Sunday, May 12, 2013

Penulisan tangkap muat atau penulisan terkesan?

Assalamualaikum~~

Sudah sekian lama tak update blog ini atas sebab2 kesibukan diri dengan pelbagai aktiviti luar dan tuntutan kerja sebagai pelajar industri. Alhamdulillah kita sudah pun melepasi fasa pilihanraya yang baru sahaja seminggu lepas berlalu. mungkin di kali ini ada yang bersukacita atas kemenangan dan ada yang berdukacita kerana kekalahan sesebuah parti. tak mengapa kalah itu kerana belum tiba masa untuk menang. diucapkan semoga kerajaan baru dapat melangsungkan pentadbiran yang adil & saksama sejajar dengan perlembagaan malaysia agama islam sebagai agama rasmi yang sepatutnya di amal dan dikuasakan.


Berbalik pada tajuk  di atas.

Penulisan tangkap muat atau penulisan terkesan.

Penulisan tangkap muat ini bagi saya adalah penulisan yang sekadar cukup ada dan cukup untuk memenuhkan ruangan2 yang hendak ditulis.mungkin ada seperti penulisan diblog saya.penulisan tangkap muat ini hanya tulisan kosong tidak ada erti....

kosong dimana diri sendiri tidak terkesan...amat mendukacitakan jika segala ilmu yang ada tidak memberi kesan pada hati dan tidak tergerak oleh tubuh.



 ---------Allahu ampunkanlah kezalimanku atas perbuatanku--------


Penulisan terkesan pula adalah penulisan dimana yang sepatutnya penulisan yang memberi outcome dan impak pada hati sendiri, mengamalkan dengan ilmu, menulis dengan penuh keikhlasan.membuktikan dengan perbuatan dengan bahasa tubuh badan. Ya...terkadang dalam masa kita cuba berbuat kebaikan, mungkin tiada unsur keikhlasan dan tiada unsur merendah hati barangkali.


Pada masa2 kini dan faktor persekitaran kini, menjaga hati adalah perkara yang sangat sukar dilakukan kerana walaupun seseorang itu sudah berada dalam landasan yang sepatutnya, bait-bait jahiliah itu masih ada.justeru itu diri sendiri mesti main peranan untuk mejaga hati ini, antara doa yang terkenal dengan hati adalah :

"Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu"

atau

"Wahai tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami & sesungguhnya Engkau jualah tuhan yang melimpah-limpahkan pemberiaNya".
(Surah Ali Imran: 8)


Iman dan hati berkait rapat. relevankah?


Bagi saya ia sangat berkait, nah...lihat saja akan iman itu adalah motivasi hati untuk terus bergerak kepadaNya, tanpa hati yang beriman, hati itu mati dan kontang. iman ada pasang surutnya, iman itu ada naik turunnya, iman itu ada masa sinar dan gelapnya. In shaa allah dengan persekitaran yang ada sekarang kita berusaha menjaga iman kerana didalam hatilah iman itu tinggal dan duduk. mohonlah pada kekuatan ilahi untuk memperkuatkan iman.

Iman dalam hati membentuk keikhlasan?


Sebelum ini ada yang menafikan tanpa ikhlas tidak guna untuk berbuat baik, suatu masa dulu mungkin saya bersetuju tapi tidak masa kini. kerana selepas itu ada yang menasihati untuk menunggu keikhlasan itu hadir umpama menunggu rembulan ditengah siang....(antara madah kata lagu Saujana-Suci sekeping hati). memupuk keikhlasan itu perlu, harus dan bagi saya wajib, kerana ikhlas itu halus ilmunya, penilainya pula bukan calangnya iaitu Allah s.w.t sendiri.



Benar....Allah memandang hati dan usaha kita.....ikhlaskah aku? dimana ikhlas? apa bentuknya ikhlas? bagi saya ianya umpama memberi cinta pada seseorang tanpa dapat dilihat bentuk rasanya tapi merasakan hadirnya perasaan itu seperti kasih sayang.


Sebagai penutup penulisan saya ini, saya memohon ampun atas ketelanjuran tulisan sama ada menyinggung atau tidak pada individu2 yang ada. saya percaya penulisan saya akan menjadi saksi dihadapan Allah nanti, dan akan disaksikan juga oleh pembaca yang membaca.semoga selepas ini tidak kira mengupdate status dilaman sosial seperti facebook, twitter dan juga blog ini. semoga ilmu yang dapat terkesan pada diri dan berupaya memberi kesan kepada yang membaca.

Lukisan-lukisan dari page Lukisan Dakwah Islam


P/S: Seorang sahabat pernah menasihati dalam kereta semasa perjalanan pulang kerumahnya diberanang, "dalam berbuat sesuatu tidak perlu "ekstrim" dan ghairah keterlaluan, tapi cukuplah sekadar menuruskan terus terusan walaupun sikit".




2 comments:

AmyZana said...

Saya tak tahulah penulisan saya dekat blog tu penulisan terkesan ke tak. Terkesan secara positif nya sikit je kot ;~:

Eday said...

Xmengapa.yang penting penulisan terkesan dihati sendiri.terutama dalam amal perbuatan.