Friday, January 14, 2011

Culture Shock!!

Warkah

Agak-agak di sebalik tajuk di atas membawa nilai yang positif ataupun yang negatif? terpulang kepada persepsi individu dan cara mereka mentafsir,menilai mahupun merumus. Aku akhirnya berjaya sambung pelajaran ke satu tahap yang lain iaitu Sarjana Muda..Alhamdulillah..tapi mampu ke aku bertahan di tempat aku belajar?mampu ke aku berdaya saing di sana?

Dalam banyak-banyak blogger yang walking di sini..siapa yang tengah sambung ataupun dalam pengajian..?angkat kaki khe hehe...pernah tak kamu berfikir untuk apa anda study lagi? pernah tak anda rasa macam tak padan tempat anda belajar dengan jiwa anda?Antara kejutan budaya yang aku alami huhuhu sungguh ketara sekali

Apa yang aku cuba sampaikan tentang kejutan budaya yang berlaku pada diri aku buat masa ini semuanya baik-baik belaka tapi aku yang kurang nak menerima. berbanding tahap pengajian aku masa kat KPM rasa berlainan sekali bila aku masuk ke UiTM kampus bandaraya melaka...

Misalnya soal rakan-rakan baru...alhamdulillah lah selaras dengan azam baru aku untuk tidak meninggalkan solat mahupun melengahkan solat dengan berkat budaya baru ni aku harap dapat kekalkan solat 5 waktu aku tu.tapi dari azam aku yang lain macam nak berhenti smoking..macam payah..(tapi aku rasa diri aku yang tak mampu) walaupun kebanyakkan Siswa lelaki tiada yang merokok..aku jadi macam makhluk asing yang baru sampai ke planet asing.

Pemikiran dan sifat pelajar yang ambil sarjana muda di sana juga cukup berbeza..bagi aku yang memang kurang nak ambil 'port' berkenaan politikpun dah mula berjinak-jinak tapi bagi aku rasanya cukuplah sekadar mengambil tahu dari tak ambil tahu langsung...kehidupan sosial yang baru ni aku tengok macam kurang sesuai dengan jiwa aku yang suka bersantai tapi aku akan cuba lagilah. mungkin ini yang aku tengok pada mereka disana...iaitu kematangan...

Tapi rumusannya, semua yang baru aku tempuh sekarang ni dan tempat aku mengaji ni patut diberi pujian kerana sebenarnya  budaya mereka untuk jadi pemimpin dan pelapis bagi generasi belia sangat bagus dan baik. walau macam manapun aku masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan atas sebab ini akupun jarang nak update blog ini.

Aku akan berusaha lagi sekurang-kurangya seminggu sekali update lifevilles.blogspot.com seminggu atau dua minggu sekali. dan aku punya minda tentang isu terkini juga kurang di update harap-harap dapatlah aku sentiasa Updated!.

Sekian....


P/S: Aku yang bergender lelaki pun kena masuk sukan bola jaring..apa daaaaaaaa tapi menang naib johan huhuhu...

1 comment:

sHuKRi iSmAiL said...

bola jaring????? huhuh