Thursday, December 27, 2012

Tips: Menghadapi tahun baru 2013

Assalamualaikum~~

Dalam beberapa hari lagi kita bakal memasuki tahun 2013, sedar atau tidak masa kini semakin pantas dan semakin kita(aq) kerugian. semoga di tahun hadapan kita mampu melaksanakan azam yang diharapkan dengan gigih dan berterusan. walaupun tahun baru bakal tiba janganlah terlalu meraikannya dengan hiburan yang terlampau dan sambutan yang boleh melalaikan kita. 

Tips ini adalah langkah kita untuk menghadapi tahun baru 1434H kini, tapi apalah salah kita juga mengaplikasikannya untuk tahun baru 2013 ini juga :)


FB Lukisan Dakwah Islam


1) Bersyukur
Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan nikmat umur, kesihatan dan rezeki. Yang paling penting, kita masih diberi nikmat iman dan islam, selain dari itu dengan harta yang kita miliki walau banyak atau sedikit sepatutnya menjadikan kita lebih dekat kepada Allah :)

2)Berselawat
Kata kita pengikut dan pengamal sunnah Rasulullah, maka banyakkan dan hadiahkan selawat kepada baginda. semoga kita sentiasa menjadikan akhlak rasulullah sebagai pedoman hidup kita.

3)Berdoa
Sesungguhnya meminta-minta pada manusia kadangkala boleh menjengkelkan manusia yang lain, maka berdoa dan merintihlah kepada Allah, kerana Allah sangat suka orang yang berdoa dan meminta-minta kepadaNya.semoga Allah meredhai hidup kita.

4)Muhasabah diri
Siapa kata perlu duduk di tikar sejadah,surau atau masjid untuk bermuhasabah? dimana-mana saja pon boleh. dalam kereta, dalam kelas...dimana sahaja...ingatlah Allah...kenangkan dosa dan aib kita yang hanya Allah yang tahu dan tutupkan.mengenang kembali perbuatan baik dan kurang enak supaya dapat dibaiki di masa depan.

5)Rancang Kehidupan
Antara paling popular adalah "To Do List". ada macam-macam azam dan impian. lakukan dengan berhemah dari yang mampu dicapai dan berdasarkan realiti. lakukan azam dari yang termudah hingga ke tahap yang sukar. pastikan formula berterusan(istiqamah) dan doa  di suntik untuk setiap azam supaya dimudahkan dan ditabahkan dalam perlaksananya.

6)Jaga Diri
Sambutlah tahun baru yang mendatang dengan sekadarnya, pastikan untuk memelihara perbuatan dan percakapan supaya tidak berbuat syirik, maksiat dan dosa yang lain.


-Olahan GEN Q No16-


P/S: Alhamdulillah, diri aq ini diberikan kesempatan dalam kehidupan...semuanya dari kehendakNya dan doa orang lain juga :) semoga tahun baru ini kita mampu memantapkan iman, aqidah dan akhlak kita! :)




No comments: