Thursday, December 23, 2010

Part 2 : Kes & Pengakhiran Riwayat Elizabeth Bathory

Masa Part 1 kita dah dah tahu sedikit sebanyak tentang dia ini sekarang kita cerita pula kenapa nama dia terkenal sehinggalah ke hari ini. Apa yang misteri dan apa yang membuatkan dia terkenal sehingga ada yang menjadikan dia sebagai satu movie?


Hiasan Semata

The Blood Countess

Selepas perkahwinan beliau dengan suaminya, Elizabeth yang masih muda sering rasa sunyi kerana suaminya sering meninggalkan dia tapi tak tahulah ini adalah betul atau tidakDisebabkan atau dikatakan yang Elizabeth ini mempunyai kejelitaaan yang luar biasa kononya dia ada beberapa orang lelaki simpanan dan pernah juga ikut lari bersama dengan lelaki lain, boleh dikatakan yang Elizabeth ini sebenarnya juga macam Lesbian sedikit jugalah pasal pernah menjalinkan hubugan dengan orang gajinya Countess Klara Bathory.

Selepas kejadian macam ni, Elizabeth jadi terpegaruh dengan ajaran Satanisme yang mengajarnya menjadi seorang yang sesat sehingga taksub untuk bermandikan darah gadis-gadis sunti untuk terus memiliki dan mengekalkan kecantikannya selain daripada itu dia juga menyiksa dan menjadikan istananya sebagai pusat kekejamannya itu.

Tapi macam mana pulak dia dapat tahu yang dengan mandi darah mampu mengekalkan kecantiknya? Kisahnya masa dia sedang bersolek dengan tidak sengaja yang orang gajinya menyikat terlalu kuat sehingga Elizabeth tampar orang gajinya dan hidung orang gajinya berdarah. Masa tu darah gadis tu yang kena kat tangan Elizabeth itulah yang mengaspirasikan dia untuk mendapatkan darah malah dia juga menjadikan darah sebagai minuman. Sejak kejadian itu dia mula mengambil dan mengupah orang gaji dari kampungnya iaitu gadis secara besar-besaran di Istananya..

Lama kelamaan Elizabeth merasakn semua itu tidak cukup. Macam mana tu? dah ramai yang menjadi mangsa tapi masih tak puas. Maka, Elizabeth pun memulakan misi menculik anak-anak gadis berketurunan  bangsawan dan raja-raja, tapi bila keadaan berlarutan dan ramai pihak termasuk Raja Hungary curiga dengan kejadian kehilangan ramai gadis Raja Hungary terus menubuhkan 1 pasukan khas untuk menyiasat punca kehilangan gadis-gadis ini. 

Setelah penyiasatan selesai kebanyakan bukti dan petanda semuanya ditujukan kepada Elizabeth dan yang membuktikan lagi kesalahan ini adalah bila Istana Elizabeth di serbu dan dijumpai gadis yang sudah mati dan pucat di atas satu meja serta penemuan mayat-mayat di bilik bawah tanah Istana Elizabeth. Jadi dia pun dihukum penjara sepanjang hayatnya, tapi Elizabeth tak pernahlah dibicarakan secara rasmi di mahkamah kecuali beberapa orang gajinya sahaja. Sepanjang kes di katakan sekurang - kurangnya 650 mangsa yang menjadi mangsa kepada Elizabeth.

Akhirnya Elizabeth Bathory kecundang dan dia dikurung dalam satu bilik tidurnya yang hanya ada dinding sahaja dan satu lubang yang kecil yang cukup hanya untuk orang bagi dia makanan dan minuman. Selepas 4 tahun di kurung pada  tahun 1614, seorang penjaga yang bagi makanan rasa hairan kerana makanan yang disajikan tidak terusik lalu penjaga itu mengintai dan terlihat yang Elizabeth terbaring tertiarap dikamarnya lalu barulah satu kerajaan Hungary bahawa Elizabeth 'The Blood Countess' Báthory telahpun mati pada usianya 54 tahun.

Hehe walaupun sedikit seram tapi ini budaya negara lain dan kalau macam kat malaysia, pontianak kita takut kena paku tapi pontianak orang putih takut bawang pulak...macam-macam..hah! jangan pulak ada yang terpengaruh dengan Elizabeth ni.. jadikan iktibar sudah.


Add caption




1 comment:

JR said...

Dan malam Jumaat ada Dracula...