Sunday, November 28, 2010

Hari ini hari Ahad....

Apa aku nak buat? bukanlah ahad sangat tapi dah nak masuk hari isnin dahpon. Apa aku nak tulis kat sini? macam-macam aku nak tulis tapi aku sendiripun tak tahu nak tulis apa?.

Apa dia? tulisan aku skema sangat?! suka hati aku lah nak tulis macam manapun yela, makin hari...setiap hari kalau aku terus tulis dalam singkatan atau ayat rojak makin rosak lah bahasa yang aku belajar selama ini huhuhu..sekarang ni tengah melayan cerita kat TV3..Dalil Cinta..kalau tak silap aku lakan..sudah lama mula dari pukul 9 malam tadi. pelakon dia Fahrin Ahmad dengan Sharifah Aleeya(betul ke? :D). 

Cerita yang agak membuka fikiran aku terpikir kat seorang insan tapi tak tahu la yang mana terselitnya persamaan itukan. Kalau ditanya mengenai sinopsisnya, jujur aku paham tapi aku malas nak ceritakan, mungkin banyak lagi orang kat luar sana boleh cari atau korang semua tengoklah sendiri, cuma nasihat yang aku nampak kalau kita yang muda-mudi ni nak kawin, ambil masa dan pikir dulu sebelum merancang hendak berkahwin. 
Yela, banyak benda yang perlu untuk dipertimbangkan.Misalnya, betul ke pasangan yang kita pilih tu? betul ke kita atau aku bersedia menjadi ahli-ahli suami isteri? Mampu ke kita memikul tanggungjawab sebagai suami isteri? Mampu ke kita...dan sekian-sekian. Banyakkan? maka fikirlah. Kalau ditanya berkenaan Kahwin Awal/Muda aku secara peribadi sangat menyokong kalau sudah berkemampuan dari segi fizikal atau mental, kalau yang ragu-ragu lagi tu elok teruskan jela hidup sebagai bujang hehe bebas tapi pasal kahwin tu kena fikir jugak,walaupun kemudian. Nak jadi Manusia Normalkan?Nak jadi umat Nabi Muhammad kan? : )
Gila banyak jugak aku merepek ni, dari cerita bawak sampai ke nasihat huhu.

No comments: