukan saja mencalarkan maruah bangsa, malah mencacat celakan kredibiliti sistem pendidikan negara yang bertanggungjawab melahirkan graduan saban tahun.

Menolak ke tepi rasa tanggungjawab dan sensitiviti masyarakat, mereka dengan mudah memperlekehkan pencapaian graduan ini kononnya gagal bersaing, kelulusan hanya cukup makan selain terbabit dengan pelbagai gejala sosial.

Stigma itu bukan saja mewujudkan pelbagai persepsi negatif, malah bagai memperkotak-katikkan harga diri mahasiswa yang berjuang di menara gading demi segulung ijazah.

Persoalannya, benarkah ?mahasiswa Melayu begitu lekeh hingga mudah ?mengaku kalah?
Apakah ia agenda pihak tertentu yang sengaja mencari publisiti murahan demi melunaskan hajat masing-masing?
Apakah ia agenda pihak tertentu yang sengaja mencari publisiti murahan demi melunaskan hajat masing-masing?

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata bukan isu baru mahasiswa Melayu dilemparkan pelbagai tanggapan negatif.

Beliau berkata, sikap itu bukan saja boleh mencetuskan pelbagai masalah, malah menggugat sistem pendidikan negara yang telus memberi pendidikan tanpa mengira latar belakang individu.

“Sistem pendidikan negara tidak pernah membezakan antara satu sama lain, semuanya berhak menerima pendidikan setara. Malangnya ada individu tidak melihat kelebihan itu, malah lebih senang membuat propaganda sendiri.

“Mahasiswa Melayu diperlekehkan tanpa usul periksa. Tindakan ini tidak adil kerana bukan saja menjatuhkan maruah, malah memberi kesan kepada institusi, keluarga, masyarakat dan majikan.

“Ia tidak sepatutnya dipolitikkan kerana isu ini boleh menggagalkan usaha mencapai matlamat pembangunan jangka panjang,” katanya.

Isu prejudis terhadap mahasiswa Melayu sudah lama timbul antaranya membabitkan kuota kaum di universiti, pinjaman pendidikan dan penggunaan bahasa Melayu.

Ada juga tuduhan menyatakan mahasiswa Melayu memperoleh pelbagai keistimewaan hingga menjejaskan pencapaian di menara gading selain malas berfikir, teknik pembelajaran lemah serta mengamalkan budaya belajar di saat-saat akhir.

Mengulasnya, beliau berkata itu hanya persepsi semata - mata kerana pencapaian mahasiswa Melayu pada hari ini sangat mengagumkan setara bangsa lain tanpa memperoleh apa-apa keistimewaan.

Kualiti mahasiswa ini, katanya, bersifat subjektif dan tidak tertumpu kepada satu golongan semata-mata sebaliknya bergantung pada individu.

“Kualiti graduan Melayu lemah hanya persepsi dan khabar angin. Pencapaian graduan bersifat subjektif, ada cemerlang, begitu sebaliknya.

“Betulkan persepsi itu, buka minda dan lihat senario tanpa prejudis. Jika ada kelemahan, perlu diperbetulkan, bukan mengutuk demi kepentingan diri sendiri,” katanya.

Katanya, usaha melahirkan graduan yang menepati keperluan industri dan masyarakat bukan mudah dan menghadapi banyak.

“Ramai tidak melihat kesungguhan institusi, sebaliknya suka memperbesarkan isu remeh. Ini kerugian besar kepada anak bangsa kerana tidak mendapat sokongan padu masyarakat,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan majikan mengiktiraf kebolehan mahasiswa Melayu dan tidak timbul isu gagal bersaing.

“Ramai graduan Melayu membuktikan kecemerlangan dan menguasai pelbagai bidang pekerjaan atau berpendidikan tinggi.

“ Kemampuan graduan ini sudah lama diperakui hingga ke peringkat antarabangsa.
“Justeru, tidak wujud konsep diskriminasi pencapaian atau peluang berdasarkan bangsa, ia bergantung pada keupayaan masing-masing meraih kepercayaan majikan,” katanya.

Mengulas tindakan segelintir pihak menyalahkan institusi jika gagal melahirkan graduan Melayu cemerlang, beliau berkata, institusi bertanggungjawab menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan, namun tidak menjamin kejayaan mereka.

“Apabila berlaku kemerosotan pencapaian, hanya universiti ditempelak dan dipersalahkan. Kami hanya menyediakan peluang, mahasiswa bertanggungjawab merencanakan masa depan.

“Justeru, berilah sokongan dan jangan memperbesarkan isu yang boleh mengganggu gugat masa depan generasi menara gading,” katanya.


INFO

Antara faktor utama ?mengapa masyarakat sering memandang serong pada pencapaian ?mahasiswa Melayu:



  • Kurang matang pemikiran.



  • Bersikap negatif dan memerlukan motivasi.



  • Berjaya apabila suasana terkawal tapi boleh berubah kepada positif atau negatif jika berlaku kejutan budaya.



  • Memerlukan banyak bantuan daripada ?persekitaran dan tidak pandai berdikari.



  • Belajar atau melakukan tugasan pada saat akhir, kurang peka, malas berfikir dan bersikap suka bertangguh.


  • Oleh Ruhaiza Rusmin
    ruhaizarusmin@hmetro.com.my

     ==========================================================



    Aku tertarik dengan artikel ni, dan kebanyakannya aku besetujulah juga tapi untuk memperlekehkan Siswa-siswi bukan jalan penyelesaian dan tidak seharusnya berlaku bagi aku. Kebanyakan Graduan yang mengangur saban hari memang ramai dan termasuk aku yang ada diploma ni baru je bulan 10 hari itu aku graduate dan boleh dikatakan bukan aku saja yang mengangur tapi ramai lagi.

    Memang betul yang kadangkala anak-anak melayu ni degil,malas dan sebagainya tapi bukan semua hanya segelintir sahaja..dan pendapat aku kelulusan pointer yang tinggi bukannya penentu masa depan dan bukanlah kata aku tak penting cuma pointer yang tinggi tu semuanya macam ticket supaya sekurang-kurangnya resume yang kita hantar kat mana-mana organisasi dapat dibacanya. pasal pendapat ni kawan aku yang cakap dan bagi aku memang ada relevannya.

    Alhamdulillah, aku lepas-lepas habis industrial training aku dapat kerja  lepas habis practical bulan 2 terus kerja sampai bulan 6, cuma tak tahan dengan pihak pengurusan yang sambil lewa akupun decide berhenti.Dekat sini aku nak kongsi pengalaman sikit la..tak banyakpun tapi dah aku kawan dengan orang HR aku tahulah macam mana proses pengambilan tu. Misalnya, bila orang datang hantar resume pastikan anda pastikan resume itu sampai ke pihak pengurusan dan Follow Up! kalau tak memang ke tong sampah la jawabnya resume tu kan ke dah rugi...kalau bernasib baik dan dipanggil interview pastikan anda membuat persediaan dan berjaya mendapatkan first impresion, dan jangan demand bukan-bukan ini penting pasal kalau tak memang pasti punya anda tak berjaya kerja.

    Lepas aku dah berhenti tu aku dapat kerja yang bagus-bagus cuma iyelah nasib tak berapa menyebelahi akulah, sampai tempat kerja jauh, pengangukatan tiada, modal pun takda, di akhir cerita aku sampai kerja kat AVON,Giant dengan 7Elevan la juga. bukan nak memilih, kalau dah belajar sungguh-sungguh tapi kerja macam ni baik aku guna SPM je. tapi apa yang penting bagi Siswa-Siswi yang dah tamat bila nak kerja pastikan English anda dan Interpersonal Skills yang baik itu je,lagipun inilah yang bekas boss aku cakap pasal ini penting bila kita berkomunikasi dengan orang.

    Kalau nak dikatakan yang budak melayu tak berdaya saing, bukan semua macam tu, semua students yang dah tamat tentu nak berjaya siapa yang tak nak, aku ambil contoh terdekat kawan aku yang study nursing, dia Ex-student KUIS dekat 6-7 bulan jugalah dia mengangur,usaha kurang? aku tengok berdozen-dozen resume,berpuluh-puluh e-mail dia sent kepada majikandan pergi ke tempat majikan dari Kuala Selangor,Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. tapi majikan sekarang semua nak yang dah berpengalaman. Habis tu kami yang baru tamat tak diberi peluang ke untuk mendapatkan pengalaman? dan minta maaf kiranya ini mungkin menyinggung perasaan lain, majikan sekarang kurang senang kalau mengupah melayu, dan kalau adapun hanya sebagai cukup memenuhi syarat social responsibility.apa-apapun ini pendapat peribadi aku dan contoh-contoh semua adalah pengalam hidup aku dan tidak menyentuh hal peribadi orang lain

    Syukurlah yang kawan aku ni baru je selamat kerja di Kuala Lumpur, aku dan rakan-rakan lain pun bakal sambung Degree di UITM bulan january 2011 ni, maka bermulalah lembaran baru.


    Credits goes to Azurin Rosli(Rain)

    No comments: