Saturday, December 18, 2010

Tahap Persahabatan?

Aku dah lama tengok,memerhati dan sebagainya. Dalam ramai-ramai kawan ada tak kamu semua tahu ada tahap-tahap persahabatan? benda yang aku nak kongsikan ni mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang tak pernah nak ambil tahu, tapi aku cuma nak kongsikan apa yang sahabat aku pernah cerita dan permerhatian dia yang membuka minda dan mata aku untuk menilai sesuatu perhubungan kita dengan orang yang berada di sekeliling kita. Sebenarnya kita dengan kawan kita ada beberapa tahap yang perlu dilalui untuk menjadi kawan kepada sahabat. percaya atau tak? baiklah dekat sini aku ceritakan tahap-tahap persahabatan tu...

1) Kawan

Manusia macam ni kita senang je nak cari,dan sangat mudah sekali didapati. Sekali kita nak sangat mudah diperolehi tapi manusia macam ni kita bukanlah nak beli tapi nak berkawan. Misalnya, kalau kamu pergi ke stesen komuter dan ingin pulang ke rumah atau sebagainya, kita berjumpa dengan orang yang lain dan ramai sekali tu kita rasa tergerak nak bercakap ataupun berbual(bosan punya pasal) jadi kita dah dapat seorang kawan, ataupun tiba-tiba anda/kamu sedang berjalan tiba-tiba ada orang menyapa anda untuk bertanyakan tentang jalan, sekali lepas dah tanya boleh ajak pergi minum, kitapun ikut..maka dah dapat seorang kawan dah. tapi berfikir tak kita adakah kawan itu benar-benar kawan?mungkin  kalau dah kenal dan terjumpa mungkin akan menyapa antara satu sama lain dan mungkin tak.
2) Kawan Karib/Kawan Rapat

Orang yang macam ni kita dah kenal,sudah sedia maklum serba sedikit latar belakangnya dan tahu serba sedikit perangainya. Maka kita mungkin akan sering berbual atau lepak denganya dan selalu ataupun ada keluar bersama tapi bergantung juga, misalnya hubungan itu kurang komunikasi maka ianya akan terus pada tahap pertama seperti di atas. kebanyakannya masih dalam situasi tahap ini masih kekok kerana belum memahami sepenuhnya antara masing-masing  sungguh berhati-hati dan masih belum menjalani susah senang bersama. tapi pada tahap kedua ni belum ada masalah lagi la semuanya masih ok tapi inilah titik tolak anda untuk ke tahap yang lebih akrab.Pada tahap ini juga kita kan mencari keserasian itu ada atau tidak.

3) Sahabat

Perhubungan pada tahap ini masih belum dikategorikan sebagai "sahabat akrab/sejati" kerana hubungan pada tahap ini masih rapuh dan dugaan yang dihadapi bersama juga masih kurang dan kalau ada masalah yang menimpanya masih kecil. Jadi macam mana kita dah tahu kita dah berada di tahapni? kalau anda perasan ataupun dah tahu. anda dan kawan anda sering keluar,buat sesuatu atau apaje mesti bersama! dan rasa sangat kurang menyeronokan bila salah seorang tiada! tapi bila datang masalah yang besar masing-masing akan fikir dulu kesan sampingan dan masih berhati-hati dengan keputusan. Tapi kebanyakkannya sudah mampu untuk menerima kebaikan ataupun keburukan masing-masing. cuma kalau ada apa-apa yang terjadi mungkin masih boleh dibawa berbincang.

4) Sahabat Karib

Tahap terakhir dan agak sukar diperolehi dan mungkin dalam seribu kawan yang dibuat mugkin hanya seorang sahaja yang terhasil. pada waktu ini anda rasa sangat bertuah dan sangat kuat walaupun anda hanya ada seorang sahabat sahaja. Bukan sahaja masalah tetapi segalanya akan mampu dijalani dan dikongsikan bersama kecuali teman hidup masing-masinglah kecuali yang sanggup berkorban, tapi masih terkawal.
Maka yang terakhir tahap inilah yang kita nak!


Tribute for KPMB DBS 5 students batch 2007


Ini semua pemerhatian aku dan sahabat aku dan tiada kena mengena dengan sesiapa, saja je nak kongsi. tapi kalau nak tahu nak dapat Sahabat Karib ni kena sekurang-kurangnya dapat 3 tahun bersama dah boleh assume atau agak kita dah di tahap mana. mungkin kita berasa sunyi dan malang tapi kena ingat juga kita bukanlah manusia yang paling malang, ada ramai lagi yang susah dan malang seperti seorang lagi sahabat aku (namanya ada diatas) dia cakap " life is like a cup of coffee" maka kita fikirlah sendiri hahaha tapi macam blog aku tak payah fikir sangatlah....just jagalah pertuturan dengan adab pasal dah ramai yang aku tengok akhirnya menjadi mangsa manusia yang bergelar kawan...tapi bila kita dah dapat sesuatu yang berharga dalam hidup ini terimalah dan hargailah. anda yang membaca ini juga mesti dah lihatkan???

No comments: