Wednesday, December 15, 2010

Info mengenai Yoshito Usui

Kenal dengan karikatur Crayon Shin Chan? ya...siapa yang sering mengikuti buku dengan cerita animasinya pasti kenalkan? ok dekat sini aku nak ceritakan latar belakang beliau. Rasanya aku buat inipun atas penghargaan kepada beliau walaupun Yoshito Usui ini dah tidak tahu kemana dah.

Dikatakan ini wajah beliau tapi aku tak pasti.


Nama: Yoshito Usui (臼井儀人 Usui Yoshito,
Lahir dan hilang pada : April 21, 1958 – September 11, 2009), 
Dilahirkan di: Shizuoka,Japan

Kalau diikutkan cerita beliau sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan dua orang anak perempuan. Sebenarnya pada tarikh 11/9/2009 tu dia bersama rakannya pergi memanjat gunung pada pagi sabtu tapi dengan tak semena-mena Yoshito Usui dikatakan jatuh gunung dan kononnya mayat beliau dijumpai dibawah gunung tapi identitinya sebagai Yoshito Usui masih diragui.



Jadi Kematiannya masih menjadi tanda tanya.Kejadian ni dah setahun lebih dah cuma aku taip inipun sebenarnya rasa sedih jugaklah tapi marahpun ada bukan apa,pasal kecewa dengan siri beliau yang tidak siap dan masih belum tamatpun sirinya. aku dapat idea nak tulispun pasal masa aku jalan-jalan kat kedai buku aku ternampak volume Crayon Shin Chan yang lama-lama,takkan aku nak beli buku tu untuk kali kedua.

Memang betul yang manga dia kadang-kadang bersifat terlampau tapi siapa yang mengikutinya pasti terhibur dengan lawak jenakanya betul? Mana tidaknya, dulu aku pernah kena sound oleh rakan serumah aku pasal baca komik lepas tu gelak seorang diri. hehehe tapi nasihat aku siapa yang kurang dan jarang tergelak tu eloklah dibeli komik ni, pasal aku pasti korang akan tergelak punya.memang satu terapi yang sangat berkesan kepada sesiapa yang stress!.

Walaupun Crayon Shin Chan ni kadangkala ada unsur-unsur 18SX ni tapi kebanyakan ada nilai-nilai moral yang banyak berkenaan dengan kekeluargaan, kehidupan bermasyarakat dengan budaya.Benda-benda yang baik tu kita ambil la dan kalau yang kurang tu jangan tiru pulak.Aku harap satu hari nanti negara kitapun ada hasil yang baik dari segi anime/manga dan yang sekarang aku tengok Upin & Ipin yang popular, Kalau zaman aku dulu macam Usop Sontorian dengan Kluang Man ye tak.


Bye,bye,BYE....... : )

No comments: