Friday, January 28, 2011

Perception / Persepsi

Defination:
Perception is the process by which organisms interpret and organize sensation to produce a meaningful experience of the world.



Kenapa tajuk persepsi yang aku kemukakan malam ini?? ya,sudah tentu ada sebabnya. sepanjang dari pengamatan aku di UiTM Kampus Bandaraya Melaka aku melihat pelbagai ragam manusia,hieraki manusia,pendapat manusia dan semua tentang fitrah dan tabiat seorang manusia.

Apa dia sifat?apa dia tabiat? dan apa pula perangai? itu yang aku nak kongsi malam ini. tapi isi penting yang aku cuba nak sampaikan ialah keadaan persepsi antara hidup masa diploma dan semasa hidup menyambung ijazah, tapi ini adalah pengamatan aku pada sesuatu kawasan dan tempat dan mungkin bukan semua tempat sama budayanya seperti yang aku tulis.


Situasi 1:

Seorang pelajar A dan pelajar B berlainan jantina sedang berbual di dalam atau di luar kelas seperti mempunyai sesuatu urusan dan lihatnya pelajar A dan B itu sungguh mesra, Sekumpulan Pelajar C hanya duduk,memerhati dan bergelak ketawa sambil memperkatakan kedua-dua pelajar A dan B. Apa persepsi anda sekiranya anda adalah salah seorang dari kumpulan pelajar C terhadap pelajar A dan B?


Situasi 2:

Anda sedang melihat permandangan di luar bilik/rumah anda di tingkap/jendela, sedang anda berkhayal memikirkan sesuatu tiba-tiba seorang perempuan berseorangan berjalan pada waktu malam dengan berpakaian seksi ataupun menutup aurat pada malam yang lewat. Apakah persepsi anda?


Situasi 3:

Sekumpulan pelajar-pelajar sedang sibuk untuk menghadiri kuliah masing-masing tidak kira lelaki mahupun wanita, sedang anda berjalan menuju ke destinasi anda, mata anda melihat salah seorang dari kumpulan terbabit dan melihatnya walaupun dia berjalan berkumpulan dia cuma berjalan mengikuti kumpulannya dari belakang.Apakah persepsi anda?


Situasi 4:

Di dalam keriuhan dan kebisingan dalam tempat anda belajar atau di dalam kelas, kesemua pelajar sangat bising tetapi di dalam keriuhan itu masih ada pelajar yang hanya berdiam dan duduk setempat sambil melakukan hal sendiri tidak kira dia duduk di kelompok wanita mahupun lelaki. Apakah persepsi anda?


Situasi 5:

Seorang pelajar itu cuma diam,raut wajahnya ketat dan penuh emosi,dia sering melakukan hal sendiri, manakala seorang pelajar lagi sangat periang,raut wajahnya gembira dan senang, pelajar yang penuh ketat itu bercakap kepada yang riang tapi pelajar yang riang itu tidak membalasnya...kenapa? Apakah persepsi anda?




Bagi aku kat sini tiada jawapan yang pasti,kerana itu adalah persepsi anda, cara mata anda menilai,seperti juga bagaimana Cruzerpein menilai orang lain dengan matanya, tetapi sepanjang dari pemerhatian aku, alhamdulillah ada seorang guru yang berkata, kita terlalu memikirkan pendapat dan pandangan orang lain terhadap semua perkara tetapi adakah kita pernah tersentak yang sepatutnya kita yang berumat islam harus memikirkan pendapat Allah S.W.T? itu yang sepatutnya kita pikir...





No comments: