Tuesday, December 14, 2010

Sifat Manusia



Sebenarnya manusia sangat rapuh hatinya, termasuklah hati aku sendiri, dan apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini adalah sifat manusia ataupun ciri-ciri manusia sama ada baik atau buruk tapi secara luaran dan bukan ciri-ciri khas yang dah belajar kat sekolah tu.Segala apa yang aku lihat dan amati dari aku kecil hinggalah ke dewasa ini aku cuma boleh merumuskan bahawa ciri-ciri pembentukan sifat manusia di pengaruhi oleh pelbagai sebab:-

1) Akhlak peribadi Manusia itu sendiri

Seorang manusia yang dilahirkan di atas muka bumi ini ada takdir,impian dan rezeki masing-masing cuma akhlak ini sememangnya satu sifat lahiriah yang bersifat nyata yang wujud yang dianugerahkan sekali oleh yang Maha Kuasa. Cuma bila dilahirkan di dunia akhlak manusia itu akan dibentuk sama ada baik atau sebaliknya itulah kenapa kita pernah dengar mengenai bayi yang lahir di dunia ini di ibaratkan seperti kain putih dan persekitaran atau apa-apa yang ada disekililing seorang manusia itu.

2)Hawa Nafsu yang tinggi

Kalau diikutkan kita semua macam ini,dan aku tak menuding jari kepada sesiapa tapi dekat penulis blogger lifevilles sendiri iaitu aku. kenapa aku kategorikan Hawa Nafsu dalam sifat manusia? dah memang sahih kita yang manusia ini ada Nafsu kan? yang mana dalam islam sendiri dah bahagikan antara nafsu dan akal mempunyai nisbah mengikut jantina yang mana kaum lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu manakala yang wanita sebaliknya(tapi bukan ini yang aku nak tulis)

Manusia zaman sekarang yang aku tengok rata-rata akan buat pilihan apa yang mereka nak berdasarkan nafsu dari akal.misalnya seorang lelaki nak kahwin dengan perempuan lebih dari 4, bukan nafsu ke tu? ataupun perempuan yang suka membeli belah?

3) Falsafah dan pendapat

Dari dulu sampai sekarang setiap orang ada falsafah dan pendapat masing-masing. dengan falsafahlah kita beranggapan yang kita sekurang-kurangnya seperti ada matlamat dalam hidup dan falsafah jugalah menyebabkan kita terus hidup dalam dunia yang rapuh ni.macam-macam falsafah kita dengar. Dari falsafah dan pendapat individu hinggalah ke falsafah untuk negara itulah muncul pendapat pihak kirilah,kananlah dan macam-macam.

4) Institusi Kekeluargaan

Yang ini adalah yang paling penting, dalam semua hal, dalam semua benda ini yang kita akan rujuk dulu. kadang-kadang bukan semua manusia dalam dunia ini bernasib baik dan kalau kita fikir kita adalah yang paling teruk dan malang ada orang lain 10 kali ganda teruk dan susah dari kita. Ibu bapa kadangkala berjaya mencorak anak-anak mereka dan ada juga yang gagal dan bukan semua yang berjaya cuma ibu bapalah yang wajib membentuk akhlak anaknya tadi, mengajar anak supaya mengunakan akal dari nafsu dan memasukan elemen falsafah supaya anak itu tadi dapat jadi manusia yang matang. maka janganlah lepas tangan ok?

5) Agama dan pendidikan.

Bagi aku agama adalah segalanya dan kalau agama tiada maka takkan wujudlah pendapat, kerana falsafah dan pendapat bersifat sementara dan hanya kekal untuk masa-masa tertentu sahaja berbanding agama yang kekal abadiah sehingga hari akhirat. Cuma yang aku kadang-kadang hairan tu walaupun seseorang itu mempunyai keluarga yang baik, cukup kasih sayang dari keluarga dan semuanya malah mendapat didikan agama yang secukupnya tapi diakhir cerita menjadi manusia yang... paham-paham sendirilah.Itulah sebab aku buat point 1 dan 2 untuk sebab itulah.

Macam manapun bagi aku manusia ini kejam, termasuk akupun dan akupun ada pendapat dan falsafah aku sendiri cuma bila mata aku memandang dalam dunia ini dan mula memahami banyak benda,semuanya yang berakhir dengan persoalan dan tanda tanya.....

No comments: