Monday, November 26, 2012

Belajar Mendengar...

Assalamualaikum~~


"Kekasih yang baik ialah pendengar yang baik",Justeru itu jadilah pendengar yang baik dan jangan jadikan mulut menyebabkan telinga menjadi tuli.Maksudnya, jangan asyik hendak bercakap sehingga kita tidak mahu dan mampu mendengar cakap orang lain.

Dalam kehidupan yang dilalui akan ada sahaja cakap-cakap yang berilmiah dan tidak kurang juga yang menghiburkan hati. tetapi sedarkah kita bahawa kadangkala banyak bercakap kosong yang sia-sia boleh mengundang perkara-perkara yang tidak bermanfaat sekaligus boleh mendatangkan dosa. memang betul kita disarankan untuk berkata-kata baik dan tidak mampu berkata baik lebih baik berdiam tapi adakah kita mendengar? secara amnya kita lebih  gemar mendengar gossip dan perkara berbentuk hiburan dari perkara yang berusur keilmuan termasuk juga saya. tapi mengapakah wujudnya segelintir yang lebih banyak bercakap dari mendengar? apakah kelebihan mendengar?

Apabila kita mendengar, kita sebenarnya menilai,memberi perhatian,memberi tindakbalas,simpati,manakala kita bercakap kerana ingin memberi pandangan,perkongsian, meluahkan perasaan.secara tuntasnya, mendengar ialah "memberi" perhatian dan bercakap adalah untuk "menarik" perhatian orang kepada kita.Islam mengajar kita untuk membanyakkan memberi dari menerima.







Relevan mendengar
1) Orang hebat itu... - ialah yang banyak mendengar,membina kepercayaan dan setia kawan serta melembutkan jiwa disamping bermuhasabah dalam setiap perkara didengar suapaya sabar.kerana untuk membantu diri kita, maka harus berlindung kepada Allah s.w.t dari sifat riak.kerana kadangkala banyak bercakap boleh menyebabkan kita tak sedar ianya (riak) menari2 dalam sanubari yang dipancarkan oleh lidah.

2) Diam itu selamat... - ialah ertinya kita mampu berkata-kata baik dan perlu kerana cakap perkara yang sia-sia tidak sedar dosa tercipta.walaupun ada dua kriteria diam iaitu diam yang berwibawa dengan ketakutan mendatangkan dosa untuk menyelamatkan diri dan orang lain atau berdiam kerana kebodohan diri atau sebagai perisai kepada orang bodoh supaya tidak ketara kebodohannya itu.

3) Kejahatan telinga dan lidah... - ialah tanpa sedar kita boleh berbohong dan tersalah dengar juga boleh mendatangkan kecelaruan informasi yang mengundang kepada tuding menuding antara satu sama lain. walaupun kita cuba sedaya upaya untuk mendengar perkara baik, perkara tidak enak juga yang didengar seperti mengumpat. ada antara kita yang semangat fisabilillahnya kental mampu untuk menegur dan ada yang hanya mampu menjauhi dari perkara yang didengar. dalam ketidak sedaran dan cara hidup zaman sekarang. mampukah kita mengelak?melainkan majlis atau maklumat yang disampaikan itu perlu, maka berkata lebih baik dari berdiam.


Dengan banyak mendengar,kuranglah masalah kerana kita lebih berhati-hati dan berfikir untuk berkata sebaliknya banyak bercakap hanya akan mendedahkan kesilapan demi kesilapan.



                                                                           Olahan - Gen-Q. 12




P/S: Semoga setiap kata-kata dariku tidak pula menyinggung perasaan manusia mahupun dosa kepada penciptaku.memohon keampunan dan kemaafan kepada keduanya.

No comments: