Thursday, December 2, 2010

Phase 1 : cerita?

Mengelamun memandang awan yang berarak diluar kelas bilik darjah di tingkat atas sekolah menengah.Kelas 5 Jed sungguh bising dengan pelajarnya yang bermacam ragam dengan ada yang melepak,berbual dan macam-macam kerenah dan agenda pelajar itu sendiri. Muaz masih mengelamun, apa yang difikirkan hanya diri beliau sendiri yang tahu.  “balik ni main game kat cc la” benaknya berfikir. Kalau diikutkan Muaz sebenarnya seorang yang periang,suka bergelak ketawa dan mengambil berat rakan-rakan sedarjahnya tapi itu semuanya dulu. Masih teringat akan peristiwa besar yang berlaku dalam hidupnya yang memang merubah semua aspek kehidupannya sekarang.

Adi: Woi, mengelamun apa ko ni? Apsal senyap je hari ni?
Muaz: Ermm xdepela..ko masuk kelas aku ni apsal?kang cikgu masuk camne?
Adi: Ala nanti budak-budak kelas roger aku la nanti.Amacam karang aku dating uma ko boleh? J
Muaz: Ikut ko la.Eh..kang ikut aku jap.
Adi: pegi mana?
Muaz: Ala ko ikut jela.

Dua rakan itu terus berbual-bual tanpa menghiraukan keadaan kelas.Macam-macam yang dibincangkan dan jelas kelihatan kedua-duanya sungguh gembira dengan gelak tawa. Kalau diikutkan sudah 8 tahun mereka berdua berkawan dan bagi mereka banyak pahit manis yang dah mereka lalui dan banyak perkara yang kadang kala mereka sendiri ada persepsi dan pendapat masing-masing.

Nampaknya guru yang sepatutnya masuk pada waktu mengajar 5 Jed tidak hadir dan digantikan dengan guru ganti.pelajar nampaknya bersorak gembira manakala, Muaz hanya tersenyum-tersengih dan mengeluarkan sehelai kertas dan mula menconteng. Sudah menjadi kebiasaannya Muaz gemar melukis. Kebanyakan lukisanya dilukis dengan pengaruh anime/manga dari negara matahari terbit, jepun.

Masa silih berganti Muaz memandang seorang perempuan di sudut kanan depan dari meja guru.Hani gadis yang disukainya tapi secara diam dalam hatinya,untuk diluahkan kata hati malu ditolaknya, untuk diutuskan surat takut tidak disampaikan dan macam-macam alas an lagi hanya untuk menafikan rasa hatinya. Tapi mereka berdua rapat, Cuma hanya Hani sahaja yang tidak tahu soal hati Muaz ataupun mungkin….


Muaz: Wei Hani!, J aku nak pinjam buku rujukan Math boleh tak? 
Hani: Ala Muaz, Aku nak pakailah sekarang.
Muaz: Aku bukan nak sekaranglah. Masa balik karang kau bagilah,aku nak pinjam bawak balik, boleh tak?
Hani: Owh yeke? Ok, tapi besok kau bagi balik jangan tak bawak pulak.
Muaz: ye aku tahu lah.
Masa persekolahan tamat,waktu yang sungguh mengembirakan semua pelajar di SMK Menara. Muaz menyusun buku dan pergi kearah Hani untuk mengambil buku yang ingin dipinjamkannya.Adi menyusul dan menyapa Muaz dari belakang.

Adi: Woi!
Muaz: Erm ingat tak dating tadi..
Adi: Jomla
Muaz: owrite,eh boleh tak ikut aku ni?
Adi: yela tapi pegi mana?
Muaz: pegi beli game baru Jom?
Adi: owh ok! Set!

Setelah pulang dengan Adi dan permainan baru untuk playstationnya, …….

No comments: